Saturday 24 March 2012
RUANGAN HUKUM-HUKUM SEMASA
Oleh: Anas bin Malek
MASYARAKAT MAJMUK
1. Pendahuluan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”. (al-Hujurat: 13)
Islam adalah agama yang telah berhadapan dengan situasi masyarakat majmuk sejak awal perkembangan lagi. Pelbagai paparan telah ditunjukkan oleh baginda Muhammad SAW berkaitan hubungan antara Muslim dengan Non Muslim (bukan Islam). Ada yang dimusuhi sehingga pedang-pedang menjadi hidangan kepada mereka, tetapi ada yang disantuni sehingga ditangisi pemergiannya.
Allah SWT sengaja mencipta pelbagai kaum dengan tujuan untuk meningkatkan tahap pengurusan yang membawa kepada lahirnya unsur-unsur Taqwa melalui aktiviti kenal mengenal, bantu membantu, hormat menghormati. Jelas sekali Allah Taala tidak menganjurkan amalan permusuhan dengan sebab perbezaan kaum dan agama itu, tetapi menganjurkan amalan yang baik dan murni.
Masyarakat Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW adalah terdiri daripada berbagai kabilah dan agama, seperti penyembahan berhala dan agama Yahudi. Apabila baginda Muhammad SAW berjaya menguasai tampuk pemerintahan Madinah, maka baginda telah menggariskan berbagai dasar dan program yang sesuai untuk menguruskan masyarakat majmuk seperti yang terkandung di dalam piagam Madinah.
Realiti di Malaysia, kita berhadapan dengan kemajmukan masyarakat. Lantas amat wajar paparan santunan Rasulullah SAW terhadap mereka diperhalusi agar masyarakat Islam dapat berhubungan dan berurusan dengan mereka di atas pertunjuk Rabbani.
2. Bermuamalah dengan masyarakat bukan Islam
Kewujudan bukan Islam diiktiraf oleh Islam. Islam memberi keharusan untuk bergaul dengan masyarakat bukan Islam yang tidak bermasalah atas dasar untuk melahirkan Taqwa. Sungguhpun begitu, al-Quran menegaskan bahawa tugas memberi hidayah kepada mereka tidaklah termasuk peranan Rasul-rasul, tetapi Allah yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya seperti firmanNya di dalam surah Yunus ayat 99 yang bermaksud: “Dan jika tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua manusia di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman”.
Islam menetapkan bahawa akidah yang diimani melalui pilihan yang bebas sepenuhnya, dan asas pilihan mestilah dalam keadaan yang aman. Pilihan itu tidak boleh menggunakan paksaan dengan mana-mana alat sekali pun. FirmanNya lagi: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat”. (al-Baqarah: 256)
3. Hak-hak bukan Islam
Di antara hak-hak bukan Islam dalam Negara Islam ialah:
1- Hak untuk melaksanakan upacara ibadat dan keagamaan mereka tetapi tanpa meninggikan syiar mereka. Islam bukan satu agama yang memaksa pihak lain untuk memeluk Islam, maka Islam juga memberi ruang dan hak untuk orang bukan Islam melaksanakan keperluan asas mereka dalam beragama, begitu juga mereka dibenarkan membina rumah ibadat mereka.
2- Hak untuk melaksanakan urusan muamalat. Dalam hal ini mereka boleh berurusan jual beli, sewa menyewa dan gadai menggadai seperti orang Islam tanpa dibezakan. Mereka dibenarkan dalam ruang muamalat Islam yang tidak melibatkan Riba’. Pengecualian hanya dalam isu penjualan arak/babi yang mana mereka dibenarkan sesama mereka dengan syarat tidak menzahirkannya secara terang-terang sekiranya di dalam kawasan orang Islam.
4. Pengetahuan Fiqh berinteraksi sebelum memperanankan mereka
Syariat Islam adalah suatu yang dinamik, berdaya saing dan sesuai sepanjang zaman serta dimana-mana tempat. Bagi membumikan syariat Islam ini memerlukan Fiqh Islam sebagai suatu usaha Ijtihad dalam mentafsirkan nas syarak. Justeru dalam Fiqh berinteraksi dengan orang yang bukan Islam ini sewajarnya meraikan beberapa prinsip yang perlu diberi perhatian. Antaranya:
1- Tasamuh atau toleransi.
2- Keperluan kepada Fiqh Perbandingan Mazhab agar tidak terikat dengan kefahaman satu mazhab sahaja.
3- Memahami Fiqh al-Awlawiyat.
4- Mengenengahkan Syahsiyyah sebagai ikon Muslim yang baik.
5. Akhir kata
Masyarakat bukan Islam adalah yang diiktiraf Syarak kewujudannya, dan ada lakaran interaksi Nabawi bersama mereka dalam membentuk Baldatun Toyyibah. Lakaran Rasulullah SAW telah tersemat di dinding sejarah, hitam putihnya lakaran kita terletak kepada kita untuk melakarinya. Jadilah salah satu penyumbang hasil bukannya penconteng maruah suci Islam.
Realitinya kita bersama dengan mereka di dalam sebuah negara yang tidak mendaulatkan Islam sebagai Addin.
Rujukan:
1- al-Quran al-Kareem.
2- Kitab Sirah Nabawiyah.
3- Bagaimana Berkomunikasi Dengan Non Muslim.
Penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4, Tapah. Diamanahkan sebagai P.K Kurikulum. Mendapat pendidikan di Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena Kedah (1991 - 1999). Menceburi bidang hafazan al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Furqan Padang Balang (2000 – 2002), kemudian ke Pondok Pasir Tumbuh (2003) sebelum menyambung pengajian di Institut al-Ulum Syari’yah wal-Arabiyah, Damsyik Syria, dan berjaya memperolehi B.A di dalam bidang Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab (2003 – 2010).
Tel: 019- 366 5894
Email: hammudi_ans@yahoo.com
TERBITAN: UNIT PERPUSTAKAAN DAN PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
LAWATAN MUSLIMAT GOMBAK KE MTQ 4
Assalamualaikum para pembaca blog,Sekolah kami telah menerima lawatan dari Jemaah Muslimat Gombak.Ketibaan tetamu pada pukul 11:20 bertarikh 24.3.2012 seramai 61 orang.Program bermula pada pukul 11:30 pagi,Dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis iaitu Ustaz Muhd Nizam dan dimulakan bacaan Al-Quran oleh adik Muhd Najmi Afiq Bin Asni.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Zarith tentang pengenalan sekolah serta ucapan dari wakil Muslimat Gombak iaitu Puan Rahmah Binti Siteh,pengerusi Muslimat Masjid An Nur,Gombak.serta sumbangan dari mereka.
Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari MTQ 4 yang menggelar diri mereka ADDIN VOICE dan disudahi dengan bacaan doa dan makan tengahari
DISEDIAKAN OLEH:NASHREEN HAFIDZ DARI UNIT ICT.
KETIBAAN TETAMU |
PENGERUSI MAJLIS LAWATAN MUSLIMAT GOMBAK. |
ADIK NAJMI AFIQ YANG MEMBACAKAN AL QURAN. |
UCAPAN OLEH CIKGU ZARITH TENTANG PENGENALAN SEKOLAH |
UCAPAN WAKIL MUSLIMAT,PUAN RAHMAH BINTI SITEH. |
KUMPULAN ADDIN VOICE |
BACAAN DOA PENUTUP OLEH SYEIKH WALID |
TETAMU MENJAMU SELERA. |
DISEDIAKAN OLEH:NASHREEN HAFIDZ DARI UNIT ICT.
Wednesday 7 March 2012
33-Al – RAEID الرائد
RUANGAN HADITH DAN ISU SEMASA
Oleh: Nur Muhammad As-siddiq b. Mohammad
SIAPAKAH ORANG MUFLIS?
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: “Adakah kalian tahu siapakah orang yang muflis?”. Lalu para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tiada dirham (wang) dan tiada harta”. Baginda SAW bersabda: “Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa (pahala) solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun si fulan, dan menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah dan juga memukul si fulan; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada si fulan dan si fulan. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka”. (HR Muslim)
KETERANGAN
Perkataan muflis apabila dirujuk kepada kita, pasti kita mengatakan ianya adalah perkataan bagi mereka yang tiada wang ataupun harta. Namun hakikat sebenar bagi perkataan muflis ialah mereka yang melakukan amal kebajikan tetapi ganjarannya terpaksa dibayarkan kepada orang lain. Hadith ini menggambarkan kepada kita bahawa golongon ini akan wujud di hari kiamat nanti, mereka akan merasa rugi kerana dahulunya ketika di dunia mereka menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat dan amal kebajikan yang lain, tetapi di samping itu mereka menganiaya orang lain yang menyebabkan pahala dan ganjaran amal kebajikan tersebut terpaksa diberikan kepada orang yang teraniaya dahulu di dunia. Bukan itu sahaja, bahkan mereka terpaksa menanggung segala dosa yang dilakukan oleh orang yang teraniaya sekiranya mereka tidak dapat membayar penganiayaan kerana pahala ganjaran sudah tiada.
MEMIKUL DOSA ORANG LAIN
Dalam mensyarahkan hadith ini, al-Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim menyebut, bahawa terdapat golongan yang tersilap tanggapan mereka dan mengatakan bahawa hadith ini bertentangan dengan ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (Faathir: 18). Kerana al-Quran menjelaskan bahawa seseorang tidak akan menanggung dosa kecuali apa yang dilakukannya sahaja, adapun Hadith mengatakan seseorang boleh menanggung dosa yang dilakukan orang lain, maka bertentangan antara al-Quran dan Hadith.
Sebagai jawapannya, al-Imam an-Nawawi menjelaskan kepada kita bahawa tidak berlaku pertentangan di antara al-Quran dan Hadith dalam bab ini, kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW bahawa orang yang akan menanggung dosa orang lain adalah mereka yang dahulu di dunia melakukan penganiayaan terhadap orang lain, lalu apabila ia berada di hari akhirat Allah SWT akan membalas penganiayaan dahulu dengan segala amalan yang dilakukan, apabila sudah habis pahala amalannya maka dipertanggungkan ke atasnya dosa yang pernah dilakukan orang yang teraniaya, maka ini berpunca dari perbuatannya sendiri. Adapun ayat al-Quran mengkhususkan terhadap sesuatu dosa yang dilakukan oleh seseorang, maka ia tidak akan dipertanggungkan ke atas orang lain kerana ia dari perbuatannya sendiri.
SIFAT ORANG MUFLIS
Bagi menjelaskan lagi ciri-ciri orang yang muflis ini, para ulama’ telah menggariskan beberapa sifat sebagai sifat golongan orang-orang muflis, dan secara ringkasnya penulis menyenaraikan seperti berikut:
1- Kekal dan sentiasa menjaga sifat-sifat terkeji (Mazmumah).
Bagi mengelak sifat ini, maka Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada kita supaya mengajarkan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) kepada kita. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (al-Ahzab: 21). Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia” (HR al-Bukhari di dalam kitab al-Adab al-Mufrad).
2- Kurangnya sifat ‘Rasa Cukup’ (Qana’ah).
Apabila seseorang yang tidak mempunya sifat Qana’ah di dalam diri, maka dia akan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginannya, sanggup menipu, sanggup mencuri dan sebagainya, asalkan keinginan keduniannya itu tercapai.
3- Melakukan kezaliman terhadap orang lain.
Kezaliman itu terbahagi kepada tiga:
i- Kezaliman kepada diri sendiri apabila mensyirikkan Allah SWT, maka dosa syirik tersebut tidak akan diampun melainkan dengan taubat yang sebenar-benarnya (Taubat Nasuha).
ii- Kezaliman kepada diri sendiri apabila melakukan maksiat serta dosa yang berkaitan diri dengan Allah SWT, seperti meninggalkan perkara-perkara wajib. Maka dosa ini akan terampun apabila kita memohon pengampunan dari Allah SWT.
iii- Kezaliman kepada diri orang lain, seperti membunuh, mencuri, memfitnah dan sebagainya yang berkaitan dengan manusia lain, maka dosa ini tidak akan terampun sehinggalah kita mendapat kemaafan dari orang yang dizalimi. Sekiranya tidak mendapat kemaafan, maka tersenarailah diri kita dari kalangan orang yang muflis di akhirat kelak.
4- Hasad dengki.
5- Mengumpat, mencela dan memfitnah.
PENUTUP
Mudah-mudahan kita dilindungkan oleh Allah SWT daripada tergolong di kalangan orang-orang muflis di akhirat kelak. Dan ini perlulah dimulakan dari diri kita sendiri, dengan meninggalkan segala perkara-perkara yang menganiayai orang lain. Rugi di akhirat penyesalananya tiada guna lagi.
Rujukan:
1- al-Quran al-Karim
2- Syarah Sahih Muslim
3- al-Adab al-Muslim
Penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4, Tapah. Diamanahkan sebagai P.K Pentadbiran. Mendapat pendidikan di Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena Kedah (1992 - 2004). Menyambung pengajian di Institut at-Tahzib wat-Ta’lim, Damsyik Syria, dan berjaya memperolehi B.A di dalam bidang Syariah Islamiyah (2005 – 2010).
Tel: 019- 557 1027
Email: siddiq.nur1869@yahoo.com
TERBITAN: UNIT PERPUSTAKAAN DAN PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.comTuesday 6 March 2012
KEMBARA FLYING FOX
Kembara Flying Fox merentas Sungai Batang Padang telah diadakan pada tarikh 3.3.2012 jatuh pada hari sabtu bertempat di Kampung Lubuk Katak merentas Sungai Batang Padang ke Kampung Dato'.Program telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan kerjasama (BPA)Badan Pengawas Ansorullah dan Team 4x4 Wheeldrive.
Persiapan peserta-peserta flying fox bermula pada pukul 8:00pagi bagi sesi Tahun 1 dan Tahun 2,manakala bagi Tahun 3,4,5 pada waktu petang.
Pak Cik Lai sedang membuat planta pelepasan flying fox dari lubuk katak. |
Guru-guru dan pengawas berkejasama dalam menyediakan planta pelepasan. |
Antara peserta-peserta dan guru-guru yang telah mencuba flying fox
pelajar-pelajar sedang menungu giliran untuk menaiki flying fox |
antara pelajar yang telah mencuba |
orang yang pertama merentas sungai batang padang dengan mengunakan flying fox |
pengetua turut serta dalam kembara flying fox |
tapak perkhemahan |
Bdan pengawas juga turut didedahkan dengan ilmu hutan seperti cara-cara ikatan tali mengenal pasti arah mata angin, dan pelbagai lagi.
cara-cara ikatan |
Dan yang terakhir sekali program bagi badan pengawas adalah memanjat dengan mengunakan flying fox untuk merentas Sungai Batang Padang dari Kampung Dato' ke Kampung Lubuk Katak.
Antara pengawas yang mencuba |
DI SEDIAKAN OLEH : AIMAN RASYIDDIN (UNIT ICT)
Popular Posts
-
Ruj. Kami : Bil. ( 9 ) dlm. MTQ4/1 ( 6 /13 ) Tarikh : 14 Jun 2013M ...
-
kilik untuk lihat Nota: 1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz a...
-
Assalamualaikum para-para pembaca blog.Saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ke sekolah Maahad Tahfiz...
-
DISKUSI BUKU PENGENALAN ILMU FARAID & FORUM MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH Tarikh 25 Julai 2013 (Khamis)...
-
TAFSIR AL-QURAN Oleh: Ismail Bin Hashim TABAYYUN ( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT ) TERJEMAHAN 6. Wahai orang-o...
-
Makluman Cuti Bulan: Tarikh : 14-16 september 2013 * Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada 14 september 2013 (sabtu) pada waktu pagi. Pel...
-
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pa...
-
Syarat-syarat kemasukan di Maahad ini adalah seperti berikut: i- Pelajar lelaki yang telah tamat pengajian tahun 6 Sekolah Ke...
-
Carta Organisasi Pengurusan MTQ 4 Klik untuk lihat Carta Organisasi Pentadbiran Klik untuk lihat Carta Organisasi HEM (Hal Ehwa...
Recent Posts
Categories
Text Widget
Pages
Copyright ©
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com