Monday 26 November 2012
RUANGAN MAQASID SYARIAH
Oleh: Abd Muhaimin bin Malek
UBUDIYYAH DAN KEPIMPINAN: MAQASID PENCIPTAAN MANUSIA
PENDAHULUAN
Sesungguhnya manusia diciptakan di atas muka
bumi bukan hanya percuma tanpa sebarang tugas yang digalaskan, tanpa sebarang
amanah yang diperintah, dan bukan juga hidup sia-sia tanpa faedah. Justeru kita
dilahirkan untuk merialisasikan visi pengasas dunia ini iaitu “kearah
Peng’abdian sempurna terhadap Allah pencipta langit dan bumi serta seisinya”,
dengan misi “komited mencari sebanyak mungkin kebaikan di dunia untuk manfaat
akhirat”. Sehubungan itu, kita diperintahkan agar melaksanakan visi dan misi
tersebut melalui firman Allah S.W.T di dalam surah Al Hasyr ayat 18&19 yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap
diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya)
untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang
kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah
melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan
(amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah
orang-orang yang fasik – derhaka”.
Ayat ini juga meminta setiap kita hendaklah bermuhasabah diri
masing-masing sebelum kita dihisabkan, sejauh mana kita bersedia untuk hari
esok dengan persediaan amalan menjelang hari pembentangan dan perhitungan. (Ibn
Kathir, Juzuk 13/ m.s 499). Maka dengan semangat tahun baru 1434 hijrah ini,
marilah kita menanam azam untuk sedaya mampu mungkin berusaha melaksanakan
tugas-tugas yang diperintahkan.
TUGAS UBUDIYYAH
Allah S.W.T berfirman dengan nada persoalan, yang bermaksud: “Maka
adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada
kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu
(menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”. Lalu Allah S.W.T
menjawab persoalan tersebut di dalam surah Az Zariyat ayat 55 yang bermaksud: “Dan
(ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Kerja-kerja yang perlu dibuat selaku hamba abdi kepada Allah
sebagai satu-satunya tuan dan tuhan semua makhluk, kerja-kerja yang menunujukan
dan menggambarkan bahawa kita ini hamba bukan tuan, kita hanya berkerja untuk
satu tuan dan satu tuhan iaitu Allah tidak yang lainnya. Dan Allah s.w.t
sebenarnya tidak memerlukan bantuan kita walau sedikitpun. Bermula dengan solat
(lambang ‘ubudiyyah) dan rukun-rukun yang lain serta kewajipan-kewajipan yang
di perintahkan, sehingga sekecil-sekecil kebaikan. Kita buat semua itu untuk
menunjukan kita ini hambaNya. Kita juga mengharapkan pengiktirafan sebagai
“hamba” kepadaNya olehNya. Apabila tugas ubudiyyah ini dilaksanakan sehingga
mendapat pengiktirafan ketika itu ubudiyyah adalah suatu darjat dan anugerah
dari Allah selaku tuan dan tuhan kita.
Ar-Razi dlm tafsirnya menukilkan sebuah riwayat ketika menghuraikan
perkataan ‘abdihi عبده ayat pertama surah Al-Israa’ iaitu;
1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin).. Beliau
menyebutkan: ketika Nabi Muhammad S.A.W dijemput ke sidratul muntaha untuk
menerima syariat solat, baginda dipelawa untuk memohon sesuatu untuk
dianugerahkan Allah, lalu baginda memohon supaya diiktirafkan perhambaannya
terhadap Allah, lalu Allah S.W.T menerima permintaan tersebut dan
menganugerahkan darjat “ubudiyyah” dengan firmanNya: ‘abdihi عبده (Mafatihul Ghaib,
Tafsir kabir)
TUGAS KHILAFAH
Firman Allah yang seterusnya bagi menjawab soalan ayat di atas,
iaitu surah al baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan tuhan itu dengan berkata): “Adakah
engkau (Ya tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: Sesungguhnya aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Menurut Ibn Mas’ud dan Mujahid; Tugas yang disandangkan kepada Nabi
Adam A.S adalah melaksanakan syariat Allah dan petunjuk kearah mentauhidkanNya.
(Zadul Masir fi Ilmi Tafsir, Ibn Jauzi)
Tugas khilafah bermula dari diri sendiri, iaitu memimpin diri
dengan ilmu ke arah melaksanakan Islam, seterusnya memimpin ahli keluarga,
masyarakat dan Negara ke arah tersebut. Memimpin bermaksud membimbing, melatih
dan mendidik diri, keluarga, masyarakat dan negara kepada Islam.
PENUTUP
Justeru itu, kepimpinan harus berjalan seiringan dengan ubudiyyah,
kepimpinan yang diterima adalah kepimpinan yang ber “aqal ubudiyyah” atau lain
perkataan berjiwa ibadah. Begitulah sebaliknya ubudiyyah tanpa khilafah bererti
hidup tanpa pedoman. Kerana syarat kepimpinan adalah ilmu.
Mudah-mudahan semangat tahun baru al-hijriyyah 1434 ini, semua umat Islam memainkan peranan
masing-masing dalam bidang masing-masing melaksanakan tanggungjawab dan tugas
yang telah diperintahkan kepada kita. Semoga hidup kita diredhoi Allah dunia
dan akhirat.
Rujukan:
1. Al-Qur’an al-Karim,
2- Tafsir Ibn Kathir
3- Tafsir Ibn Jauzi
4- Tafsir Ar Razi
4- Kamus Dewan Edisi ke 3
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad
Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg.
Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak
Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
SUMBANGAN
PERCETAKAN
Risalah ini disumbangkan oleh Dr. Hj. Ahmad Razi bin Othman
d/a POLIKLINIK RAZI,
Tapah, Perak Darul Ridzuan.
Friday 16 November 2012
FORUM PERDANA MAAL HIJRAH
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pada jam 9:00 pagi di surau Jalan Karchu.Moderator pada program ini ialah Megat Luqman dan kami menjemput dua orang ahli panel berpengalaman iaitu Alfadhil Ustaz Nor Muhd As-Siddiq dan Alfadhil Ustaz Waleed.
Tujuan sekolah kami mengadakan program ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar seperti akhlak,pembelajaran dan mengenangkan Nabi Muhammad S.A.W tentang kepayahan baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Program itu tamat pada jam 11:05 dan pelajar dibenarkan pulang ke asrama.
Disediakan oleh:Nashreen Hafidz
Tujuan sekolah kami mengadakan program ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar seperti akhlak,pembelajaran dan mengenangkan Nabi Muhammad S.A.W tentang kepayahan baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Program itu tamat pada jam 11:05 dan pelajar dibenarkan pulang ke asrama.
Disediakan oleh:Nashreen Hafidz
Monday 12 November 2012
JAWATAN KOSONG GURU HAFAZAN AL-QURAN
Friday 2 November 2012
LATIHAN GURU PEMBANTU AL-QURAN SIRI 2 2012
Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog,saya ingin berkongsi
cerita tentang sebuah program Latihan Guru Pembantu Al-quran siri 2 2012
yang berlangsung selama 2 hari 1 malam pada tarikh 20/10/2012 iaitu
hari sabtu sehingalah 21/10/2012 iaitu hari ahad. Program itu telah
disertai seramai 13 orang pelajar MTQ4 yang telah khatam al-quran.
Pengarah program itu adalah Ustaz M. Fazali b. Abdul Manas . Objektif program ini adalah :-
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai tangungjawab meraka terhadap al-quran
2. Memberi pendedahan ilmu mengajar al-quran dalam bahagian hafazan.
3. Membina keyakinan dan menambah kekuatan jati diri peserta.
Kandungan dalam program itu ialah:-
1. Ceramah modul P&P.
2. Ceramah motivasi.
3. Bengkel.
4. Qiyamulai.
5. Khidmat masyarakat
Program itu bermula pada pukul 3:30 petang (sabtu) dan tamat pada pukul 12:30 tengahari (ahad).
Disediakan Oleh : Afiq b. Fauzi
Pengarah program itu adalah Ustaz M. Fazali b. Abdul Manas . Objektif program ini adalah :-
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai tangungjawab meraka terhadap al-quran
2. Memberi pendedahan ilmu mengajar al-quran dalam bahagian hafazan.
3. Membina keyakinan dan menambah kekuatan jati diri peserta.
Kandungan dalam program itu ialah:-
1. Ceramah modul P&P.
2. Ceramah motivasi.
3. Bengkel.
4. Qiyamulai.
5. Khidmat masyarakat
Program itu bermula pada pukul 3:30 petang (sabtu) dan tamat pada pukul 12:30 tengahari (ahad).
Disediakan Oleh : Afiq b. Fauzi
AL-RAEID 52
RUANGAN ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur Muhammad As-siddiq bin Mohammad
TERTIB AYAT-AYAT AL-QURAN DAN SURAH-SURAHNYA
1. MUQADDIMAH
Syeikh Muhammad Abdul Azim al-Zarqani
di dalam kitabnya Manahil al-Irfan Fi Ulum al-Quran menerangkan
pengertian ayat dan surah di dalam al-Quran dengan katanya: Pengertian ayat
dari segi bahasa membawa beberapa maksud; 1- Mukjizat, seperti firman Allah
SWT: “Bertanyalah kepada Bani Israel, berapa banyak ayat yang jelas
(Mukjizat yang nyata) yang telah kami berikan kepada mereka” (al-Baqarah:
211). 2- Tanda, firman Allah SWT: “Dan Nabi mereka berkata lagi kepada
mereka: Sesungguhnya ayat (tanda) kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya
dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang
memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu” (al-Baqarah: 248). 3- Petunjuk
dan dalil, firmanNya: “Dan di antara ayat-ayat (petunjuk dan dalil yang
membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya) ialah kejadian langit dan bumi,
dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu” (al-Rum: 22). Manakala
pengertian ayat dari segi istilahnya pula ialah: Sekumpulan kalimah yang
mempunyai permulaan dan penghujung dengan tersusun secara satu persatu di dalam
satu surah di dalam al-Quran. Adapun surah, maka pengertiannya dari segi bahasa
ialah: Martabat dan kedudukan yang tinggi. Pengertiannya dari segi istilah pula
ialah: Sejumlah ayat al-Quran yang terhimpun mempunyai permulaan dan
penghujung, sekurang-kurangnya mempunyai tiga ayat.
2. TERTIB
AYAT DI DALAM SURAH
Seterusnya Syeikh al-Zarqani
menerangkan bagaimanakah tertib ayat-ayat di dalam satu surah itu boleh
terhasil, katanya: “Telah berlaku Ijma’ (kesepakatan) umat ini bahawa
tertib ayat-ayat al-Quran seperti yang dilihat di dalam Mushaf pada hari ini,
ia adalah Tauqifi iaitu ketetapan yang disampaikan daripada Nabi SAW
melalui wahyu Allah SWT kepada baginda dan tiada ruang ulama’ untuk berijtihad
tentangnya. Malaikat Jibril AS yang menurunkan wahyu kepada Nabi SAW telah
menunjukkan kepadanya tempat-tempat setiap ayat daripada surah-surahnya.
Kemudian Nabi SAW membacakannya kepada sahabat-sahabat baginda dan menyuruh
para penulis wahyu untuk menulis ayat-ayat yang dibacakan dengan menentukan
kepada mereka ayat-ayat itu diletakkan di dalam surah sekian pada tertib
sekian”.
Syeikh al-Zarqani juga menyebut
beberapa dalil hadith yang sahih bahawa Nabi SAW membaca surah al-Baqarah
sepert tertib ayatnya yang ada di dalam al-Quran hari ini, begitu juga dengan
surah-surah yang lain. Hal ini juga disebut oleh Dr. Nuruddin I’tr di dalam
kitab beliau Ulum al-Quran al-Karim.
3. TERTIB SURAH DI DALAM AL-QURAN
Di dalam perbahasan ini, Syeikh al-Zarqani dan Dr. Nuruddin
I’tr menyatakan bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’, akan
tetapi Syeikh al-Zarqani menerangkan lebih terperinci tentang
perselisihan pendapat ini, katanya: Berselisihan ulama’ terhadap tertib surah
di dalam al-Quran kepada tiga pendapat:
1- Ia bukan ketetapan dari Nabi SAW akan tetapi ia adalah Ijtihad
para sahabat. Ini adalah pendapat Imam Malik RA, Qadhi Abu Bakar dan beberapa
ulama’ yang lain. Di antara dalil mereka ialah: Sesungguhnya tulisan al-Quran
para sahabat (penulis wahyu) berbeza di antara satu dengan yang lain dari segi
tertib surahnya sebelum ianya dihimpunkan pada zaman Sayyidina Uthman RA,
sekiranya tertib surah adalah ketetapan daripada Nabi SAW sudah pasti para
sahabat tidak akan berbeza tertib surah yang ditulis oleh mereka.
2- Ia adalah ketetapan Nabi SAW dan bukannya Ijtihad sahabat. Ini
merupakan pendapat yang disokong oleh Abu Jaafar al-Nuhhas dan Abu Bakar
al-Anbari. Dalil mereka ialah: Bahawa para sahabat termasuk dari
kalangan penulis wahyu telah bersepakat dan menerima mushaf yang ditulis pada
zaman Sayyidina Uthman RA, kesepakatan mereka ini tidak terhasil melainkan
apabila tertib surah yang disepakati oleh mereka adalah ketetapan daripada Nabi
SAW, kerana sekiranya tertib itu adalah Ijtihad sudah pasti setiap penulis akan
berpegang dengan tulisan mereka, apa yang berlaku ialah para penulis wahyu
bersepakat tentang tertib surah dan menyusunnya di dalam Mushaf Uthmani serta
berpegang padanya kemudian membakar segala apa yang telah ditulis oleh mereka
sebelum itu.
3- Tertib sebahagian surah adalah ketetapan dari Nabi SAW dan
sebahagian yang lain adalah Ijtihad sahabat. Ini adalah pendapat yang
menghimpunkan kedua-dua dalil daripada pendapat pertama dan kedua. Ibnu
Atiyyah, Abu Jaafar bin al-Zubair dan beberapa ulama’ lain bersetuju dengan
pendapat yang ketiga ini. Walau bagaimana pun mereka ini berselisih pula
tentang tertib surah apakah yang ditentukan oleh Nabi SAW dan tertib surah
apakah yang diijtihadkan oleh sahabat.
4. MEMBACA
AL-QURAN MENGIKUT TERTIB SURAH
Menghormati tertib surah yang terdapat di dalam mushaf al-Quran
adalah dituntut kepada kita, walaupun tertib tersebut sama ada daripada
ketentuan Nabi SAW ataupun Ijtihad sahabat, kerana sekiranya ia adalah
ketentuan Nabi SAW maka kita diperintahkan supaya mengikut baginda, ataupun
sekiranya ia adalah Ijtihad sahabat, maka Ijtihad mereka telah disepakati oleh
umat ini, dan ia adalah Ijma’ yang boleh dijadikan hujah serta beramal dengannya.
Akan tetapi tertib surah al-Quran dari segi bacaan seseorang maka
ia tidaklah menjadi wajib, akan tetapi ia adalah sunat, iaitu disunatkan
membaca al-Quran mengikut tertib surah yang diletakkan di dalam Mushaf Uthmani.
Syeikh al-Zarqani menyebut perkara ini dengan membawa kata-kata daripada
Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Tibyan, bahawa Imam al-Nawawi
berkata: “Telah berkata sebahagian sahabat kami: Disunatkan apabila membaca
satu surah maka disambung dengan surah yang selepasnya mengikut tertib..”
5. PENUTUP
Mudah-mudahan risalah ringkas ini dapat menjelaskan kepada kita
tentang tertib ayat yang terdapat di dalam satu-satu surah, ianya adalah
ketetapan dari Nabi SAW yang mendapat petunjuk daripada Malaikat Jibril AS
seperti mana ia telah diperintahkan oleh Allah SWT. Begitu juga menjelaskan
kepada kita tentang tertib surah yang berada di dalam al-Quran, para ulama’
berselisih pendapat dengan dalil-dalil yang dikemukan oleh mereka secara
terperinci, akan tetapi penulis hanya membawa sebahagian daripada dalil-dalil
mereka sebagai gambaran umum sahaja. Semoga ianya bermanfaat untuk kita
bersama.
Rujukan:
1. Al-Qur’an al-Karim,
2. Manahil al-Irfan: al-Zarqani,
3- Ulum al-Quran al-Karim: Dr. Nuruddin I’tr.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad
Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg.
Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak
Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
SUMBANGAN
PERCETAKAN
Risalah ini disumbangkan oleh Dr. Hj. Ahmad Razi bin Othman
d/a POLIKLINIK RAZI,
Tapah, Perak Darul Ridzuan.Popular Posts
-
Ruj. Kami : Bil. ( 9 ) dlm. MTQ4/1 ( 6 /13 ) Tarikh : 14 Jun 2013M ...
-
kilik untuk lihat Nota: 1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz a...
-
Assalamualaikum para-para pembaca blog.Saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ke sekolah Maahad Tahfiz...
-
DISKUSI BUKU PENGENALAN ILMU FARAID & FORUM MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH Tarikh 25 Julai 2013 (Khamis)...
-
TAFSIR AL-QURAN Oleh: Ismail Bin Hashim TABAYYUN ( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT ) TERJEMAHAN 6. Wahai orang-o...
-
Makluman Cuti Bulan: Tarikh : 14-16 september 2013 * Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada 14 september 2013 (sabtu) pada waktu pagi. Pel...
-
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pa...
-
Syarat-syarat kemasukan di Maahad ini adalah seperti berikut: i- Pelajar lelaki yang telah tamat pengajian tahun 6 Sekolah Ke...
-
Carta Organisasi Pengurusan MTQ 4 Klik untuk lihat Carta Organisasi Pentadbiran Klik untuk lihat Carta Organisasi HEM (Hal Ehwa...
Recent Posts
Categories
Text Widget
Pages
Copyright ©
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com