Tuesday, 10 November 2015
TAFSIR AL-QURAN
Oleh: Ismail Bin Hashim
TABAYYUN
( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT )
TERJEMAHAN
6. Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
SEBAB TURUN AYAT
Kebanyakan Mufassirin bersepakat
dengan mengatakan ayat ini diturunkan kepada al-Walid bin ’Uqbah bin ’Abd
Mui’th. Dia telah dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Bani al-Mustalaq untuk
mengutip zakat. Namun hasil kutipannya tidak memberangsangkan. Dengan itu, dia
bergegas pulang serta mengadu kepada Baginda tentang perkara berikut.
Oleh itu, Baginda bertindak dengan
menghantar tentera yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid. Tetapi, Baginda
mengarahkan agar tidak bertindak secara terburu-buru. Siasatan perlu dilakukan
dengan teliti. Ini bertujuan untuk memastikan maklumat itu dari sumber yang
boleh dipercayai.
Maka, Khalid mengarahkan beberapa orang
tentera menyusup masuk ke tempat meraka dengan menyamar supaya tidak dapat
dikesan. Berdasarkan penyiasatan dan pembuktian mereka masih beragama Islam
serta taat terhadap suruhan-Nya seperti menunaikan solat secara berjemaah.
HURAIAN
Ayat ini menunjukkan betapa telitinya
Rasulullah S.A.W dalam menerima setiap maklumat. Konsep Tabayyun menjadi asas
dalam meneliti ketepatan maklumat supaya apa yang dilakukan tidak membawa
kepada perkara yang tidak baik.
PERIBADI
AL-WALID BIN UQBAH
Kebanyakkan Mufassirin berpandgan dia
bukan fasiq yang sebenar. Dia hanya fasiq sebab berbohong dalam perkara ini
sahaja. Ini kerana, Rasulullah mengakui dia sebagai thiqah ( boleh
dipercayai )
RUJUKAN
1.
Al-Quran
al-Karim
2.
Tafsir
al-Munir
3.
Al-
Jami’ li Ahkam al-quran
4.
Jami’
al-Bayan ‘an Ta’wil al-Quran
5.
Tafsir
al-Azhar
TERBITAN:
UNIT PENYELIDIKAN &PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
Thursday, 29 October 2015
AL-RAEID: Bil 96
HADITH
Oleh: Ismail Bin Hashim
RINGAN DISEBUT, BERAT
DITIMBANG
TERJEMAHAN HADITH
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Dua kalimah
yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat
timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci
Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
PERAWI
HADITH
PROFIL
ABU
HURAIRAH
Nama Sebenar
( Sebelum
Islam )
|
Abu Syams (
Pendapat yang Masyur )
|
Nama Sebenar
(Memeluk
Islam )
|
Abdul Rahman
|
Gelaran
|
Abu Hurairah
|
Tarikh Lahir
|
19 Tahun
sebelum Hijrah
|
Nama bapa
|
Umair
|
Nama ibu
|
Amimah binti
Shofih
|
Meninggal
dunia
|
57H@58H
|
KEFAHAMAN HADITH
Hadith ini menunjukkan bagaimana cara Rasullah S.A.W dalam memberi
nasihat kepada sahabatnya sebagai satu galakkan untuk melakukan perkara
kebaikan.
KESIMPULAN
1.
Sentiasa
menutur perkataan-perktaan yang memberi manafaat di dunia dan di akhirat.
2.
Kebaikan
itu bukan sekadar dari perbuatan semata-mata.
3.
Amalan
yang kecil tapi besar pahalanya.
4.
Memuji
Allah setiap masa dan ketika.
Oleh
itu, mari kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan setiap amalan dengan
ikhlas. Mulakan dengan sedikit serta istiqamah. Insya Allah semoga ia memberi
manafaat.
TERBITAN:
UNIT PENYELIDIKAN &PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
Tuesday, 17 February 2015
Monday, 12 May 2014
Saturday, 3 May 2014
Wednesday, 9 April 2014
Meminta Barangan Sukan
- Kami Meminta jasa baik tuan & puan untuk menyumbangkan alat-alat sukan seperti list list
- Tiang Gol Mini + Jaring Gol
- Bola Sepak
- Bola Takraw
- Bola Tampar
- Bulu Tangkis
- Raket
- Table Ping Pong
- Bat Ping Pong
Kami Meminta alat-alat eletronik sepeti list di bawah
- Projector Epson
- Camera DSLR Nikon D3100
- Komputer LG
Tuesday, 8 April 2014
Lawatan Sambil Belajar.
7&8 April 2014 - Lawatan Ke Maahad Tahfiz As-Saaidiyah Kampung Paloi,Negeri Sembilan.
Lawatan Ke Maahad Tahfiz Ibnu Hajar Kampung Padang Kerbau,Melaka
Lawatan Ke Maahad Tahfiz Ibnu Hajar Kampung Padang Kerbau,Melaka
Popular Posts
-
Ruj. Kami : Bil. ( 9 ) dlm. MTQ4/1 ( 6 /13 ) Tarikh : 14 Jun 2013M ...
-
kilik untuk lihat Nota: 1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz a...
-
DISKUSI BUKU PENGENALAN ILMU FARAID & FORUM MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH Tarikh 25 Julai 2013 (Khamis)...
-
TAFSIR AL-QURAN Oleh: Ismail Bin Hashim TABAYYUN ( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT ) TERJEMAHAN 6. Wahai orang-o...
-
Assalamualaikum para-para pembaca blog.Saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ke sekolah Maahad Tahfiz...
-
Makluman Cuti Bulan: Tarikh : 14-16 september 2013 * Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada 14 september 2013 (sabtu) pada waktu pagi. Pel...
-
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pa...
-
Asalamualaikum kepada pembaca blog ini , saya ingin berkongsi satu pengalaman yang menarik pada 22 haribulan september . Saya dan rakan-rak...
-
Carta Organisasi Pengurusan MTQ 4 Klik untuk lihat Carta Organisasi Pentadbiran Klik untuk lihat Carta Organisasi HEM (Hal Ehwa...
Recent Posts
Categories
Text Widget
Pages
Copyright ©
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com