Saturday, 28 May 2011
MEMBINA GENERASI RABBANI
RISALAH MINGGUAN SIRI PERTAMA
Disusun oleh; Ust Raja Zulfadhli MTQ-4
JALAN KE SYURGA..
Firman Allah s.w.t : “ Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? " [Surah Az-Zumar]
Dari Mu’awiah beliau berkata : nabi s.a.w bersabda "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan, maka difaqihkan (diberi pemahaman yang mendalam) ia tentang ilmu agama." [HR Bukhari, Muslim: 3/175]
Dari Abu Dardak berkata : aku mendengar nabi s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mempermudahkan jalannya ke Surga . Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya sesiapa yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan untuknya keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan yang berada di lautan. Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu kepada ahli ibadah(orang awam) seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka ia telah mendapatkan bahagian yang secukupnya.”[hadis riwyat abu daud dan at-tarmizi] Abu Dawud (no. 3641), at-Tirmidzi (no. 2682), Dari Abu Hurairah berkata : sesungguhnya nabi s.w.a bersabda : Apabila mati seorang insan maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga : sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat , atau anak yang soleh yang mendoakannya.
Manusia adalah ciptaan allah yang dikurniakan akal dengan tujuan untuk membezakan antara manusia dengan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini . Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini telah meletakkan manusia pada kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah yang lain.
Untuk memelihara akal yang dianugerahkan , kita haruslah memelihara akal daripada anasir kurang sihat dan daripada perbuatan yang tidak bermanfaat yang mana ia mungkin akan member kesan kepada kemampuan akal kita.
Akal juga dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk menuntut ilmu dan menyampaikannya . Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka yang belajar dan menyampaikannya . Ia dapat dilihat di kalangan masyarakat hari ini, mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan oleh masyarakat .
Ilmu syariat adalah ilmu yang mempunyai tempat darjat yang tinggi di dalam Islam . Kita digalakkan mempelajarinya dan dengan mempelajarinya nescaya beroleh kelebihan yang banyak. Menuntut dan mempelajarinya adalah sebaik-baik ibadah, salah satu fadhilatnya akan memudahkan urusan kita di akhirat kelak . Kita juga dapat menghindarkan diri daripada kejahilan yang melanda masyarakat dunia Islam sekarang. Ini juga dapat membantu kita membela dan membangunkan Islam dari dipersendakan oleh musuh-musuh Islam.
Ulama’ adalah pewaris para nabi yang membawa ajaran(Ilmu) untuk diamalkan dan diajarkan kepada setiap manusia . Para nabi telah mewariskan ilmu yang bermanfaat kepada manusia. Sesiapa yang mampelajarinya maka mereka telah mewarisi peningalan para anbia’ dan dipermudahkan Allah untuknya urusan di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, orang yang berilmu bukan sahaja dihormati dan dikasihi oleh Allah, malah manusia, malaikat dan seluruh makhluk di dunia ini. Ia dibuktikan oleh nas dan dalil al-Quran dan Hadis yang begitu banyak memperkatakan kelebihan orang yang berilmu.
Thursday, 26 May 2011
02- Al – RAEID الرائد
MEMBINA GENERASI RABBANI
RISALAH MINGGUAN SIRI KE-2
RUANGAN TAZKIRAH
Disusun oleh; bishrulhafi MTQ-4
Ad-Din (Cara hidup):
Dr. Abdullah Darraz memberi takrif ADDIN katanya: ADDIN merupakan suatu perlembagaan ilahi yang mengandungi petunjuk kepada kebenaran aqidah kepercayaan , dan mengandungi panduan terbaik untuk perjalanan hidup dan muamalah manusia.
Sesungguhnya ADDIN merupakan wahyu dari Allah SWT yang digalaskan ke atas pundak-pundak para anbiya' Alaihimussalatuwassalam untuk disampaikan kepada sekalian manusia yang menjadi penduduk sementara di atas persada bumiNya. Justeru itu, manusia hanya perlu menerima, memahami lantas menjadikan ianya suatu kenyataan bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan perlepasan dari seksa azab Allah di akhirat kelak.
Dan agama yang diredhoi disisi Allah untuk para hambanya adalah ISLAM, seperti firmanNYa:
إن الدّين عند الله الإسلام
Sesungguhnya agama yang diredhoi di sisi Allah adalah Islam.
Islam itu bermakna: Tunduk, patuh dan melaksanakan segala kandungannya seperti yang dibawa oleh Nabi dan rasul dari sisi Allah. Makna Islam yang menyeluruh Adalah merangkumi persoalan aqidah yaitu kepercayaan kepada Allah, MalaikatNya, Kita-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari kiamat, Keputusan dan takdir. Juga merangkumi Ibadah (perhubungan antara makhluq dan khaliq), Muamalah (Nikah kahwin, jual beli dan lain-lain) dan Akhlak.
Maka Islam itu merupakan sistem yang syumul melengkapi segala persoalan hidup, releven untuk setiap zaman dan sesuai di setiap tempat. Manusia tidak akan selamat dan baik melainkan dengan ISLAM, maka KESYUMULAN ISLAM itu terbina di atas tiga rukun:
Pertama: ISLAM (dengan maknanya yang lebih khusus)
Rukun-rukunnya: mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, puasa ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di makkah bagi yang mampu.
Kedua : IMAN (meyakini kandungan Islam yang dibawa oleh Nabi dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi)
Rukun-rukunnya: beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qodho dan qadar.
Ketiga : EHSAN (menjelmakan keikhlasan di dalam peribadatan, dan ianya mengikut darjat dan martabat seseorang seperti yang tersebut di dalam hadist di atas)
Oleh kerana itu, mengaplikasikan ketiga-tiga rukun ini membolehkan seseorang mencapai atau merasai hakikat taqwa yang menjadi tujuan sebenar di dalam misi dakwah para anbiya'.
Imam Al Baidhawi di dalam tafsirnya:
" Taqwa dari sudut syarak: merupakan satu gelaran bagi orang yang memelihara dirinya dari kemudharatan atau kecelakaan yang bakal menimpa di hari akhirat.
@ bishrulhafiâ
Tuesday, 24 May 2011
RISALAH MINGGUAN AR-RAEID
Pembaca yang budiman,
Salam ukhuwwah di ucapkan, moga hari-hari yang kita lalui sentiasa dilimpahi rahmat dan niamat, disusuli redho dan berkat.
Pertama dan selamanya puja dan puji hanya layak buat Allah swt Rabbul Izzati, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, sahabat handai baginda, ahli keluarga serta kaum muslimeen dan muslimat sepanjang zaman.
Unit ICT Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Addin-4 Cawangan Tapah melalui unit kecil penerbitan RISALAH MINGGUAN telah bercadang untuk menerbitkan RISALAH secara bersiri yang akan diedarkan secara percuma setiap minggu pada hari Jumaat, Justeru itu adalah di harapkan agar RISALAH ILMU yang diterbitkan dijadikan pembimbing mendidik jiwa membentuk identiti muslim seterusnya melahirkan insan rabbani kelas pertama di sisi Allah swt sesuai dengan objektif utamanya; memberi kefahaman yang jelas dan mendalam tentang Islam, dan sejajar dengan nama RISALAH ini AL-RAEID yang bermaksud KETUA atau PEMIMPIN.
Pihak editor RISALAH AL-RAEID mengajak muslimin muslimat, moh le kite membaca dan mendalami ilmu melalui RISALAH ini, sesuai dengan arahan Allah; “Bacalah! Dengan menyebut nama tuhanmu..” .
@Editor.
Monday, 16 May 2011
LATAR BELAKANG MTQ 4 TAPAH,PERAK
Maahad Tahfiz al-Quran wal - Qiraat ADDIN adalah sebuah intitusi
pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan
memilih bidang hafaz al - Quran sebagai subjek teras .
Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menumpang di
bangunan sekolah agama rakyat Kampung Lubuk Katak , Tapah , Perak sebagai
asrama dan kelas . Pada tahun 2003 bangunan asrama yang baru dibina di
belakang sekolah agama rakyat telah siap untuk diduduki . Pada tahun 2010
sebuah lagi bangunan baru yang telah siap dibena di Kampung Jalan Kachu
yang boleh menempatkan seramai 100 orang pelajar .
Maahad ini merupakan cawangan yang keempat kepada Maahad Tahfiz
al - Quran wal - Qiraat ADDIN Kg . Tualang Sekah , Malin Nawar , Perak yang
didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak dengan Nombor
Pendaftarannya: JAPk/SAR/68/93 kemudian ditukar kepada JAPk/SMA
/BG.01/97 .
Pada pertenghan tahun 2008 pihak jemaah pengurusan induk
mengarahkan setiap cawangan mendaftar terus dengan Jabatan Agama Islam
Perak . Atas arahan tersebut, pihak sekolah telah mendaftar pada awal 2009 atas
sebab - sebab tertentu dan telah diluluskan pada 29 Jan 2009 dengan nombor
pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09 .
Popular Posts
-
Ruj. Kami : Bil. ( 9 ) dlm. MTQ4/1 ( 6 /13 ) Tarikh : 14 Jun 2013M ...
-
DISKUSI BUKU PENGENALAN ILMU FARAID & FORUM MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH Tarikh 25 Julai 2013 (Khamis)...
-
TAFSIR AL-QURAN Oleh: Ismail Bin Hashim TABAYYUN ( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT ) TERJEMAHAN 6. Wahai orang-o...
-
kilik untuk lihat Nota: 1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz a...
-
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pa...
-
Assalamualaikum para-para pembaca blog.Saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ke sekolah Maahad Tahfiz...
-
Makluman Cuti Bulan: Tarikh : 14-16 september 2013 * Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada 14 september 2013 (sabtu) pada waktu pagi. Pel...
-
Yang Berbahagia Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PELAJAR MAHAAD TAHFIZ al-QURAN wal-QIRAAT ADDIN-4 MELANJUT ...
-
Asalamualaikum kepada pembaca blog ini , saya ingin berkongsi satu pengalaman yang menarik pada 22 haribulan september . Saya dan rakan-rak...
Recent Posts
Categories
Text Widget
Pages
Copyright ©
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com