Al –
RAEID الرائد
MEMBINA
GENERASI RABBANI
BIL : 48 EDISI: ZULKAEDAH/SEPTEMBER
TAHUN:1433H/2012M
RUANGAN
ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur Muhammad As-siddiq b. Mohammad
NASIKH
DAN MANSUKH
PENDAHULUAN
Allah SWT telah menurunkan Syariat
Samawiyah kepada para rasulNya adalah untuk memperbaiki akidah, ibadah dan
muamalah umat mereka. Akidah Samawi itu satu dan tidak mengalami perubahan,
maka dakwah para rasul kepada akidah yang satu adalah sama. Firman Allah SWT: “Dan
kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu (Muhammad) melainkan kami
wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain Aku, maka sembahlah olehmu
sekalian akan Aku” (al-Anbiya’:25).
Manakala ibadah dan muamalah pula
prinsip dasarnya adalah sama, iaitu bertujuan membersihkan jiwa serta
memelihara keselamatan masyarakat dan juga mengikat kerjasama dan persaudaraan
di kalangan mereka. Akan tetapi keperluan dan tuntutan antara satu umat dengan
umat yang lain itu berbeza, ini kerana tahap pertumbuhan dan perkembangan
antara umat itu tidak sama. Oleh itu, amat wajar jika Allah SWT menghapuskan
satu syariat dengan syariat yang lain demi menjaga kemaslahatan umat manusia
berdasarkan ilmu pengetahuanNya yang sangat luas. Hal ini dinamakan Nasikh
dan Mansukh.
PENGERTIAN NASIKH DAN MANSUKH
Perkataan Nasikh dan Mansukh
berasal dari kata Nasakh yang membawa maksud menghapus, merubah,
membatalkan dan menggantikan dengan yang lainnya. Dari segi istilah pula
perkataan Nasakh bermaksud: Mengangkat hukum syariat terdahulu yang
ditetapkan oleh dalil, kemudian digantikan dengan hukum syariat baharu yang
ditetapkan oleh dalil.
Adapun pengertian Nasikh
ialah: Hukum syariat baharu yang ditetapkan oleh dalil datang untuk menghapuskan
hukum syariat terdahulu. Mansukh ialah: Hukum syariat terdahulu yang
dihapuskan oleh hukum syariat baharu.
Manakala dalil yang menyatakan
bahawa adanya Nasikh dan Mansukh di dalam hukum syariat ialah
firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 106: “Mana-mana ayat (hukum
syariat) yang kami nasakhkannya atau kami jadikan manusia lupa padanya akan
kami gantikan dengan hukum syariat yang lebih baik daripadanya atau sebanding
dengannya”.
MENGETAHUI BERLAKUNYA NASAKH
Untuk mengetahui berlakunya Nasakh
di dalam hukum syariat ialah dengan beberapa cara, antaranya ialah melalui
pemberitahuan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat Radiallahu Anhum Ajmain,
Ijma’ para ulama’ bahawa berlakunya Nasakh, melalui pengetahuan tentang
dalil yang turun terdahulu dan dalil yang turun kemudian.
JENIS-JENIS NASAKH
Ulama’ telah membahagikan
jenis-jenis Nasakh
adalah seperti berikut:
mengharamkan mereka daripada
pernikahan”,
kemudian dihapuskan ayat dan hukum tersebut dan digantikan dengan lima kali
susuan”. Maka ayat tentang sepuluh kali susuan itu tidak ada di dalam al-Quran
begitu juga dengan hukumnya tidak lagi diamalkan.
2- Dihapuskan hukum tetapi bacaan
ayatnya masih kekal di dalam al-Quran. Contohnya firman Allah SWT: “Dan
wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” (al-Baqarah:184). Ayat
tersebut masih kekal bacaannya tetapi telah dihapuskan hukumnya oleh ayat 185
surah al-Baqarah: “Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak
bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu”.
Ayat pertama mengenai pilihan sama ada orang yang tidak terdaya itu mahu
berpuasa atau meninggalkan puasa tetapi wajib membayar fidyah, manakala ayat
kedua pula mewajibkan puasa tanpa ada pilihan untuk berpuasa ataupun tidak.
3- Dihapuskan bacaan tetapi
hukumnya masih kekal. Seperti hadith Umar al-Khattab dan Ubai bin Ka’ab: “Telah
diturunkan dahulu daripada ayat al-Quran: “Orang tua lelaki dan orang tua
perempuan apabila berzina maka rejamlah kedua-duanya”. Bacaan ayat ini
tidak ada di dalam al-Quran, akan tetapi hukumnya masih kekal.
4- Nasakh al-Quran dengan
al-Quran. Seperti contoh di atas.
5- Nasakh al-Quran dengan
Sunnah. Ulama’ berselisih di dalam kategori ini, kebanyakan ulama’ berpendapat
boleh Sunnah itu menghapuskan hukum yang ada di dalam al-Quran sekiranya Sunnah
tersebut adalah Mutawatir.
6- Nasakh Sunnah dengan
al-Quran. Seperti Sunnah Nabi SAW yang menghadap ke Baitul Maqdis di dalam
sembahyangnya, kemudian dihapuskan dengan firman Allah SWT: “Oleh itu,
palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah)”
(al-Baqarah: 144)
7- Nasakh Sunnah dengan Sunnah.
Seperti sabda Nabi SAW: “Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka
sekarang ziarahlah kubur”.
HIKMAH NASIKH DAN MANSUKH
Hikmah utama yang tersebunyi pada
Nasikh dan Mansukh adalah bagi meningkatkan keimanan kita kepada
Allah SWT bahawa Dia yang maha menentukan setiap sesuatu dan tidak terikat
dengan apa-apa ketentuan.
Rujukan:
1- al-Quran al-Karim.
2- Manahil I’rfan: al-Zarqani.
3- Ulum al-Quran al-Karim: Dr.
Nuruddin I’tr.
Penulis
merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN 4, Tapah. Diamanahkan sebagai P.K Pentadbiran. Mendapat pendidikan di
Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena Kedah (1992 - 2004). Menyambung
pengajian di Institut at-Tahzib wat-Ta’lim, Damsyik Syria, dan berjaya
memperolehi B.A di dalam bidang Syariah Islamiyah (2005 – 2010).
Tel:
019- 557 1027
Email:
siddiq.nur1869@yahoo.com
TERBITAN: UNIT
AL-RAEID
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
---------------------------------------------------------
Segala bentuk sumbangan sangat diperlukan untuk
membantu pelajar mengikuti pendidikan hafazan al-Quran.
Penderma yang berminat, bolehlah menghantar sumbangan
berbentuk cek/ wang pos/ kiriman wang anda atas nama: Maahad Tahfiz al-Quran
wal-Qiraat ADDIN.
Atau bank-in terus ke akaun Maybank Maahad, no: 5581
2731 1303.
--------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment