TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
PERLANTIKAN
PEMIMPIN AMANAH DARIPADA ALLAH S.W.T:
HURAIAN
AYAT 30 DARI SURAH AL-BAQARAH
1. PENDAHULUAN
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya
Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah ayat 30.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut
Syaykh Mustafa al-Maraghi, kebanyakan para mufassir menghuraikan makna
khalifah dalam ayat ini ialah pengganti Allah s.w.t di atas muka bumi untuk
melaksanakan segala perintahNya sebagaimana terdapat pada ayat 26 dari surah
Sad iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Wahai Dawud! Sesungguhnya kami
ingin menjadikan engkau khalifah di atas muka bumi”.
Menurut al-Imam Ibnu Kathir, ayat tersebut tidak
ditujukan kepada Adam a.s sahaja menjadi khalifah di atas muka bumi ini tetapi
umum kepada sekalian manusia untuk melakukan kebaikan dan menolak kezaliman.
Menurut Syaykh Ibnu Asyur pula, ayat tersebut menunjukkan
keperluan melantik pemimpin untuk menyelesaikan permasalah manusia apabila
berlakunya permusuhan antara mereka maka pemimpin berkewajipan menyelesaikan
permusuhan tersebut. Justeru, menurutnya lagi perkara pertama yang dilaksanakan
oleh para sahabat r.a sesudah wafat Rasulullah s.a.w ialah melantik khalifah.
3. PENGERTIAN KHALIFAH
Menurut al-Imam al-Razi, khalifah bermaksud penganti
kepada Allah s.w.t untuk melaksanakan agamanya di atas muka bumi ini. Perkataan khalifah sesuai
digunakan untuk seorang atau kumpulan. Ia juga sesuai digunakan untuk lelaki
dan wanita.
Syaykh
Ibnu Asyur menghuraikan bahawa makna khalifah adalah tugas rasul melaksanakan
perintah Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Oleh itu, tugas utusan Allah s.w.t
adalah seorang rasul da juga pemimpin umat manusia.
Penjelasan
ini membawa maksud agama dan Negara tidak boleh dipisahkan atau agama dan
pemerintahan tidak boleh diasingkan. Ia juga membawa maksud politik, ekonomi,
perundangan, pendidikan, perusahawan, pertanian, dan sebagainya adalah urusan
agama yang perlu diselesaikan oleh khalifah.
4. MELANTIK DAN MEMILIH PEMIMPIN
Urusan melantik
atau memilih pemimpin adalah urusan agama. Islam telah memfardukan kepada
penganutnya supaya melantik pemimpin dari kalangan mereka jika melebihi dua
orang. Ini dibuktikan menerusi perintah Nabi s.a.w yang mewajibkan tiga orang
yang akan bermusafir melantik seorang pemimpin. Sejarah Nabi s.a.w juga
menjelaskan bahawa tidak satu rombongan sama ada terlibat dalam peperangan atau
sebagainya Baginda s.a.w tidak melantik seorang pemimpin.
Justeru,
melantik dan memilih pemimpin adalah perkara asas dalam agama. Umat Islam tidak
boleh main-main dalam perkara besar ini. Mereka mesti serius menentukan seorang
pemimpin yang layak untuk memikul serta menjalankan amanah. Perkara lebih wajib
dari solat, puasa, zakat, dan sebahagian perintah agama yang lain. Dalam hal
ini memilih pemimpin sama ada dalam proses pilihanraya atau sebagainya perlu
diutamakan dari urusan yang lain.
5. SIFAT SEORANG PEMIMPIN
Sudah pasti Islam
telah meletak syarat-syarat yang dimesti dimiliki oleh seorang pemimpin yang
akan menjalankan tugas khalifah di atas muka bumi ini. Jika dilihat kepada
pentafsiran ayat 30 dari surah al-Baqarah tersebut seorang pemimpin mesti
memiliki ciri-ciri atau sifat seorang rasul.
Menurut
Syaykh Ibnu Asyur, seorang rasul adalah pembawa misi Nubuwwah dan Khilafah
serentak. Justeru, mereka yang layak dipilih sebagai pemimpin mesti mempunyai
ilmu agama yang mendalam serta memiliki sifat benar (siddiq), bertanggungjawab
(amanah), menyampaikan (tabligh), kebijaksaan (fatanah),
dan lain-lain sifat.
6. KESIMPULAN
Terdapat pandangan dari seorang pemikir Islam yang
lampau iaitu a-Imam Abu Nasr al-Farabi (873 – 951M) menurutnya, seorang
pemimpin perlu memiliki dua belas sifat, iaitu: 1. Tubuh badan yang sihat, 2.
Kefahaman yang mantap, 3. Kemampuan mengingat, 4. Bijak, 5. Ibadah yang
sempurna, 6. Mahir berpidato, 7. Suka mendidik, 8. Cenderung bermewah, 9.
Bercakap benar, 10. Berterus terang, 11. Suka kepada kemuliaan, 12. Suka kepada
keadilan dan membenci kezaliman
Sehubungan
dengan itu, umat Islam perlu bertanggungjawab memilih dan melantik pemimpin
yang dapat membawa keadilan dan kesejahteraan untuk Negara ini.
Rujukan:
- Tafsir al-Maraghi,
- Tafsir Ibn Kathir,
- Tafsir Ibnu Asyur,
- Usus
‘Ilm al-Nafs al-Ijtima‘i.
|
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment