RUANGAN: KAEDAH MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN
Oleh: ANAS BIN MALEK
MENIGKATKAN KESUNGGUHAN DALAM
MENGUASAI AL-QURAN.
PENDAHULUAN
Segala puji bagi allah tuhan yang menciptakan alam ini, nabi Muhammad sebagai pembawa cahaya yang menyinari hidup manusia serta pembawa risalah dari allah, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan, dan juga para sahabat-sahabat baginda yang bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu mempelajari ilmu dari nya serta menyokong pergerakkan rasulullah sebagai seorang nabi dan rasul menjadi khalifah dimuka bumi ini dengan bersumberkan kepada Alquran dan juga hadis.
KESUNGGUHAN PUNCA
KEJAYAAN
Apakah kita tahu betapa pentingnya kesungguhan itu disisi allah?, apakah kita tahu bahawa kesungguhan seorang mukmin merupakan puncak keilmuannya?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “sesungguhnya berniat untuk mengerjakan sebuah kebaikkan tetapi ia belum melaksanakannya, maka Allah mencatat itu sebagai suatu kebaikkan yang sempurna disisi nya”
Terkadang seorang mukmin menjadi unggul kerana kesungguhannya yang tinggi , sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya :“ satu dirham telah mengalahkan 100.000 dirham ”. mendengar hal itu para sahabat bertanya :wahai rasulullah bagaimana 1 dirham boleh mengalahkan 100.000 dirham ? , beliau menjawab “ hal itu kerana ada seorang lelaki yang hanya memiliki 2 dirham , kemudian ia mengambil salah satu nya untuk di sedekahkan, sedangkan lelaki yang lain memiliki banyak harta , kemudian ia hanya mengambil dari simpanannya (yang banyak) itu 100.000 untuk disedekahkan ”
KESUNGGUHAN
YANG TINGGI
Sebelum ini pernahkah kita bertanya pada diri sendiri “ apakah engkau termasuk didalam golongan orang-orang yang memiliki kesungguhan tinggi? ”
Disini akan memaparkan beberapa ke khususan yang dimiliki oleh orang yang memiliki kesungguhan yang tinggi.
Pertama : orang yang memiliki kesungguhan tinggi itu tidak akan lemah atau hilang tekadnya. Allah berfiman yang bermaksud : “ kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya ”.
Oleh kerana itu kita telah meletakkan sebuah tujuan dihadapan kita , janganlah kita meninggalkannya sehingga kita dapat mewujudkannya. Sekalipun mewujudkannya ada berbagai ringtangan dan kesulitan.
Kedua : orang yang memiliki kesungguhan yang tinggi tidak akan rela jika tidak mendapat apa yang ditujunya. Tidak akan merasa senang kecuali jika ia melakukkan hal-hal yang penting (dalam rangka tujuan-tujuannya). Dan tidak ada balasan yang dapat menyenangkannya melainkan syurga.Oleh kerana itu ketika kita menjadikan syurga sebagai tujuan, maka janganlah sekali-kali kita merasa senang kecuali jika kita dapat masuk ke dalamnya, walau bagaimana keadaan sekalipun.
Ketiga : Orang yang memiliki kesungguhan yang tinggi itu merasa kuat, percaya pada diri dan berani ketika melangkah menuju tujuan yang telah ditetapkannya, tentukannya dengan berbekalkan ilmu dan hujjah yang nyata. Sehingga ia boleh melalui berbagai hal yang menakutkan dan memandang ringan berbagai kesulitan.
Allah berfirman yang bermaksud : “ dan barangsiapa yang menghendakki kehidupan akhirat, dan berusaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik ” .
Ianya tidak rela hanya duduk menunggu hingga ajal menjemputnya. Justeru itu ia akan berusaha agar lembaran hidupnya mempunyai erti.
Keempat : orang yang memiliki kesungguhan yang tinggi itu cemerlang. Tidak bergantung kepada orang lain, kemuliaannya membangun dengan kehormatan dirnya. Ia tidak bersandar kepada kemuliaan keturunan, dan tidak merasa kecil hati jika tidak memiliki kemuliaan keturunannya kerana kemuliaannya adalah kesungguhannya.
KESIMPULAN
Oleh kerana itu jika besarnya kesungguhan digabungkan dengan kemuliaan keturunan, maka gabungan itu akan menjadi seperti ikatan yang tersimpul dengan baik dan indah.
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Hadis
3. Panduan pemantapan Al-Quran
Penulis
merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN 4, Tapah.Diamanahkan sebagai P.K Kurikulum .Medapat pendidikan di Maahad
Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah(1991-1999).Menceburi bidang hafazan
Al-Quran diMaahad Tahfiz Darul Furqan Padang Balak (2000-2002),kemudian ke
Pondok Pasir Tumbuh (2003) sebelum menyambung pengajian di Institut Al-Ulum
Syari’yah wal-Arabiah, Damsyik,Syira, dan Berjaya memperolehi B.A didalam
bidang syariah islamiah dan bahasa arab (2003-2010).
Email: hammudi_ans@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment