RUANGAN HADITH
Oleh: Ust Raja Zulfadhli Bin Raja Musa
PERLUNYA ZIKRULLAH
Pendahuluan
Zikrullah adalah dua perkataan yang biasa didengari oleh masyarakat. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ini termasuk berzikir melalui hati, lidah dan seluruh anggota badan. Jelasnya, zikrullah atau mengingati Allah ini adalah makna umum dan tidak tertumpu hanya kepada zikir lidah sahaja sebagaimana yang difahami oleh ramai orang.
Persoalannya, adakah ia menjadi salah satu amalan harian setiap masyarakat? Mengapakah kita disuruh berzikir sebanyak yang boleh?
Di dalam hadith yang diriwatkan oleh Abu Hurairah Nabi s.w.a bersabda: Terdapat dua kalimah (perkataan) yang ringan dimulut, tetapi berat ditimbangan (perhitungan diakhirat), serta disukai allah: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ (maha suci Allah dengan kepujiannya,maha suci Allah yang maha agung), (HR Bukhari:6406). Hadis di atas telah menerangkan kepada kita tentang dua perkataan yang mudah untuk dilafazkan.
Pelindungan yang tiada tandingan
Apabila kita mengingati Allah, maka Allah s.w.t memelihara kita sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 152 “Maka, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepada-Ku, serta jangan ingkar (pada nikmat-Ku)”.
Sesiapa yang mengingati Allah dirinya akan dipelihara daripada setiap sesuatu yang tidak diingini dan diberi taufik kepadanya setiap kali diselubungi kegelapan/kesusahan. Maka Allah akan datangkan kepadanya malaikat yang akan menjaganya dari setiap sudut dengan perintah atau keizinan daripada Allah. Rasulullah s.a.w juga mengajar sahabatnya supaya memohon kepada Allah agar dipelihara, antaranya kisah Al Barra’ bin ‘Aazib diajar berdoa sebelum tidur : “Tuhanku, jika sekiranya kamu matikan diriku maka rahmatilah ia dan jika kamu melepaskan ia hidup maka peliharalah ia sebagaimana kamu memelihara jiwa hamba-hambamu yang soleh.”(HR Bukhari 247)
Pertolongan Allah sebenarnya berkait rapat dengan perlaksanaan kita terhadap suruhan dan juga larangan yang telah ditetapkan. Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran :170 “Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada siapa pun dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka tiada siapa pun yang akan mampu menolong kamu(selain) daripada Allah sesudah itu?”. Setiap golongan yang bersyukur adalah golongan yang layak mendapat pertolongan dan bantuan dari Allah s.w.t kerana mereka dapat menahan hawa nafsu dan menggunakan segala nikmat yang telah dikurniakan olehnya dengan sebaik-baiknya agar, kurniaan Allah kepadanya terus berkekalan.
Allah berfirman di dalam Surah An-Nhal ayat 128 “Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bertakwa dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. Antara kelebihan berzikir
Rasullah s.a.w pernah didatangi oleh golongan Muhajirin lalu bertanya kepada rasulullah s.a.w tentang orang yang telah meninggal dunia tetapi memiliki harta yang banyak dengan membawa pahala yang banyak dan kenikmatan yang kekal.tetapi semua ibadatnya sama seperti apa yang kami lakukan lalu rasulullah s.w.a bersabda : "Tidakkah engkau semua suka kalau saya ajarkan kepadamu semua sesuatu yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang telah mendahuluimu dan dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorangpun yang lebih utama pahalanya daripadamu semua, selain orang yang mengerjakan sebagaimana yang engkau kerjakan itu?" Mereka menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Perlulah kamu membaca tasbih(سبحان الله), tahmid(الحمد لله) dan takbir ((الله أكبرselepas solat fardhu sebanyak tigapuluh tiga kali."(HR Bukhari :843)
Imam Muslim menambahkan dalam Riwayatnya: "Lalu kembalilah kaum fakir golongan Muhajirin itu kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita yakni orang-orang yang berharta sudah sama mendengar apa yang kita kerjakan ini, kemudian merekapun mengerjakan seperti itu pula." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang diberikan kepada orang yang di-kehendaki."
Berzikir dapat menenangkan hati
Zikir juga dapat menenangkan hati seperti didalam Surah Ar-R’ad ayat 28 “Adalah orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”. Ayat di atas mengingatkan, iman adalah penyebab kita sentiasa ingat kepada Allah. Mengingati Allah itu dapat menimbulkan rasa tenang dari dalam hati. Ketenangan adalah punca kesihatan rohani dan jasmani. Gelisah dan seumpamanya adalah punca segala penyakit hati.
Penutup
Zikirullah adalah bacaan selepas solat malah ucapan rasa syukur dan seumpamanya dikira sebagai zikrullah. Perlu diingatkan di sini berzikir juga bukanlah hanya dilakukan selepas solat fardhu atau pada hari Jumaat sahaja malah berzikir juga boleh diamalkan bila-bila masa sahaja supaya kita selalu dekat dengan Maha Pencipta.
Rujukan
1)Al-quran
2)Riyadul As-solihin
3)Tafsir al-azhar
Penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar sementara di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4, Tapah. Diamanahkan sebagai unit ICT MTQ4. Mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat AD-DIN(2003-2007). Masih berlajar di Universiti Sains dan Tiknologi Yaman Sana’a Yaman dari 2008.
Tel: 019-2821751
0 comments:
Post a Comment