ULUM HADITH
Oleh: Ust Anas bin Malek
SUMBER KEDUA SELEPAS AL-QURAN
Allah telah menurunkan kitabnya yang al-hakim hidayah bagi sekelian manusia serta memberi petunjuk jalan yang bahagia dan selamat di dunia dan akhirat sana. Dan Allah s.w.t menjadikan kitabnya al-hakim sebagai mukjizat Rasulullah s.a.w yang terang menerang sehingga ke hari kiamat.
Allah berfiman: dalam surah an-nahl ayat ( 44 )
وَأَنزَلنا إِلَيكَ الذِّكرَ لِتُبَيِّنَ لِلنّاسِ ما نُزِّلَ إِلَيهِم وَلَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ ﴿٤٤﴾
Yang bermaksud: “dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”.
Maka ayat di atas al-Quran telah memperjelaskan kepada kita bahawa sesungguhnya tugasan yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk menerangkan apa yang terkandung di dalam al-Quran kepada sekelian umat manusia, atau diibaratkan al-Quran ialah (mubayyan) yang bermakna Allah telah menerangkan dan hadith Rasulullah s.a.w adalah (mubayyin) yang bermakna bukti yang terang.
Rasulullah telah banyak mewariskan hadith beliau kepada umatnya dan mewajibkan umatnya supaya mengambil petunjuk dari hadith beliau pada tiap-tiap perkara sama ada perkara kecil atau pun perkara yang besar, sabda baginda Muhammad s.a.w dalam riwayat Abu Daud dan Tirmizi “ berpeganglah pada sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk”. Hadith hasan soheh.
Maka ilmu hadith terbahagi kepada dua: 1) Berbentuk Riwayat 2) Berbentuk Dirayah.
Perlu kita tahu ta’rif hadith dari segi istilah ialah: “sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dari sudut perkataan atau perbuatan atau kenyataan atau sifat yang ditunjukkan oleh Nabi atau sifat semulajadi Nabi s.a.w”. Takrif ini tidak termasuk hadith Mauquf atau Maqtu’.
Dan ta’rif ilmu hadith (riwayatan) yang dipilih oleh ulama’ ialah” ilmu yang merangkumi perkataan nabi s.a.w dan perbuatannya dan sifatnya dan riwayatnya dan pembetulannya dan lafaznya”.
Ta’rif ilmu hadith (dirayatan): “iaitu ilmu dengan undang-undang yang dita’rifkan dengannya keadan-keadan sanad (pengambilan hadith) dan matan (hadith itu sendiri)”.
Ketahuilah bahawasanya ilmu hadith dirayatan: sampai kepada pengetahuan yang boleh diterima faham secara umum iaitu dengan meletakan qawaid yang umum. Seperti: hadith diterima atau tidak mencukupi syarat sebagai hadith yang sabit.
Adapun ilmu hadith riwayatan: dengan mencari yang ditentukan oleh orang-orang yang menghendakkinya. Seperti: membubuh baris atau teliti betul-betul riwayatnya dan keterangannya.
Perbezaannya seperti perbezaan nahu dengan I’rab nahu dan seperti usuf fiqh dengan fiqh.
Tujuan maksud ilmu hadth :
Ialah memelihara hadith Nabi s.a.w daripada bercampur aduk dengan kalam-kalam yang lain serta boleh membawa bahaya yang besar kepada umatnya jika bercampur aduk. Diantaranya:
1- boleh memesongkan agama islam dari landasan yang sebenar. jika tidak ada ilmu hadith ini maka akan menjadi kesamaran pada martabad hadith yang soheh dengan menjadi hadith yang dho’if.
2- qawaid ilmu hadith ini dapat menjauhkan kalam orang-orang yang alim dari bahaya menipu hadith nabi s.w.a, sabda baginda Muhammad “barang siapa yang berkata-kata tentangku sedangkan ia melihat dirinya dalam keadaan menipu maka ia salah seorang dari kalangan orang-orang yang menipu”.
Cara hadith yang diriwayatkan pada zaman rasulullah s.a.w
Hadith rasulullah telah pun dipelajari oleh sahabat melalui berbagai-bagai cara:
1- majlis ilmiah yang diadakan oleh Rasulullah s.aw. disamping terdapat para sahabat yang tinggal bersama-sama rasulullah s.a.w yang terus mendapat ilmu daripadanya melalui apa yang mereka perhatikan dari gerak geri rasulullah s.a.w.
2- peristiwa yang berlaku pada Rasulullah itu sendiri, apabila berlaku sesuatu peristiwa keatas dirinya, Rasulullah menerangkan hukum yang sebenar kepada Sahabat, kemudian hukum itu tersebar kepada para Sahabat yang lain.
3- peristiwa yang berlaku kepada Sahabat, para sahabat sentiasa bertanya kepada Rasulullah s.a.w berhubung dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada mereka, kemudian Rasulullah menerangkan kepada mereka hukumnya. Mereka tidak malu mencari kebenaran.
4- perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan dilihat oleh para Sahabat, banyak sekali perkara tersebut sama ada berhubung dengan masalah-masalah Ibadat atau Aqidah atau Muamalat atau lain-lainnya.
Hadith-hadith itu juga dilihat dari segi kepastian (ithbat) daripada Rasulullah atau tidak, terbahagi kepada dua Maqbul (diterima) atau Mardud (ditolak) jika dilihat dari bilangan perawi pula .
Maka hadith yang soheh ialah hadith yang perawinya bersambung daripada yang meriwayatkan hadith sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. perawi itu hendaklah bersifat Adil, dan sempurna ketepatan hadith yang diriwatkan.(kamal thobt), dan hadith itu tidak mempunyai perkara-perkara yang mencacatkan hadith (shaz dan illah).
Adil didalam meriwayatkan hadith ialah: Berakal, Baligh dan sejahtera dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada fasiq (tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada fasiq).
Serta sejahtera daripada perkara-perkara yang boleh mencacatkan muruah.
Thobt ialah: ketepatan perawi yang meriwayatkan hadith. Jika perawi itu meriwayatkan hadith melalui ingatan, Disyaratkan hadith yang diingatinya itu benar-benar selamat dari sebarang perubahan, Dari ketika ia meriwayatkan hadith sehingga ia meriwayatkan kepada orang lain, Jika perawi itu meriwayatkan hadith melalui tulisan Di syaratkan tidak berlaku sebarang perubahan didalam penulisannya.
Perawi yang Shaz ialah seorang yang thiqah. Dan Illat satu kecacatan didalam hadith yang menjadikannya Tho’if.
Latar belakang penulis:
Penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4, Tapah.Diamanahkan sebagai P.K Kurikulum .Medapat pendidikan di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah(1991-1999).Menceburi bidang hafazan Al-Quran diMaahad Tahfiz Darul Furqan Padang Balak (2000-2002),kemudian ke Pondok Pasir Tumbuh (2003) sebelum menyambung pengajian di Institut Al-Ulum Syari’yah wal-Arabiah, Damsyik,Syira, dan Berjaya memperolehi B.A didalam bidang syariah islamiah dan bahasa arab (2003-2010).
Email: hammudi_ans@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment