RUANGAN MAQASID SYARIAH
Oleh: Abd Muhaimin bin Malek
UBUDIYYAH DAN KEPIMPINAN: MAQASID PENCIPTAAN MANUSIA
PENDAHULUAN
Sesungguhnya manusia diciptakan di atas muka
bumi bukan hanya percuma tanpa sebarang tugas yang digalaskan, tanpa sebarang
amanah yang diperintah, dan bukan juga hidup sia-sia tanpa faedah. Justeru kita
dilahirkan untuk merialisasikan visi pengasas dunia ini iaitu “kearah
Peng’abdian sempurna terhadap Allah pencipta langit dan bumi serta seisinya”,
dengan misi “komited mencari sebanyak mungkin kebaikan di dunia untuk manfaat
akhirat”. Sehubungan itu, kita diperintahkan agar melaksanakan visi dan misi
tersebut melalui firman Allah S.W.T di dalam surah Al Hasyr ayat 18&19 yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap
diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya)
untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang
kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah
melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan
(amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah
orang-orang yang fasik – derhaka”.
Ayat ini juga meminta setiap kita hendaklah bermuhasabah diri
masing-masing sebelum kita dihisabkan, sejauh mana kita bersedia untuk hari
esok dengan persediaan amalan menjelang hari pembentangan dan perhitungan. (Ibn
Kathir, Juzuk 13/ m.s 499). Maka dengan semangat tahun baru 1434 hijrah ini,
marilah kita menanam azam untuk sedaya mampu mungkin berusaha melaksanakan
tugas-tugas yang diperintahkan.
TUGAS UBUDIYYAH
Allah S.W.T berfirman dengan nada persoalan, yang bermaksud: “Maka
adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada
kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu
(menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”. Lalu Allah S.W.T
menjawab persoalan tersebut di dalam surah Az Zariyat ayat 55 yang bermaksud: “Dan
(ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Kerja-kerja yang perlu dibuat selaku hamba abdi kepada Allah
sebagai satu-satunya tuan dan tuhan semua makhluk, kerja-kerja yang menunujukan
dan menggambarkan bahawa kita ini hamba bukan tuan, kita hanya berkerja untuk
satu tuan dan satu tuhan iaitu Allah tidak yang lainnya. Dan Allah s.w.t
sebenarnya tidak memerlukan bantuan kita walau sedikitpun. Bermula dengan solat
(lambang ‘ubudiyyah) dan rukun-rukun yang lain serta kewajipan-kewajipan yang
di perintahkan, sehingga sekecil-sekecil kebaikan. Kita buat semua itu untuk
menunjukan kita ini hambaNya. Kita juga mengharapkan pengiktirafan sebagai
“hamba” kepadaNya olehNya. Apabila tugas ubudiyyah ini dilaksanakan sehingga
mendapat pengiktirafan ketika itu ubudiyyah adalah suatu darjat dan anugerah
dari Allah selaku tuan dan tuhan kita.
Ar-Razi dlm tafsirnya menukilkan sebuah riwayat ketika menghuraikan
perkataan ‘abdihi عبده ayat pertama surah Al-Israa’ iaitu;
1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin).. Beliau
menyebutkan: ketika Nabi Muhammad S.A.W dijemput ke sidratul muntaha untuk
menerima syariat solat, baginda dipelawa untuk memohon sesuatu untuk
dianugerahkan Allah, lalu baginda memohon supaya diiktirafkan perhambaannya
terhadap Allah, lalu Allah S.W.T menerima permintaan tersebut dan
menganugerahkan darjat “ubudiyyah” dengan firmanNya: ‘abdihi عبده (Mafatihul Ghaib,
Tafsir kabir)
TUGAS KHILAFAH
Firman Allah yang seterusnya bagi menjawab soalan ayat di atas,
iaitu surah al baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan tuhan itu dengan berkata): “Adakah
engkau (Ya tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: Sesungguhnya aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Menurut Ibn Mas’ud dan Mujahid; Tugas yang disandangkan kepada Nabi
Adam A.S adalah melaksanakan syariat Allah dan petunjuk kearah mentauhidkanNya.
(Zadul Masir fi Ilmi Tafsir, Ibn Jauzi)
Tugas khilafah bermula dari diri sendiri, iaitu memimpin diri
dengan ilmu ke arah melaksanakan Islam, seterusnya memimpin ahli keluarga,
masyarakat dan Negara ke arah tersebut. Memimpin bermaksud membimbing, melatih
dan mendidik diri, keluarga, masyarakat dan negara kepada Islam.
PENUTUP
Justeru itu, kepimpinan harus berjalan seiringan dengan ubudiyyah,
kepimpinan yang diterima adalah kepimpinan yang ber “aqal ubudiyyah” atau lain
perkataan berjiwa ibadah. Begitulah sebaliknya ubudiyyah tanpa khilafah bererti
hidup tanpa pedoman. Kerana syarat kepimpinan adalah ilmu.
Mudah-mudahan semangat tahun baru al-hijriyyah 1434 ini, semua umat Islam memainkan peranan
masing-masing dalam bidang masing-masing melaksanakan tanggungjawab dan tugas
yang telah diperintahkan kepada kita. Semoga hidup kita diredhoi Allah dunia
dan akhirat.
Rujukan:
1. Al-Qur’an al-Karim,
2- Tafsir Ibn Kathir
3- Tafsir Ibn Jauzi
4- Tafsir Ar Razi
4- Kamus Dewan Edisi ke 3
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad
Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg.
Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak
Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
SUMBANGAN
PERCETAKAN
Risalah ini disumbangkan oleh Dr. Hj. Ahmad Razi bin Othman
d/a POLIKLINIK RAZI,
Tapah, Perak Darul Ridzuan.
0 comments:
Post a Comment