TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
HURAIAN
WASIAT DAN KEPENTINGANYA
PADA
AYAT 180 DARI SURAH AL-BAQARAH
1. PENDAHULUAN
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud:
“Diwajibkan
ke atas kamu berwasiat dengan cara terbaik kepada ibubapa dan keluarga yang
hampir apabila seseorang kamu hampir mati dan sekiranya ada meninggalkan harta.
Itu adalah kewajipan orang yang bertaqwa”. Surah al-Rahman ayat 180.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut
Syaykh Mustafa al-Maraghi, diwajibkan kepada orang beriman memberi wasiat kepada
kedua ibu bapa dan kaum kerabat ketika mereka berada dalam suasana sebab-sebab
yang boleh membawa kematian jika mereka meninggalkan harta yang banyak.
Menurutnya lagi, terdapat dua pandangan di kalangan ulama
mengenai wasiat kepada waris. Pandangan pertama tidak membenarkan wasiat kepada
ahli waris kerana terdapat hadis yang melarang berbuat demikian.
Namun, pandangan yang kedua menyatakan bahawa harus bagi
seseorang memberi wasiat kepada warisnya jika keadaan memerlu berbuat demikian
seperti berwasiat harta yang lebih kepada warisnya yang miskin atau waris yang
tidak mampu berusaha akibat dari kecatatan dan sebagainya.
3. PENGERTIAN WASIAT
Menurut Ustaz Rizalman bin Muhammad, Wasiat ialah pernyataan kehendak
seseorang untuk menyerahkan bahagian miliknya kepada seseorang yang
dikehendakinya dan ianya berlaku sesudah ia meninggal dunia.
Menerusi
pengertian ini dapat difahami bahawa wasiat berlaku ketika ada pemberi wasiat,
penerima wasiat, perkara yang hendak diwasiatkan, dan ianya berjalan sesudah
pemberi wasiat meninggal dunia.
Jika
seseorang ingin memberi hak miliknya kepada seseorang semasa hayatnya, maka ia
dinamakan hibah, sedekah, wakaf, dan sebagainya.
4. HUKUM BERWASIAT
Terdapat dua
pandangan ulama mengenai hukum wasiat. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa
wasiat adalah sunat. Menurut sebahagian ulama pula seperti al-Imam al-Zuhri (m.
124H) dan lainnya menyatakan bahawa wasiat adalah wajib.
Menurut
Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha, dan Syaykh Ali al-Syarbaji, wasiat
adalah mengikut keperluan seseorang sama ada wajib, sunat, haram, makruh, atau
harus.
5. RUKUN WASIAT
Terdapat empat
rukun wasiat, iaitu:
- Pewasiat iaitu mereka yang
baik akalnya, baligh, dan secara sukarela.
- Penerima wasiat iaitu dua
bahagian. Pertama mereka yang ditentukan oleh pewasiat secara jelas. Kedua
mereka yang tak ditentukan oleh pewasiat seperti memberi sumbangan ‘fi
sabilillah’, fakir miskin, dan sebagainya.
- Harta iaitu dengan syarat
harta yang boleh mendapat manfaat darinya.
- Sighah iaitu sama ada lafaz yang
jelas atau isyarat yang boleh difahami (termasuk juga dalam pengertian
sighah tulisan).
6. KEPENTINGAN WASIAT
Wasiat dapat
menyelesaikan masalah masyarakat sama ada berkaitan dengan sosial, ekonomi, dan
sebagainya. Justeru, selain ayat 180 dari surah al-Baqarah terdapat hadith Nabi
s.a.w yang banyak menjelaskan persoalan berkaitan dengan wasit.
Menurut
kajian Ustaz Rizalman b. Muhammad terdapat 180 teks hadith yang bertaburan
dalam kitab hadith al-Sunan al-Sittah membicarakan persoalan wasiat.
87.01 % adalah hadith sahih. Kedaaan ini sudah menggambarkan bahawa wasiat
adalah suatu kaedah penyelesaian masalah masyarakat yang menjadi perhatian yang
serius dari agama Islam.
Oleh
itu, penulis menyarankan supaya masyarakat Islam zaman sekarang mendalami hukum
yang berkaitan dengan wasiat supaya persoalan berkaitan dengan harta yang tidak
diuruskan dapat diselesaikan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika harta tersebut
bersangkut dengan urusan Allah s.w.t seperti zakat dan sebagainya atau
bersangkut dengan urusan sesama manusia seperti hutang piutang dan sebagainya.
7. KESIMPULAN
Penulis ingin
memetik satu hadith Nabi s.a.w yang bermaksud: “ Tidak sepatutnya seseorang
Islam menyimpan sesuatu yang hendak diwasiatkan selama dua malam melainkan dia
menulis wasiatnya disisinya. – Hadith riwayat al-Imam Bukhari nombor hadith
2738.
Hadith
ini memberi pengertian yang mendalam supaya umat Islam bijak merancang
kehidupan mereka ketika berada atas dunia ini atau ingin menuju ke hadrat
ilahi. Oleh itu, wasiat yang penting seperti masalah hutang dengan orang ramai
atau hutang dengan Allah s.w.t mesti diberi perhatian utama.
Rujukan:
- Al-Qur’an al-Karim,
- Tafsir al-Maraghi,
- Tafsir Ibn Kathir,
- al-Sunan al-Sittah,
- al-Fiqh al-Manhaji,
- Wasiat Dan Hibah.
|
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makan pelajar yang menghafal al-Qur’an.
Barang keperluan harian adalah seperti
keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan dalam bentuk wang boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Nombor
Akaun: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment