MAQASID SYARIAH
Oleh: Abd Muhaimin b.
Malek
MAQASID
(OBJEKTIF) SAMBUTAN MAULID RASUL
MUKADDIMAH:
Berkata al Hafiz al Sakhawi, telah berkata Ibn al Jazari: antara
keistimewaan meraikan keputeraan nabi S.A.W dengan mengingati kisah hidup dan
perjuanganNya,memujiNya ialah keamanan pada tahun tersebut dan berita gembira akan
perkenan apa yang dihajati.(Muhammad S.A.W Abdullah Sirajuddin. ms.473). Ini, apabila sambutan maulid
disambut dengan penuh perasaan mencintai baginda dan mengagungkan apa yang
dibawa oleh baginda. Sehingga majlis keraian tersebut benar-benar menjadi suatu
Ibadah yang tentunya berpahala. Untuk menjadikan sambutan maulid sebagai
ibadah, kita harus memastikan maqasid sambutan ini tercapai, antara maqasid
sambutan maulid ialah;
1- MENDAPAT RAHMAT ALLAH
Bergembira dengan kehadiran nabi
di atas muka dunia ini sudah dikira baik dan mendapat rahmat, apatahlagi.
Meniru atau mengikuti ajaranNya juga akan mendapat rahmat. Dalam meraikan
Maulid nabi, yang diharapkan sangat-sangat adalah Rahmat Allah.
Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam
karyanya “Muhammad Rasulullah S.A.W, Syamailuhu ,wa khasoilhu al Hamidah” menukil
satu riwayat dari Ibn Hajar al ‘Asqalani melalui kitab “Fathul Bari Syarah
Soheh Bukhari”, katanya: Al ‘Abbas R.A pernah bermimpi bertemu Abu Lahab
sesudah beliau mangkat, Al ‘Abbas bertanya: bagaimana keadaan engkau di dalam
neraka. Jawab Abu Lahab: Aku diseksa dengan azab yang amat pedih setipa hari,
kecuali hari Isnin, Tuhan akan meringankan azab ke atasku. Bertanya Al’Abbas
lagi: Sebab apa? Jawab Abu Lahab: kerana pada hari Isnin inilah aku telah diberitakan
oleh hamba sahaya aku Tsuwaibah al Aslamiah bahawa anak saudaraku selamat
dilahirkan, maka ketika itu juga, aku memerdekakan dia kerana terlalu gembira
dengan kelahiranNya, disebabkan itu, Tsuwaibah telah menyusukan anak saudaraku.
(Riwayat dengan makna)
Hadis ini menunjukkan kepada
kita, betapa dengan sebab kedatangan nabi atas dunia ini, semua makhluk akan
merasai rahmat Allah, hatta orang-orang kafir seperti Abu Lahab, yang bukan
sahaja kafir tetapi dihina Allah di dalam al Qur’an. Maka selayaknya kita juga
mendapat rahmat dari kelahiranNya S.A.W.
Abdullah sirajuddin(ms.295)
ketika menghurai ayat yang bermaksud: “ Tidak kami utuskan kamu melainkan
sebagai rahmat kepada sekalian ‘alam”, beliau menyebut: Semua isi kandungan
risalah muhammadiah yang terdiri daripada perintah-perintah dan
larangan-larangan Allah, baik dalam urusan ibadat, mu’amalat, hak-hak
kewajiban, atau lainnya, semua ini terbina di atas asas rahmat kepada sekalian hamba.
Dan apa yang terkandung di dalam risalah tersebut adalah suatu rahmat dan
kebahagiaan untuk dunia dan juga akhirat.
Orang mukmin yang benar imannya,
mereka akan mengambil dari risalah tersebut kedua-dua urusan dunia dan akhirat, maka
mereka mendapat rahmat di dunia dan akhirat.
Selain dari orang beriman, mereka
mengambil dari risalah tersebut urusan dunia sahaja, maka mereka akan dapat
kebahagian dunia sahaja.
2- TAJDID BAI’AH KEPADA RISALAH
(AL QURAN)
Sewajarnya sambutan keputeraan
nabi Muhammad s.a.w dijadikan medan memperbaharui Bai’ah atau taat setia kita
kepada rasul dan risalahNya agar pengurusan hidup kita tidak lari dari kemahuan
agama yang dibawa baginda. Justeru itu, setiap muslim wajib mengerti apa yang
dibawa nabi S.A.W. Dr Ratib Nabulsi dalam “Taamulat fil Islam”
menyebutkan: antara perkara yang sepatutnya dirasai ketika menyambut maulid
adalah keazaman untuk menela’ah sunnah nabi dari perkataanNya, perbuatanNya dan
pengakuanNya, kerana melalui nabi kita dapat mendekat diri kepada Allah S.W.T.
dan perkara ini merupakan syarat mendapat kasih daripada Allah. FirmanNya:
31. Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al ‘Allamah Abu Hasan Ali An
Nadwi dalam salah satu maqalahnya “Haajaatul Basyar ila Makrifatin Sahihatin”
menyebutkan: antara hikmah penurunan nabi S.A.W ke atas dunia adalah supaya
manusia dapat menjalani kehidupan beragama secara benar dan sahih, bukan
mengikut pemikiran masing-masing.
3- MERASAI KEWUJUDAN NABI DI
SAMPING KITA
Syeikh Muhammad al Toyyib
Bhauddin ketika mengulas karya Imam Al Suyuti “Husnul Maqsid fi ‘Amalil
Maulid” berkata: Dengan haflah
maulid nabi, boleh menjadikan kita merasai
kewujudan nabi di samping kita, agar kita rasa segan atas ketaksiran kita
terhadap ajaran yang diperintahkan, dan agar kita memperbaharui tekad di
hadapan nabi untuk terus membantu menyebar luaskan ajaranNya seterusnya
melaksanakan ajaran baginda. Kalau inilah yang terhasil sepanjang meraikan
maulid rasul, maka kita berhak
melaksanakan lebih kerap lagi amalan tersebut. Jika sekiranya objektif ini
tidak tercapai, maulid yg disambut akan dicela Allah dan nabi (ms.56 & 57)
PENUTUP
Syeikh Abdullah Sirajuddin R.A
(ms 7&8) menyebutkan beberapa sebab umat Islam perlu berta’aruf dengan nabi
S.A.W. ketika menghayati sejarah MaulidNya:
1- Mengekalkan keimanan kita
kepada baginda
2- Dapat mengikut perintah sepeti
ayat di atas.
3- Mengasihi dan menyayangi
baginda lebih dari kasih sayang kita kepada anak dan isteri. Perniagaan dan
harta duniawi.
4-
Dapat menghidupkan hati-hati pencintaNya.
Rujukan:
Muhammad
S.A.W Syamailuhu wa Khasoilhu al Hamidah, Hajatur Basyar Ila Makrifatin
Sohohatin, Ta’ammulat Fil Islam, Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid dan al Quran
terjemahan.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
----------------------------------------------------------
Segala bentuk sumbangan sangat diperlukan untuk
membantu pelajar mengikuti pendidikan hafazan al-Quran.
Penderma yang berminat, bolehlah menghantar sumbangan
berbentuk cek/ wang pos/ kiriman wang anda atas nama: Maahad Tahfiz al-Quran
wal-Qiraat ADDIN.
Atau bank-in terus ke akaun Maybank Maahad, no: 5581
2731 1303.
0 comments:
Post a Comment