TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
KEMENANGAN
MILIK UMAT ISLAM:
HURAIAN
AYAT 40 DAN 41 DARI SURAH AL-HAJ
1. PENDAHULUAN
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “...... dan sesungguhnya Allah akan menolong
sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang
jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi
Allah jualah kesudahan segala urusan.”. Surah al-Haj ayat 40-41.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut General Mahmud Shith Khattab, kemenangan yang
dimaksudkan pada ayat 40 dan 41 surah al-Haj ialah kemenangan di medan perang,
kemenangan di medan ilmu dan kerja, pendek kata kesemua jenis kemenangan di
dalam apa saja lapangan.
Menurutnya lagi, kesemua kemenangan tersebut
mempunyai beban yang mesti dipikul. Beban pertama ialah beban merancang, beban
kedua ialah beban kerja yang berterusan. Tidak pernah ada kemenangan
dikurniakan kepada seseorang tanpa ada persediaan yang betul dan sempurna
mengikut syarat-syaratnya. Kemenangan tidak boleh dicapai hanya dengan
cakap-cakap kosong, dakwaan-dakwaan palsu. Hanya gerak kerja sahaja yang dapat
meningkatkan moral dan berjaya memperolehi kemenangan.
3. SYARAT-SYARAT KEMENANGAN
Menerusi ayat 40 dan 41 dari surah al-Haj tersebut, Prof. Dr. Wahbah
al-Zuhaily telah menyatakan bahawa antara syarat kemenangan yang bakal
diperolehi oleh umat Islam ialah mereka yang memelihara solat, mereka yang mengeluarkan
zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan mereka melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar.
Menurutnya lagi, syarat-syarat kemenangan ini adalah
ketetapan dari Allah s.w.t kepada kaum Muhajirin dan Ansar dan mereka berjaya
mengecapinya. Justeru, syarat ini jika dipenuhi oleh umat Islam pada hari ini
nescaya mereka mampu mengalahkan Yahudi dan yang lain-lain.
4. SIFAT-SIFAT ORANG YANG MENANG
Menurut General Mahmud Shith Khattab, antara sifat orang yang menang ialah:
1.
Taat
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya”. Al-Nisa’ ayat 59.
2.
Sabar
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran
kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. Ali Imran ayat 200.
3.
Teguh hati
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta
ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai
kemenangan)”. Al-Anfal ayat 45.
4.
Berani
Firman Allah
s.w.t:“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang
kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari
menentang mereka”.al-Anfal ayat 15.
5.
Cermat dan berhati-hati
Firman Allah s.w.t:“Wahai
orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu
menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak
demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai”.al-Nisa’ ayat 71.
6. KESIMPULAN
Menurut General Mahmud Shith Khattab lagi, ada beberapa sifat lagi yang perlu
kepada jil al-nasr (generasi ummah yang berjaya) iaitu; sedia berkorban, mempunyai persiapan
yang lengkap, mampu mengelak anasir-anasir fitnah, mempunyai tempat gerakan atau
pertahanan, bekerja secara berpasukan, dan pandai mengjaga kerahsiaan
Sehubungan
dengan itu, umat Islam Berjaya pasti memiliki sifat-sifat tersebut atau
berusaha untuk memiliki sifat tersebut.
Rujukan:
- Tafsir al-Munir,
- Al-Islam wa al-Nasr
|
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment