RUANGAN MAQASID
Oleh: Abd Muhaimin b.
Malek
MAQASID
SYARIAH DI SEBALIK PENGAMALAN DEMOKRASI
1. PENDAHULUAN
Sebagaimana maklum, Malaysia
adalah salah sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan
menjadikan pilihanraya sebagai medan atau wasilah memilih kepimpinan mentadbir
urus Negara. Perkataan demokrasi berasal dari perkataan yunani. Ia member
maksud pemerintahan oleh rakyat (kamus dewan edisi ke tiga) atau kuasa rakyat
dalam menentu kepimpinan Negara. Menurut sejarah, Demokrasi ini pada asalnya
merupakan satu bentuk aliran pemikiran berpolitik yang telah diguna pakai oleh
bangsa Yunani sejak sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Mereka menggunakan sistem
demokrasi ini sebagai satu sistem dalam membentuk kesatuan dalam kalangan
rakyat apabila sistem ini berjaya mengumpulkan seluruh rakyat untuk memilih ketua
mereka. Dengan wujudnya sistem ini, ia menolak sistem diktator iaitu
pemerintahan yang ditentukan oleh kerajaan tanpa ada ruang oleh rakyat untuk
memilih. - kitab Qadhaya Fiqhiyyah Muasorah,tahun 4, Universiti Al-Azhar,
Kaherah – m/s 8
2. DEMOKRASI DAN MAQASID SYARIAH
Jika dilihat secara mendalam akan
perinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan pada hari ini, sebahagiannya
terkandung di dalam proses pemilihan khilafah yang empat terutama Saidina Abu
Bakar. Sebagai contoh, ketika baginda wafat, belumpun jenazah baginda
disempurnakan persemadianNya, para sahabat telah berkelompok memilih calon
mereka untuk dicadangkan sebagai khalifah rasulullah S.A.W. bagi pihak
Muhajirin mereka mencalonkan Saiduna Abu Bakar, manakal di pihak kedua al Ansar
mereka menamakan Sa’ad bin Ubadah, adapaun kelompok ketiga menamankan Saidina
Ali Karramallah Wajhah. Ini bermakna semua sahabat-sahabat baginda bersetuju
mengembalikan perlantikan kepimpinan negara kepada ra’yul ummah pilihan
rakyat. Cuma yang menjadi perselisihan dikalangan mereka adalah dari sudut
keutamaan sahaja. (Itmamul Wafa’ fi Siratil Khulafa’ m/s 16 – 17).
Justeru itu, ulamak mutakhirin
bersetuju menjadikan sistem ini dalam pengamalan Pentadbiran Islam dan mereka
tidak melihat ianya suatu perbuatan bid’ah kerana sistem ini lebih berfungsi
untuk kegunaan dunia dari agama dan ianya sebagai wasilah untuk digunakan
rakyat bagi melantik kepimpinan mereka. Ini kata mereka seperti sistem syura
dan bai’ah yang berlaku dalam islam. Mereka adalah seperti Dr Yusuf al
Qaradhawi dalam bukunya Addin wa Siasah. Dr Ali Jumaah dalam karyanya al
bayan lima yashghulu al Azhan dan ramai lagi.
Dari sudut maqasidnya, Menurut
kata Dr Ahmad Raisuni: Sekiranya Demokrasi dijalankan dengan cara yang betul
dan dijadikan sebagai wasilah yang bebas dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak,
ianya boleh mendatangkan manfaat atau maslahat kepada manusia. Hal ini termasuk
di dalam Maqasid Syariah, kerana anatara cirri terpenting yang didapati melalui
demokrasi adalah keadilan dan kesaksamaan. Berlaku adil dalam semua urusan merupaka objektif terpenting didalam semua
syariat para rasul termasuk nabi Muhammad S.A.W. danapa-apa perkara yang
dijadikan sebagai perantara untuk mencapai keadlilan dan kesaksamaan di terima
sebagai Islam, bhakan sebagai Maqasid Islam itu sendiri. (Al Fikrul Maqasidi
Qawaiduhu wa Fawaiduhu m/s: 146-148). Ibn Al Qayyim juga pernah menyebut
melalui maqalahnya yang termasyhur: Sesungguhnya Syariat ini asasnya terbina di
atas tapak hikmah dan maslahat manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana
Syariat itu keseluruhannya adalah ‘adil, penuh hikmah, sarat dengan maslahat.
Oleh itu, setiap perkara yang terkeluar dari keadilannya kepada kezaliman, dari
rahmat kepada lawannya, dari maslahat kepada mudharat dari hikmah kepada sia-sia
maka perkara itu bukanlah dari Islam malahan terkeluar darinya, sekalipun cuba
di masukan kedalam Islam dengan cara takwil.(I’lam al Muwaqqi’ein. Jilid
3.m/s 14-15)
Apa yang
lebih menarik lagi, seorang pakar ekonomi antarabangsa. Pengarah
Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) Dr. Murat
Cizakca ketika menyampaikan syarahan forum awam anjuran Institut antarabangsa
Pengajian Islam lanjutan Malaysia di Petaling Jaya dalam tahun 2009 lalu beliau
telah berkata, “sistem demokrasi wajar menjadi komponen baru dalam maqasid
syariah apabila sistem demokrasi itu begitu menyerlahkan rekod yang baik selama
pernah diamalkan di dunia ini. Lalu wajar sekali agar sistem ini menjadi satu
komponen baru sesuai dengan perkembangan semasa dan penyelesaian kepada banyak
masalah hari ini”. katanya.Namun kata Dr. Murat, pengertian demokrasi perlu
difahami bahawa sebuah negara itu dikira sebagai negara demokrasi jika:
1)
Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui
pilihan raya yang kompetitif dan bersih,
2)
Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,
3)
Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan
raya,
4)
Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya
bebas.
3. DEMOKRASI
MENJAMIN KEAMANAN
Menurut Dr Murat lagi, “kebanyakan negara yang mengamalkan
demokrasi merupakan negara yang begitu menghormati hak-hak asasi yang paling
asas iaitu kemanusiaan.Jika dilihat demokrasi dan kaitannya dengan peperangan,
70 peperangan telah meletus sejak tahun 1816 sehingga tahun 1991, iaitu
mengambil masa selama 175 tahun setelah berakhirnya peperangan era Napoleon.
Iaitu siri-siri perang yang melibatkan 353 pihak-pihak yang berperang.Daripada
jumlah ini peperangan yang melibatkan negara yang bukan demokrasi dengan negara
lain yang juga bukan demokrasi sebanyak 198 kes manakala peperangan yang
melibatkan negara demokrasi dengan negara bukan demokrasi sebanyak 155 kes. Dan
yang menariknya tiada peperangan yang berlaku melibatkan permusuhan antara
sebuah negara demokrasi dengan sebuah negara demokrasi yang lain.” jelasnya.
Perkara ini membuktikan demokrasi memberikan kesejahteraan
kerana pembangunan ekonomi dapat bergerak dengan cergas tanpa dihalang oleh
api-api permusuhan dan peperangan. (untuk bacaan lanjut sila rujuk Arkib
Utusan Malaysia bertarikh 02/06/09 bertajuk Demokrasi juga Maqasid Syariah?)
4. PENUTUP
Dalam ruangan yang terbatas ini,
penulis sebenarnya tidak berpuas hati dengan kupasan isu yang tersengaja
dijadikan tajuk penulisan risalah mingguan ini. Walaubagaimanapun penulisan
ringkas awal ini boleh membuka ruang untuk perbahasan seterusnya di lain masa
dan mungkin di lain tempat. Tiada yang diharapkan selain mencari keikhlasan dan
kebenaran Islam.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan
Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun Nombor: 5581
2731 1303).
0 comments:
Post a Comment