RUANGAN ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur Muhammad
As-siddiq b. Mohammad
KISAH DI DALAM AL-QURAN
PENDAHULUAN
Al-Quran
tidak sunyi daripada menceritakan kisah-kisah umat terdahulu bersama nabi-nabi
mereka, peristiwa-peristiwa yang berlaku suatu masa yang telah lama
meninggalkan kita, serta sudah kehilangan pengetahuan manusia tentang peristiwa
tersebut kerana berlalu masa yang sangat lama, maka kisah umat terdahulu di
dalam al-Quran merupakan satu mukjizat yang sangat jelas dan juga dalil
daripada dalil-dalil ilmu ghaib yang tidak dapat diketahui melainkan Allah SWT
sahaja, padanya pengajaran dan iktibar, hikmah dan peringatan yang dapat
difahami oleh semua manusia yang beriman ataupun yang ingkar, kerana itu
al-Quran sangat mengambil berat terhadap kisah-kisah umat terdahulu dan
menceritakan kepada manusia dari sudut dakwah al-Quran supaya dapat menguatkan
hujah kebenaran al-Quran serta keterangannya.
TUJUAN KISAH DI DALAM AL-QURAN
Sudah pasti bagi mereka yang
meneliti dan mengamati kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dapat
mengambil iktibar serta pengajaran bahawa kisah-kisah tersebut didatangkan
dengan tujuan-tujuan yang bermakna, para ulama’ di dalam menyebut tujuan kisah
al-Quran menyatakan seperti berikut:
1- Tujuan yang utama terhadap
kisah-kisah di dalam al-Quran ialah menetapkan kenabian Nabi Muhammad SAW serta
menjelaskan bahawa al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW;
ini kerana kisah-kisah umat terdahulu telah berlalu dan kebanyakannya telah
luput dari pengetahuan manusia, Nabi SAW pula merupakan seorang yang ‘ummi’
iaitu tidak pandai membaca dan menulis, baginda juga tidak pernah belajar
daripada mana-mana guru, baginda tidak hidup dengan ahli kitab yang mengetahui
kisah umat terdahulu.
Apabila Nabi SAW menceritakan
kisah umat terdahulu melalui ayat-ayat al-Quran, maka ianya menunjukkan bahawa
baginda adalah nabi yang sebenarnya diutuskan oleh tuhan yang maha mengetahui
segala-galanya tentang umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT di dalam surah Hud
ayat 49 yang bermaksud: “(kisah Nabi Nuh) itu
adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai
Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. oleh
itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di
dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.
2- Menerangkan bahawa Allah SWT
akan memenangkan para anbiya’ di dalam dakwah mereka, serta menghancurkan
orang-orang kafir yang mendustakan dakwah nabi mereka.
Maka tujuan ini dapat memberi
ketenangan kepada Nabi SAW bahawa Allah SWT juga pasti akan memenangkan dakwah
baginda serta orang-orang yang beriman yang berjuang untuk agama Allah SWT yang
mulia ini, kerana pada kisah nabi terdahulu mereka akan mendapat pertolongan
dan kemenangan apabila berjuang untuk agama Allah ini. Allah SWT berfirman yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kami tetap membela serta
mempertahankan rasul-rasul ami dan orang-orang yang beriman - dalam kehidupan
dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat). (Iaitu) pada
hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka
untuk melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh
seburuk-buruk tempat tinggal”.
(Surah Ghafir: 51-52)
3-
Menerangkan makna agama secara jelas dan meletakkan kaedah-kaedah di dalam
agama.
Ini
dapat dilihat daripada kisah-kisah yang mempunyai perbualan dan perdebatan,
penerangan dan pendirian hujah, yang dapat menarik perhatian orang yang
mendengar. Perhatikan bagaimana kisah seorang lelaki Qibthi daripada keluarga
Firaun yang beriman apabila beliau merasa bimbang terhadap Nabi Musa AS,
kisahnya dirakamkan di dalam Surah Ghafir ayat 28-29: “Dan
(pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang
Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki
kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? - sedang ia telah datang kepada
kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? kalau ia seorang yang
berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia
seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang
dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. "Wahai kaumku! pada hari
ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi
(Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan
membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?" Firaun
berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku
pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan
jalan yang benar".
PENUTUP
Kisah-kisah yang telah
diceritakan kepada kita di dalam al-Quran adalah mukjizat yang sangat jelas,
oleh itu, kita sebagai orang yang beriman dengan segala isi al-Quran seharusnya
tidak menolak al-Quran atau tidak mahu beramal dengannya, kerana terdapat
banyak bukti kebenaran al-Quran, antaranya ialah kisah-kisah umat terdahulu.
Rujukan:
1. Al-Quran
al-Karim,
2-
Ulum al-Quran al-Karim
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan
Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun Nombor: 5581
2731 1303).
0 comments:
Post a Comment