TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
HARI
PERHITUNGAN:
HURAIAN
AYAT 47 DARI SURAH AL-ANBIYA’
1. PENDAHULUAN
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca
timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat;
maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu
seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk
ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung”. Surah
al-Anbiya’ ayat 47.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut al-Imam Ibnu ‘Asyur, ayat ini menjelaskan bahawa
setiap orang akan dihitung oleh Allah s.w.t pada hari akhirat segala amalan
yang telah dilakunya semasa hidup di atas dunia dan ianya tiada kaitan dengan
amalan orang lain.
Menurutnya lagi, ayat ini juga menjelaskan suatu jaminan
telah diperakui oleh Allah s.w.t bahawa Dia akan melindungi seseorang dari
kezaliman dan akan memberi hak yang sepatutnya diperolehi oleh seseorang itu.
3. KISAH TENTANG AYAT
Menurut al-Imam Ibnu Kathir, terdapat satu riwayat dari Musnad Imam
Ahmad dari Sayidina Asyiah r.a bahawa ada seorang sahabat datang bertemu
dengan Rasulullah s.a.w untuk bertanya tentang dua orang hambanya yang telah beliau
pukul dan maki akibat perbuatan mereka yang suka berbohong, berlaku khianat,
dan melanggar perintahnya. Lalu Nabi s.a.w menjawab, “Mereka akan dihitung pada
hari kiamat dengan sebab perbuatan mereka sama ada berbohong, khianat, dan
melanggar perintah kamu, sedangkan kamu juga akan dihitung oleh Allah s.w.t
atas perbuatan kamu memukul dan memaki mereka, jika kesalahan kamu sepadan
dengan perkara tersebut maka urusan tersebut dikira selesai, jika kamu
melampaui ke atas mereka maka kamu pula akan dikenakan tindakan balas”.
Lalu
beliau menangis di hadapan Rasullah s.a.w tersedu-sedu sehingga Baginda merasa
hairan. Seterusnya Baginda bersabda adakah dia tidak membaca firman Allah s.w.t
yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil
untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri
sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi
(sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung)
dan cukuplah Kami sebagai Penghitung”. Surah al-Anbiya’ ayat 47.
Lelaki berkata:”Wahai Rasulullah!, Aku merasakan lebih baik aku memisahkan
mereka dua tersebut daripadaku”. Lalu beliau daripada aku, lalu dia memerdekakan
dua orang hamba tersebut.
4. GOLONGAN MANUSIA YANG RUGI PADA HARI
PERHITUNGAN
Hadith di atas
tersebut telah memberi suatu gambaran yang jelas mengenai hisab atau perhitungan
amalan (kegiatan) manusia di dunia pada hari Akhirat. Setiap amalan (kegiatan)
manusia atas dunia akan membuah hasil di Akhirat. Jika dia berlaku adil maka
hasilnya adalah baik, manakala jika ia berlaku zalim maka balasannya adalah
buruk.
Jika seseorang
melakukan kezaliman kepada manusia yang lain di atas dunia ini maka Allah s.w.t
akan membalasnya kembali jika ia tidak meminta maaf kepada mereka yang
dizaliminya itu. Dalam hal ini, ada sebuah hadith telah menjelaskan bahawa ada
golongan manusia yang akan muflis dengan sebab kezaliman mereka.
Hadith tersebut
diriwayatkan oleh Abu Hurairah menerusi Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud:“Tahukah kamu siapakah yang muflis?”. Berkata para sahabat: “Orang
yang muflis itu tiada mempunyai wang dan harta benda”. Lalu Nabi s.a.w
bersabda: “Golongan yang muflis dari golongan umatku ialah mereka yang berada
hari Akhirat dengan membawa pahala solat, puasa, dan zakat. Dia jua membawa
perkara jahat seperti memaki seseorang, memfitnah seseorang, mengambil harta
dengan cara yang salah, membunuh seseorang, dan memukul seseorang. Maka orang
tersebut akan memberi pahalanya kepada setiap orang yang ia telah menzaliminya,
jika pahalanya sudah kehabisan maka ia perlu memikul pula segala kesalahan mereka
lalu dia dicampakkan ke dalam neraka. Hadith riwayat Muslim (no. Hadith 2581).
Penjelasan hadith
tersebut menggambarkan keadaan yang bakal dialami oleh orang yang menzalimi
manusia semasa mereka berada di atas dunia. Hadith ini juga memberi gambaran
bahawa orang yang kena zalim akan mendapat pembelaan yang sangat adil dari
Allah s.w.t pada hari Akhirat.
Orang yang zalim
ketika berada atas dunia ini bebas ke sana
dan ke sini menipu dan menzalimi manusia, namun pada hari Akhirat mereka tidak
mempunyai tempat pergantungan lagi melainkan menerima akibat perbuatan mereka
di hadapan Allah s.w.t.
Manusia yang paling
teruk menerima azab dari Allah s.w.t adalah pemimpin yang zalim. Cuba
bayangkan jika dia menzalimi rakyatnya yang berjumlah 28 juta orang maka dia
perlu memberi pahalanya kepada mereka, jika pahalanya tiada maka di akan
menanggung dosa mereka pula. Waliyazubillah.
6. KESIMPULAN
1. Manusia hidup
atas dunia ini perlu bertimbang rasa dan perlu tolong menolong antara satu sama
lain. Jangan sekali memusuhi orang lain melainkan apa yang diizinkan oleh Allah
s.w.t.
2. Oleh itu,
masyarakat yang harmoni dan bertamadun akan mendapat kesan yang baik sama ada
di atas dunia ini dan mereka juga akan memperolehi balasan yang baik di
Akhirat.
3. Manusia perlu
bersedia dengan bekalan yang baik untuk bertemu dengan Allah s.w.t pada hari
Akhirat kelak. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Kejahatan akan dibalas
dengan kejahatan. Balasan diterima megikut jenis amalan.
Rujukan:
- Tafsir Ibnu Kathir,
- Tafsir Ibnu Asyur,
- Sahih Muslim,
- al-Durus al-Yawmiyah.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment