RUANGAN MAQASID
Oleh: Abd Muhaimin b.
Malek
PEMBENTUKAN
KERAJAAN MELALUI PILIHANRAYA
PENDAHULUAN
Pemerintahan
adalah unsur penting dalam rangka mencapai objektif syariah (Maqasid Syariah)
iaitu, menjamin pemeliharaan Agama,nyawa, keturunan, akal maruah dan harta. Justeru dengan pemerintahan
sahaja dapat melaksasnakan pelbagai tugas dan tanggungjawab wajib seperti
memastikan keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan. Amnah
dapat diaplikasikan dan khianat dapat dihancurkan. Kerana tidak ada mana-mana
badan atau organisasi dapat menjalankan tugas penting tersebut melainkan dengan
tertegaknya sebuah kuasa. Maka mencari kuasa demi tujuan tersebut adalah sangat
dituntut.
PEMERINTAHAN
ASAS TERTEGAKNYA SYARIAH
Al Imam al Qurtubi melalui
tafsirnya ketika membuat kesimpulan terhadap ayat 30 dari surah al Baqarah,
iaitu;
dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
Beliau menyebutkan, ayat tersebut
memberi pengajaran bahawa menegakkan khilafah atau mengangkat pemimpin bagi
memutuskan urusan dalam sesebuah masyarakat adalah suatu kewajipan ummat. Ini
kerana tanggungjawab menyelesaikan pertikaian antara meraka, memabantu orang yang
teraniaya dari sebab keazaliaman, menegakkan hukum dan perundangan, mencegah
perbuatan keji, dan pelbagai hal yang penting tidak mungkin ditegakkan kecuali
dengan adanya pemimpin atau pemerintahan. (Lubab
al Tafsir Min Ibn Kathir. Dr Abdullah Al Asy syekh. Terjemahan. Jilid 1/m.s
100. Cet. Pustaka Imam As Syafi’i)
Menurut kaedah fiqh juga bahawa
“Sesuatu kewajipan itu tidak dapat disempurnakan melainkan memerlukan kepada
sesuatu yang lain, maka sesuatu yang lain itu menjadi hukum wajib”.(al Wajeez fi Syarh al Qawa’eid al Fiqhiyyah.Dr Abd
Karim Zaidan.m/s 184)
KEPIMPINAN
YANG LAYAK DIPILIH
Bagi menjamin kelangsungan tugas
dan tanggungjawab tersebut, pemerintahan yang layak sahaja wajib memikul amanah
tersebut. Pemerintahan yang yang zalim, yang mengamalkan dasar-dasar yang
menghalang untuk mencapai objektif Syarak tidak layak dipilih untuk menerajui
kepimpinan Negara. Bagaimana sebuah pemerintahan ingin menjalankan tugas umpama
membantu orang yang dizalimi sedangkan pemerintah sendiri melakukan kezaliman?.
Sebagai contoh, Bagaimana
pemerintah ingin membantu mengurangkan bebanan rakyatnya sedang pemerintah
menanggungkan hutang Negara sebanyak RM 500 bilion ke atas setiap rakyat
jelatanya yang berjumlah sekitar 28 juta dengan setiap seorang menanggung hutang
Negara sebanyak RM 18 ribu termasuk kanak-kanak yang baru dilahirkan. Ini belum
lagi dikira dengan hutang pengajian mereka dicamur pula dengan hutang rumah dan
kereta. Seorang mahasiswa yang baru menamatkan pengajiannya apabila mendirikan
rumahtangga belumpun lagi memulakan kerja dan membeli rumah dan kenderaan sudah
menanggung hutang dirinya sebanyak lebih kurang RM 53 ribu ini termasuk hutang
Negara RM 18 ribu yang akan dibayar melalui pelbagai cukai yang dikenekan. Jika
wanita pilihan mereka juga bekas seorang mahasiswi, nescaya mereka berdua
menaggung hutang sebanyak RM 106 ribu. Apabila mereka bercadang untuk membeli
kereta setelah mendapat kerja, hutang mereka akan bertambah mencecah RM 200
ribu. Inilah antara permasalahan besar menimpa sebahagian besar rakyat Malaysia
yang berkemungkinan besar akan menjadikan kehidupan mereka terhimpit dan
tersepit, sedangkan di dalam Islam sesuatu kesempitan itu wajib dilonggarkan (lihat al Asybah
wan Nazair Al Suyuti.Dar al Kitab al ‘Arabi.m/s 172.), dan ianya termasuk di dalam
kategori Hajiyyat yang wajib
diusahakan untuk mencapai maqasid syariah.(lihat difinisi Hajiyyat di dalam al Muwafaqat Syatibi.2/326) Jadi, bagi menyelesaikan
permasalahan rakyat ini sebuah kerajaan yang berwibawa dan berkemampuan wajib
ditonjolkan, dan mereka yang menyatakan komitmen untuk melapangkan kesempitan
yang dihadapi wajib dicalonkan dan dimenangkan.
Antara karekter sesebuah
kepimpian yang mendapat pemeliharaan Allah, ialah kepimpinan yang pemimpinnya
tidak melakukan kezaliman. Tidak benar apa yang didakwa sebahgian para asatizah
bahawa wajib menyokong dan mengekalkan kerajaan sekalipun kerajaan itu zalim.
Pandangan ini juga bercanggah dengan mafhum ayat al Quran di dalam surah Hud
ayat
117. Dan Tuhanmu tidak
sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri Dengan sebab kezaliman
penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
Al Syahid Dr Said Ramadhan al
Bouti RA pernah menyentuh tentang ayat ni, beliau menyebutkan; bahawa
sesungguhnya sesebuah ummah atau kerajaan akan dihancurkan Allah apabila
sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain melakukan kezaliman, menindas
dan sebagainya sekalipun yang memimpin itu orang yang beriman. Sebaliknya
sebuah ummah atau daulah yang dasar pemerintahannya menyekat kezaliman dan
penindasan akan mendapat keamanan dari Allah sekalipun yang memimpin itu
seorang kafir. (Sunanullah
fi ‘ibadihi.Dar al Fikr. m/s 102)
PEMILIHAN
KEPIMPINAN MELALUI PILIHANRAYA
Al Qardhawi dalam satu wawancara
bersama TV Al Jazeera menyebutkan; Sistem demokrasi berparlimen melalui
pilihanraya adalah diterima pakai di dalam Islam, ia diqiaskan dengan bab
kesaksian yang dibincang oleh ahli fiqh. Selain itu juga, tidak ada lagi sistem
di dunia termasuk di Negara kita yang digunakan untuk mengangkat kepimpinan
Negara melainkan sistem pilihanraya. Penulis berpandangan menyertai pilihanraya
serta keluar mengundi adalah satu kewajipan syarak, berdasarkan kepada dalil
yang dibentangkan di atas. Adakah ia merupakan kewajiban ainiyah? Ini
memerlukan kepada kajian seterusnya
Dr Abd Karim Zaidan ketika
menghuraikan tentang hukum “wajib kifayah”
yang anatar contohnya adalah menyediakan peluang pekerjaan sebanyak yang
diperlukan, membantu meringankan bebanan ramai dan lain-lain perkara lagi yang
berujuan memberi maslahat umum kepada rakyat. Beliau merumuskan seperti
berikut;
“Menjadi kewajipan ke atas rakyat
memantau dan memastikan kerajaan mereka menjalankan wajib kifayah dan menyokong atau mengangkat mereka untuk
menjalankan kefardhuan tersebut. Kerana kerajaan adalah wakil kepada rakyat
dalam memastikan kelangsungan maslahat mereka”. (Al Wajeez Fi Usul al Fiqh.m/s 32). Hal ini semestinya tidak akan
terjadi melainkan dengan cara pilihanraya.
PENUTUP
Pilihanraya adalah proses
pembangunan daulah, dan dengan daulah yang berjaya dibangunkan Maqasid Syariah
dapat dicapai.
TERBITAN:
UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg.
Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak
Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN
Pihak
sekolah mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi
sumbangan tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang
menghafal al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang
keperluan harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment