RUANGAN MAQASID
Oleh: Abd
Muhaimin b. Malek
SENTIMEN AGAMA
DAN PERKAUMAN
PENDAHULUAN
Berbilang
bangsa dan agama merupakan anugerah Allah untuk penduduk bumi. Wujudnya agama
selain Islam adalah untuk menunjukan betapa hebatnya Islam, kerana Islam tidak
pernah memaksa penganut selain Islam memeluk Islam, bahkan Islam dengan toleransi
yang terdapat padanya memberi kebebasan kepada penganut selain agamanya
mengamalkan ajaran mereka.
Wujudnya
bangsa-bangsa selain melayu di bumi Malaysia ini juga satu niamat dan rahmat
buat kita semua anak-anak Malaysia. Kasih sayang, bantu membantu, hormat
menghormati antara satu sama lain, berkebajikan, bersatu membanteras kejahatan
menjadi intipati dalam hubungan antara kaum. Hal ini sepatutnya menjadi
pelajaran berguna bagi mendidik diri menjadi rendah diri tidak sombong dan
sentiasa menjaga keharmonian kaum.
Berbilangnya
agama dan bangsa bukanlah alasan untuk digunakan bagi menindas yang lemah, dan
mengadu domba kepada kenbencian kaum. Perbuatan terkutuk ini amat dilarang di
dalam Islam.
KEBERADAAN
AGAMA SELAIN ISLAM ADALAH KEHENDAK TUHAN
“Dan
(bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia
beriman), jika tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada
di bumi. (janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang
ingkar itu; kalau tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”
Justeru
itu, keberadaan orang kafir di atas muka dunia bukanlah untuk diperangi,
dihalau keluar dari tempat mereka, dinafikan hak dan dicaci maki sesuka hati
oleh orang Islam. Begitu juga halnya, keberadaan kaum selain melayu di bumi
Malaysia tercinta ini bukanlah untuk dicacimaki, dinafikan hak untuk berbincang
dan pelbagai sekatan lagi.
Dr.
Wahbah al-Zuhaily menyebutkan: Islam agama toleransi membenarkan wujudnya
berbilang agama dan kaum supaya mereka dapat hidup secara bersama dengan aman
dan selamat, dan dapat melakukan aktiviti agama dengan baik (Ahkamul Harb fil
Islam, Khasaisuhu al-Insaniah. m/s 7). Firman Allah di dalam surah al-Hujurat
13;
“Wahai
umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu)”.
KUFUR
BUKAN ALASAN TERJADI PEPERANGAN DALAM ISLAM
Peperangan
di dalam sejarah Islam khususnya zaman nabi Muhammad S.A.W yang berlaku antara
golongan muslimin menentang golongan kafir bukanlah terjadi disebabkan
kekufuran orang-orang kafir semata-semata. Kajian sirah peperangan Nabi
menunjukkan bahawa terdapat tiga sebab berlakunya peperangan. Pertama, apabila
orang Islam diserang, ketika itu diizinkan Allah berperang. Kedua, apabila duta
dakwah Nabi yang dihantar ke setiap pelusuk dibunuh sewenangnya. Dan ketiga,
apabila baginda tahu bahawa golongan kafir sedang merancang untuk memerangi
baginda.
Selain
itu, peperangan di dalam Islam dikategorikan sebagai wasilah bukan ghayah, yang diguna pakai oleh Islam
ketika keadaan darurat sahaja. Ianya tidak digunakan bagi tujuan menguasai kaum
yang minoriti atau dengan sentimen kaum itu lebih baik dari kaum ini.
Peperangan yang dilancarkan atas dasar anti agama dan kaum adalah perbuatan
yang sangat zalim di dalam semua agama di dunia ini. (Wahbah Zuhaily. m/s 8)
Justeru
itu, keberadaan orang kafir di dunia ini, khasnya di Malaysia ini bukanlah
untuk diperangi dan dimusuhi, kekafiran tidak boleh sama sekali dijadikan
alasan untuk berlaku permusuhan. Dan apabila orang kafir membenci kejahatan
yang dibuat orang Islam juga bukan satu alasan untuk mereka dihina-hinakan dan
dijadikan musuh.
Ibn
Solah, tokoh mazhab Imam Syafiei beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak
mengkehendaki kebinasaan kepada mereka (orang kafir), dan Allah tidak
menciptakan mereka untuk diperangi. (Wahbah Zuhaily. m/s 13)
SASARAN
DAKWAH
Allah
takdirkan keberadaan mereka (orang kafir) di samping kita adalah untuk
dijadikan sebagai sasaran dakwah kepada mengenali Islam secara dekat, bahkan
lebih dari itu, untuk mengajak mereka memeluk agama Islam. Oleh itu,
orang-orang Islam sepatutnya menunjukan penghayatan islamiah di dalam kehidupan
mereka sehingga mereka tertarik dengan kehebatan Islam. Gunalah pendekatan
“tunjuk teladan” disamping penerangan tentang Islam, Islam bakal dianuti oleh
semua bangsa. Ketika itu, Islam dilihat merentasi perkauman. Maka matilah
perjuangan perkauman yang menindas.
PENUTUP
Sebagai
rumusan ringkas dari isu yang diperbincangkan, bahawa sentimen agama dan
perkauman yang melampau adalah bercanggah dengan kehendak Islam, berdasarkan
ayat yang dikemukan di atas.
Yang
lebih menarik lagi, kebaikan yang dilakukan orang kafir di dunia ini diberi
balasan baik oleh Allah di dunia. Persoalan kekufuran mereka akan dihukum Allah
di akhirat kelak. (Dr. Said al-Bouti: Min Sunanillah Fi ‘Ibadihi. m/s 112)
RUJUKAN
1-
al-Quran al-Karim.
2-
Ahkamul Harb fil Islam, Khasaisuhu al-Insaniah.
3-
Min Sunanillah Fi ‘Ibadihi.
TERBITAN: UNIT
PENERBITAN
Maahad Tahfiz
al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan
Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul
Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN
Pihak sekolah mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama
dengan memberi sumbangan tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan
pelajar yang menghafal al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu
hari)
|
Gula
|
4 kg (satu
hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu hari)
|
Telur
|
15 papan (satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment