RUANGAN ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur
Muhammad As-siddiq b. Mohammad
ASBABUN NUZUL
AL-QURAN (BAHAGIAN: 2)
CARA
MENGETAHUI SEBAB NUZUL
Untuk
mengetahui tentang Asbabun Nuzul, tidak boleh hanya dengan bersandarkan
pendapat atau akal fikiran semata-mata. Sebaliknya perlulah disandarkan kepada
riwayat yang sahih dan mendengar serta menyaksikan sendiri ayat itu diturunkan
ataupun mereka mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji mengenainya. Mereka itu
mestilah terdiri dari kalangan sahabat, tabi’in dan mereka yang bertungkus
lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri dari kalangan ulama yang dipercayai.
Al-Wahidi
berkata: “Tidak boleh berbicara sebab turunnya ayat-ayat al-Quran, kecuali
dengan periwayatan yang dinukilkan dari mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebab-sebab turunnya dan meneliti ilmunya.
Untuk
mengetahui Asbabun Nuzul bukanlah perkara mudah, ia mestilah berdasarkan panduan
dan riwayat yang sahih. Ulama salaf dan ahli tafsir begitu teliti dan sangat
berhati-hati dalam masalah ini. Ulama biasanya mengetahui sebab turunnya
sesuatu ayat melalui riwayat para tabi’in atau melalui sahabat Rasulullah SAW
atau melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi SAW. Dan
riwayat-riwayat tersebut bukanlah pendapat semata-mata, tetapi merupakan
riwayat yang Marfu’ yang disandarkan kepada Nabi,
barulah riwayat tersebut diterima sebagai riwayat yang sahih.
PEMBAHAGIAN
PENURUNAN AYAT BERSEBAB
Ayat-ayat
yang mempunyai sebab nuzul ini dapat dibahagikan kepada:
1-
Satu ayat satu sebab nuzul.
2-
Satu ayat beberapa sebab nuzul
3-
Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.
Satu
Ayat Satu Sebab Nuzul
Ia
membawa maksud penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul. Hal ini berlaku pada
sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul
yang jelas, tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan Asbabun Nuzul
yang lain.
Satu
Ayat Untuk Beberapa Sebab Nuzul
Ini
bermaksud terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat. Bagi
menyelesaikan masalah ini ulama akan membuat pertimbangan dengan salah satu
daripada perkara-perkara berikut:
1-
Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab nuzul, namun
penilaian akan dibuat berdasarkan sanad yang sahih, iaitu apabila didapati
salah satu daripada dua riwayat adalah nyata dan jelas sahih, dan satu riwayat
lagi didapati jelas tidak sahih atau tidak munasabah. Maka riwayat yang sahih
itu akan diterima sebagai sebab sebenar turunnya ayat.
2-
Sekiranya kedua-dua riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara keduanya
masih boleh ditarjihkan disebabkan salah satu daripada keduanya lebih sahih
atau disebabkan perawi daripada salah satu riwayat tersebut telah melihat
sendiri kejadian tersebut, maka riwayat itulah yang seharusnya diterima sebagai
Asbabun Nuzul.
3-
Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan antara keduanya tidak dapat
ditarjihkan antara satu sama lain, maka hendaklah diterima kedua-duanya sebagai
sebab nuzul atas alasan ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua
peristiwa dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.
4-
Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak dapat
ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan
serentak disebabkan jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa antara keduanya
yang jauh. Maka dalam konteks ini kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat
tersebut diturunkan berulang kali.
5-
Apabila kedua-dua riwayat atau ungkapan atau lafaz tidak tegas, Contohnya
perawi berkata: Ayat ini diturunkan mengenai hal ini, atau perawi berkata: Aku
mengira ayat ini diturunkan mengenai hal ini, maka dalam hal seperti ini, tidak
ada sebarang percanggahan di antara riwayat-riwayat tersebut. Kerana sebab atau
maksud riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan. Ia bukan menyatakan tentang
sebab nuzul, kecualilah jika terdapat qarinah dalam salah satu riwayat
tersebut yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul.
6-
Apabila salah satu daripada ungkapan riwayat tersebut tidak tegas, contohnya
perawi berkata: Ayat ini diturunkan mengenai hal ini. Manakala perawi yang lain
pula menyatakan sebab nuzul dengan tegas. Maka yang menjadi pegangan adalah
riwayat tang menyatakan sebab nuzul yang tegas.
Satu
Sebab Nuzul Untuk Banyak Ayat
Kadang
kala terdapat satu kejadian yang menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih.
Ulama menyebut situasi ini dengan istilah turun beberapa wahyu dengan sebab
yang satu. Ini menunjukkan permasalahan itu penting.
CONTOH
AYAT YANG MENGANDUNGI ASBABUN NUZUL
Surah
an-Nisa’ ayat 176 yang bermaksud: “Mereka (orang-orang Islam umatmu)
meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah:
"Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika
seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara
perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati..”
Jabir
bin Abdillah berkata: “Aku dalam keadaan sakit, lalu Rasulullah SAW dan Abu
Bakar mendatangiku. Keduanya mengunjungiku sambil berjalan. Lalu aku pengsan.
Maka beliau berwuduk dan menyiramkan air wuduknya kepadaku, akupun tersedar dan
berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana aku memutuskan perkara dalam hartaku?”
Maka baginda tidak menjawab sedikitpun sehingga turun ayat warisan; Surah
an-Nisa’ ayat 176”
………………………………………………….
TERBITAN: UNIT
PENERBITAN
Maahad Tahfiz
al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan
Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul
Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN
Pihak sekolah mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama
dengan memberi sumbangan tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan
pelajar yang menghafal al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu
hari)
|
Gula
|
4 kg (satu
hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu hari)
|
Telur
|
15 papan (satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment