TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
UMAT
ISLAM MEMPUNYAI DUA KIBLAT
(KIBLAT
PERTAMA MASJID AL-AQSA DAN KIIBLAT KEDUA KAABAH)
1. PENDAHULUAN
Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:- “Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadap ke langit, maka Kami
palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil
Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan
sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah
kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang
kamu kerjakan”.
Surah al-Baqarah ayat 144.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Ayat tersebut mengingatkan umat
Islam mengenai peristiwa perubahan arah kiblat daripada mengadap ke arah Masjid
Aqsa di Palestin kepada Kaabah di Mekah al-Mukarramah.
Menurut Ibn Kathir,
sewaktu Rasulullah s.a.w mula-mula tiba di Madinah, baginda diperintahkan oleh
Allah s.w.t agar menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis. Ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada
golongan Yahudi merasa suka dan seronok kerana sememangnya kiblat mereka adalah
Baitul Maqdis.
Sedangkan Rasulullah s.a.w lebih suka menghadap ke
arah Baitullah al-Haram, Mekah. Namun, disebabkan perkara tersebut perintah
dari Allah s.w.t, maka Nabi s.a.w akur.
Selepas 16 atau 17 bulan Allah s.w.t telah memerintahkan
pula agar Rasulullah s.a.w menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblat umat Islam
sehingga hari kiamat.
3. PERISTIWA
PENURUNAN AYAT
Terdapat beberapa riwayat yang menyebut tentang
peristiwa perubahan kiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah,
Mekah. Menurut satu riwayat daripada Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat,
ketika Rasulullah s.a.w sedang melawat Ummu Bishr bin al-Bara’ di kawasan perkampungan
Bani Salamah. Mereka telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan
sahabatnya.
Apabila tiba waktu solat Zohor, baginda bersembahyang
di masjid perkampungan itu. Ketika baginda berada pada rakaat kedua, turun
wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjid
al-Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke
arah Kaabah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan
pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh sebab itulah
masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain yang bererti masjid dua kiblat.
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama Rasulullah
s.a.w menghadap Kaabah ialah solat Zohor di masjid Qiblatain di perkampungan
Bani Salamah, solat pertama menghadap Kaabah di Masjid Nabawi ialah solat Asar
manakala solat Subuh pertama menghadap Kaabah ialah di masjid Quba’.
4. HUBUNGAN KAABAH DENGAN MASJID AL-AQSA
Kaabah yang berada
di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid al-Aqsa yang berada di Baitul Maqdis,
Palestin mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat bagi
umat Islam. Kaabah telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail
a.s merupakan masjid yang pertama dibina. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan
masjid yang kedua dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim.
Kedua-kedua
masjid ini merupakan tempat suci bagi umat Islam yang mempunyai banyak
kelebihan beribadah di dalamnya. Sabda Rasulullah s.a.w:-
Maksudnya: “Jangan kamu menyusahkan diri untuk
berkelana melainkan kerana menzairahi tiga masjid, iaitu Masjid al-Haram di
Mekah, Masjid al-Nabawi di Madinah, dan Masjid al-Aqsa di Palestin”. Riwayat
Imam al-Bukhari
5. MASJID AQSA DALAM BAHAYA
Pada hari ini
Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin bermula pada peristiwa nakhbah
iaitu pada 14 Mei 1948.Yahudi Zionis telah merampas bumi tersebut dengan
melakukan pelbagai kezaliman kepada kaum muslim dengan membunuh begitu ramai
umat Islam sehingga darah mengalir di Masjid al-Aqsa.
Setelah
berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini Yahudi ingin meruntuhkan
pula Masjid al-Aqsa untuk membina Haikal Sulaiman. Bumi Palestin dan Masjid
al-Aqsa adalah milik seluruh umat Islam yang mesti dipertahankan. Yahudi Zionis
mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa
cara sekali pun.
Umat
Islam seluruh dunia wajib membantu kaum muslimin di bumi Palestin dan
mengembalikan bumi yang dijajah ini kepada rakyatnya. Oleh itu, umat Islam di
Palestin memerlukan bantuan kewangan, doa’ dan sebagainya untuk membebaskan
kiblat yang pertama kepada umat Islam
6. KESIMPULAN
Jihad melawan Yahudi Zionis yang merampas tanah umat
Islam di Palestin adalah kewajipan ummah. Tidak seorang mukmin boleh
mengkecualikan dirinya dari terlibat dalam jihad membebaskan masjid al-Aqsa.
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya: “Berjuanglah kamu
dengan harta benda dan diri kamu pada jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagi
kamu jika kamu mengetahuinya”. Surah al-Taubah ayat 41.
Rujukan:-
- Tafsir Ibn Kathir,
- Sahih Bukhari,
- Al-Rakhiq al-Makhtum.
|
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Barang keperluan
harian kantin adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment