RUANGAN TEKNIK BACAAN DAN HAFAZAN
Oleh: Anas bin Malek
KESEDARAN DIRI UNTUK MENGHAFAZ al-QURAN SANGAT PENTING
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah SWT. Kami memuji-Nya memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan diri dan keburukkan amal perbuatan kami. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah nescaya tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya maka tidak ada apa yang boleh memberi pertunjuk kepadanya.
Sebagai umat Islam, menjadi kewajipan kepada kita mengamalkan segala yang diperintahkan, dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah SWT melalui kitab-Nya al-Quran.
Kita dituntut membaca dan mempelajari al-Quran. Bahkan kita juga digalakkan menghafaznya secara keseluruhan, di samping surah-surah pendek yang biasa kita membacanya di dalam sembahyang sunnah mahupun wajib.
KESEDARAN MENGHAFAZ al-QURAN
Akhir-akhir ini kesedaran umat Islam untuk menghafaz al-Quran semakin meningkat. Buktinya, kita sendiri mendengar atau melihat mulai kemunculan banyak pondok-pondok atau maahad-maahad tahfiz yang baru dibuka.
Tujuan utama tulisan ini adalah agar kita dapat melepaskan diri dari kesibukan yang telah bertahun-tahun lamanya mengekang kita. Dengan mula berfikir merenung kembali minit-minit yang sebelumnya berlalu sia-sia, lantas memperbaiki penanaman modalnya untuk memperolehi hasil yang belum pernah kita wujudkan sebelumnya, yakni mengahafaz al-Quran.
Menghafaz al-Quran seharusnya dilaksanakan dengan penuh kegigihan dan semangat berlumba-lumba. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan untuk yang demikian itulah, hendaknya orang-orang saling berlumba”. (al-Muthaffifin 26)
Oleh kerana yang demikian itu, hendaklah kita berlumba-lumba untuk meraih pahala kebaikan dan mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
BAGAIMANA UNTUK MENJADIKAN HAFAZAN SEBAGAI TUJUAN ?
Penulis merasakan untuk menjadikan hafazan sebagai tujuan perlu mempunyai dua faktor: (1) Kesungguhan, tekad dan kegigihan. (2) Potensi.
Jika perlu ditambahkan faktor-faktor yang lain, tidak kalah pentingnya, guna untuk membantu meraih tujuan dengan mudah dan cepat. Faktor lain itu adalah berteman dengan orang-orang yang soleh.
BAGAIMANA UNTUK KITA MERAIH TUJUAN TERSEBUT ?
Untuk kita merai tujuan tersebut perlu memiliki (1) Kesungguhan dan tekad. (2) Berteman dengan orang yang soleh dan mendukung tujuan. (3) Potensi diri.
Di sini mulanya, untuk menghafaz satu muka surat hanya memerlukan masa 15 – 30 minit, jangan anda merasakan bahawa hal ini mustahil, dengan izinAllah SWT anda akan membuktikan bahawa hal ini mungkin diwujudkan.
Jika satu muka surat dihafaz dalam tempoh 15 – 30 minit, bererti anda dapat menghafaz sebanyak dua muka surat dalam tempoh 1 jam.
Kalau begitu, apakah anda dapat meluangkan masa selama 1 jam setiap hari? mungkin anda tertanya-tanya “bagai mana boleh atau tidak”. Penulis merasa yakin anda boleh menghafaz jika waktu itu diatur dengan sebaik-baiknya. Sedangkan anda mampu menghabiskan masa selama 2 jam atau lebih untuk mengikuti berita/ cerita/ drama dan lain-lainnya di kaca tv anda.
KELEBIHAN MENGHAFAZ al-QURAN
Banyak kelebihan-kelebihan menghafaz atau membacanya, salah satu di antaranya:
Bersabda Rasulullah SAW, maksudnya: “(pada hari kiamat) akan dikatakan kepada ahli al-Quran “bacalah dan naiklah (menuju ke tingkatan-tingkatan syurga) bacalah dengan tartil, sebagaimana engkau membacanya ketika di dunia” kerana sesungguhnya tempat kedudukkanmu berada pada akhir ayat yang telah engkau bacakan” (HR at-Tarmizi dan Abu Daud)
KESIMPULAN
Hadith ini memberi kelebihan kepada orang-orang yang sudi meluangkan masa dan sentiasa membaca atau menghafaz al-Quran dengan penuh tartil lalu diberi keistimewaan kepadanya. Dan yang terlebih baik di sisi Allah SWT ialah orang yang hari-harinya menghafaz, yakni mengulang-ulangkan hafazan nya. Atau bacaannya serta sentiasa merujuk makna atau terjemahannya. Seolah-olah ia adalah ahlinya, kerana ahli al-Quran mempunyai tanggung jawab dalam memelihara kalamullah itu dengan sebaik-baiknya.
Rujukan:
1- al-Quran
2- Sunan Abi Daud
3- Sunan at-Tarmizi
4- Halaqaat Tahfiz al-Quran al-Karim- Ru’yatun Manhajiah
Penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4, Tapah. Diamanahkan sebagai P.K Kurikulum. Mendapat pendidikan di Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena Kedah (1991 - 1999). Menceburi bidang hafazan al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Furqan Padang Balang (2000 – 2002), kemudian ke Pondok Pasir Tumbuh (2003) sebelum menyambung pengajian di Institut al-Ulum Syari’yah wal-Arabiyah, Damsyik Syria, dan berjaya memperolehi B.A di dalam bidang Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab (2003 – 2010).
Tel: 019- 366 5894
Email: hammudi_ans@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment