RUANGAN MAQASID
Oleh: Abd Muhaimin b.
Malek
SENTIMEN
AGAMA DAN PERKAUMAN
PENDAHULUAN
Berbilang
bangsa dan agama merupakan anugerah Allah untuk penduduk bumi. Wujudnya agama
selain Islam adalah untuk menunjukan betapa hebatnya Islam, kerana Islam tidak
pernah memaksa penganut selain Islam memeluk Islam, bahkan Islam dengan
toleransi yang terdapat padanya memberi kebebasan kepada penganut selain
agamanya mengamalkan ajaran mereka.
Wujudnya
bangsa-bangsa selain melayu di bumi Malaysia ini juga satu niamat dan rahmat
buat kita semua anak-anak Malaysia. Kasih sayang, bantu membantu, hormat
menghormati antara satu sama lain, berkebajikan, bersatu membanteras kejahatan
menjadi intipati dalam hubungan antara kaum. Hal ini sepatutnya menjadi
pelajaran berguna bagi mendidik diri menjadi rendah diri tidak sombong dan
sentiasa menjaga keharmonian kaum.
Berbilangnya
agama dan bangsa bukanlah alasan untuk digunakan bagi menindas yang lemah, dan
mengadu domba kepada kenbencian kaum. Perbuatan terkutuk ini amat dilarang di
dalam Islam.
KEBERADAAN
AGAMA SELAIN ISLAM ADALAH KEHENDAK TUHAN
“Dan (bukanlah
tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika tuhanmu
menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah engkau
bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau tuhan tidak
menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka
menjadi orang-orang yang beriman?”
Justeru itu,
keberadaan orang kafir di atas muka dunia bukanlah untuk diperangi, dihalau keluar
dari tempat mereka, dinafikan hak dan dicaci maki sesuka hati oleh orang Islam.
Begitu juga halnya, keberadaan kaum selain melayu di bumi Malaysia tercinta ini
bukanlah untuk dicacimaki, dinafikan hak untuk berbincang dan pelbagai sekatan
lagi.
Dr. Wahbah al-Zuhaily
menyebutkan: Islam agama toleransi membenarkan wujudnya berbilang agama dan
kaum supaya mereka dapat hidup secara bersama dengan aman dan selamat, dan
dapat melakukan aktiviti agama dengan baik (Ahkamul Harb fil Islam, Khasaisuhu
al-Insaniah. m/s 7). Firman Allah di dalam surah al-Hujurat 13;
“Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha
mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
KUFUR BUKAN
ALASAN TERJADI PEPERANGAN DALAM ISLAM
Peperangan di
dalam sejarah Islam khususnya zaman nabi Muhammad S.A.W yang berlaku antara
golongan muslimin menentang golongan kafir bukanlah terjadi disebabkan
kekufuran orang-orang kafir semata-semata. Kajian sirah peperangan Nabi
menunjukkan bahawa terdapat tiga sebab berlakunya peperangan. Pertama, apabila
orang Islam diserang, ketika itu diizinkan Allah berperang. Kedua, apabila duta
dakwah Nabi yang dihantar ke setiap pelusuk dibunuh sewenangnya. Dan ketiga,
apabila baginda tahu bahawa golongan kafir sedang merancang untuk memerangi
baginda.
Selain itu,
peperangan di dalam Islam dikategorikan sebagai wasilah bukan ghayah,
yang diguna pakai oleh Islam ketika keadaan darurat sahaja. Ianya tidak
digunakan bagi tujuan menguasai kaum yang minoriti atau dengan sentimen kaum
itu lebih baik dari kaum ini. Peperangan yang dilancarkan atas dasar anti agama
dan kaum adalah perbuatan yang sangat zalim di dalam semua agama di dunia ini.
(Wahbah Zuhaily. m/s 8)
Justeru itu,
keberadaan orang kafir di dunia ini, khasnya di Malaysia ini bukanlah untuk
diperangi dan dimusuhi, kekafiran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan
untuk berlaku permusuhan. Dan apabila orang kafir membenci kejahatan yang dibuat
orang Islam juga bukan satu alasan untuk mereka dihina-hinakan dan dijadikan
musuh.
Ibn Solah,
tokoh mazhab Imam Syafiei beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak
mengkehendaki kebinasaan kepada mereka (orang kafir), dan Allah tidak
menciptakan mereka untuk diperangi. (Wahbah Zuhaily. m/s 13)
SASARAN DAKWAH
Allah takdirkan
keberadaan mereka (orang kafir) di samping kita adalah untuk dijadikan sebagai
sasaran dakwah kepada mengenali Islam secara dekat, bahkan lebih dari itu,
untuk mengajak mereka memeluk agama Islam. Oleh itu, orang-orang Islam
sepatutnya menunjukan penghayatan islamiah di dalam kehidupan mereka sehingga
mereka tertarik dengan kehebatan Islam. Gunalah pendekatan “tunjuk teladan”
disamping penerangan tentang Islam, Islam bakal dianuti oleh semua bangsa.
Ketika itu, Islam dilihat merentasi perkauman. Maka matilah perjuangan
perkauman yang menindas.
PENUTUP
Sebagai rumusan
ringkas dari isu yang diperbincangkan, bahawa sentimen agama dan perkauman yang
melampau adalah bercanggah dengan kehendak Islam, berdasarkan ayat yang
dikemukan di atas.
Yang lebih
menarik lagi, kebaikan yang dilakukan orang kafir di dunia ini diberi balasan
baik oleh Allah di dunia. Persoalan kekufuran mereka akan dihukum Allah di
akhirat kelak. (Dr. Said al-Bouti: Min Sunanillah Fi ‘Ibadihi. m/s 112)
RUJUKAN
1- al-Quran
al-Karim.
2- Ahkamul Harb
fil Islam, Khasaisuhu al-Insaniah.
3- Min
Sunanillah Fi ‘Ibadihi.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
|
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
" />
" />
