TAFSIR AL-QURAN
Oleh: Ismail Bin Hashim
TABAYYUN
( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT )
TERJEMAHAN
6. Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
SEBAB TURUN AYAT
Kebanyakan Mufassirin bersepakat
dengan mengatakan ayat ini diturunkan kepada al-Walid bin ’Uqbah bin ’Abd
Mui’th. Dia telah dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Bani al-Mustalaq untuk
mengutip zakat. Namun hasil kutipannya tidak memberangsangkan. Dengan itu, dia
bergegas pulang serta mengadu kepada Baginda tentang perkara berikut.
Oleh itu, Baginda bertindak dengan
menghantar tentera yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid. Tetapi, Baginda
mengarahkan agar tidak bertindak secara terburu-buru. Siasatan perlu dilakukan
dengan teliti. Ini bertujuan untuk memastikan maklumat itu dari sumber yang
boleh dipercayai.
Maka, Khalid mengarahkan beberapa orang
tentera menyusup masuk ke tempat meraka dengan menyamar supaya tidak dapat
dikesan. Berdasarkan penyiasatan dan pembuktian mereka masih beragama Islam
serta taat terhadap suruhan-Nya seperti menunaikan solat secara berjemaah.
HURAIAN
Ayat ini menunjukkan betapa telitinya
Rasulullah S.A.W dalam menerima setiap maklumat. Konsep Tabayyun menjadi asas
dalam meneliti ketepatan maklumat supaya apa yang dilakukan tidak membawa
kepada perkara yang tidak baik.
PERIBADI
AL-WALID BIN UQBAH
Kebanyakkan Mufassirin berpandgan dia
bukan fasiq yang sebenar. Dia hanya fasiq sebab berbohong dalam perkara ini
sahaja. Ini kerana, Rasulullah mengakui dia sebagai thiqah ( boleh
dipercayai )
RUJUKAN
1.
Al-Quran
al-Karim
2.
Tafsir
al-Munir
3.
Al-
Jami’ li Ahkam al-quran
4.
Jami’
al-Bayan ‘an Ta’wil al-Quran
5.
Tafsir
al-Azhar
TERBITAN:
UNIT PENYELIDIKAN &PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com