PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Friday 22 March 2013
RUANGAN MAQASID
Oleh: Abd Muhaimin b.
Malek
MAQASID
SYARIAH DI SEBALIK PENGAMALAN DEMOKRASI
1. PENDAHULUAN
Sebagaimana maklum, Malaysia
adalah salah sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan
menjadikan pilihanraya sebagai medan atau wasilah memilih kepimpinan mentadbir
urus Negara. Perkataan demokrasi berasal dari perkataan yunani. Ia member
maksud pemerintahan oleh rakyat (kamus dewan edisi ke tiga) atau kuasa rakyat
dalam menentu kepimpinan Negara. Menurut sejarah, Demokrasi ini pada asalnya
merupakan satu bentuk aliran pemikiran berpolitik yang telah diguna pakai oleh
bangsa Yunani sejak sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Mereka menggunakan sistem
demokrasi ini sebagai satu sistem dalam membentuk kesatuan dalam kalangan
rakyat apabila sistem ini berjaya mengumpulkan seluruh rakyat untuk memilih ketua
mereka. Dengan wujudnya sistem ini, ia menolak sistem diktator iaitu
pemerintahan yang ditentukan oleh kerajaan tanpa ada ruang oleh rakyat untuk
memilih. - kitab Qadhaya Fiqhiyyah Muasorah,tahun 4, Universiti Al-Azhar,
Kaherah – m/s 8
2. DEMOKRASI DAN MAQASID SYARIAH
Jika dilihat secara mendalam akan
perinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan pada hari ini, sebahagiannya
terkandung di dalam proses pemilihan khilafah yang empat terutama Saidina Abu
Bakar. Sebagai contoh, ketika baginda wafat, belumpun jenazah baginda
disempurnakan persemadianNya, para sahabat telah berkelompok memilih calon
mereka untuk dicadangkan sebagai khalifah rasulullah S.A.W. bagi pihak
Muhajirin mereka mencalonkan Saiduna Abu Bakar, manakal di pihak kedua al Ansar
mereka menamakan Sa’ad bin Ubadah, adapaun kelompok ketiga menamankan Saidina
Ali Karramallah Wajhah. Ini bermakna semua sahabat-sahabat baginda bersetuju
mengembalikan perlantikan kepimpinan negara kepada ra’yul ummah pilihan
rakyat. Cuma yang menjadi perselisihan dikalangan mereka adalah dari sudut
keutamaan sahaja. (Itmamul Wafa’ fi Siratil Khulafa’ m/s 16 – 17).
Justeru itu, ulamak mutakhirin
bersetuju menjadikan sistem ini dalam pengamalan Pentadbiran Islam dan mereka
tidak melihat ianya suatu perbuatan bid’ah kerana sistem ini lebih berfungsi
untuk kegunaan dunia dari agama dan ianya sebagai wasilah untuk digunakan
rakyat bagi melantik kepimpinan mereka. Ini kata mereka seperti sistem syura
dan bai’ah yang berlaku dalam islam. Mereka adalah seperti Dr Yusuf al
Qaradhawi dalam bukunya Addin wa Siasah. Dr Ali Jumaah dalam karyanya al
bayan lima yashghulu al Azhan dan ramai lagi.
Dari sudut maqasidnya, Menurut
kata Dr Ahmad Raisuni: Sekiranya Demokrasi dijalankan dengan cara yang betul
dan dijadikan sebagai wasilah yang bebas dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak,
ianya boleh mendatangkan manfaat atau maslahat kepada manusia. Hal ini termasuk
di dalam Maqasid Syariah, kerana anatara cirri terpenting yang didapati melalui
demokrasi adalah keadilan dan kesaksamaan. Berlaku adil dalam semua urusan merupaka objektif terpenting didalam semua
syariat para rasul termasuk nabi Muhammad S.A.W. danapa-apa perkara yang
dijadikan sebagai perantara untuk mencapai keadlilan dan kesaksamaan di terima
sebagai Islam, bhakan sebagai Maqasid Islam itu sendiri. (Al Fikrul Maqasidi
Qawaiduhu wa Fawaiduhu m/s: 146-148). Ibn Al Qayyim juga pernah menyebut
melalui maqalahnya yang termasyhur: Sesungguhnya Syariat ini asasnya terbina di
atas tapak hikmah dan maslahat manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana
Syariat itu keseluruhannya adalah ‘adil, penuh hikmah, sarat dengan maslahat.
Oleh itu, setiap perkara yang terkeluar dari keadilannya kepada kezaliman, dari
rahmat kepada lawannya, dari maslahat kepada mudharat dari hikmah kepada sia-sia
maka perkara itu bukanlah dari Islam malahan terkeluar darinya, sekalipun cuba
di masukan kedalam Islam dengan cara takwil.(I’lam al Muwaqqi’ein. Jilid
3.m/s 14-15)
Apa yang
lebih menarik lagi, seorang pakar ekonomi antarabangsa. Pengarah
Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) Dr. Murat
Cizakca ketika menyampaikan syarahan forum awam anjuran Institut antarabangsa
Pengajian Islam lanjutan Malaysia di Petaling Jaya dalam tahun 2009 lalu beliau
telah berkata, “sistem demokrasi wajar menjadi komponen baru dalam maqasid
syariah apabila sistem demokrasi itu begitu menyerlahkan rekod yang baik selama
pernah diamalkan di dunia ini. Lalu wajar sekali agar sistem ini menjadi satu
komponen baru sesuai dengan perkembangan semasa dan penyelesaian kepada banyak
masalah hari ini”. katanya.Namun kata Dr. Murat, pengertian demokrasi perlu
difahami bahawa sebuah negara itu dikira sebagai negara demokrasi jika:
1)
Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui
pilihan raya yang kompetitif dan bersih,
2)
Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,
3)
Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan
raya,
4)
Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya
bebas.
3. DEMOKRASI
MENJAMIN KEAMANAN
Menurut Dr Murat lagi, “kebanyakan negara yang mengamalkan
demokrasi merupakan negara yang begitu menghormati hak-hak asasi yang paling
asas iaitu kemanusiaan.Jika dilihat demokrasi dan kaitannya dengan peperangan,
70 peperangan telah meletus sejak tahun 1816 sehingga tahun 1991, iaitu
mengambil masa selama 175 tahun setelah berakhirnya peperangan era Napoleon.
Iaitu siri-siri perang yang melibatkan 353 pihak-pihak yang berperang.Daripada
jumlah ini peperangan yang melibatkan negara yang bukan demokrasi dengan negara
lain yang juga bukan demokrasi sebanyak 198 kes manakala peperangan yang
melibatkan negara demokrasi dengan negara bukan demokrasi sebanyak 155 kes. Dan
yang menariknya tiada peperangan yang berlaku melibatkan permusuhan antara
sebuah negara demokrasi dengan sebuah negara demokrasi yang lain.” jelasnya.
Perkara ini membuktikan demokrasi memberikan kesejahteraan
kerana pembangunan ekonomi dapat bergerak dengan cergas tanpa dihalang oleh
api-api permusuhan dan peperangan. (untuk bacaan lanjut sila rujuk Arkib
Utusan Malaysia bertarikh 02/06/09 bertajuk Demokrasi juga Maqasid Syariah?)
4. PENUTUP
Dalam ruangan yang terbatas ini,
penulis sebenarnya tidak berpuas hati dengan kupasan isu yang tersengaja
dijadikan tajuk penulisan risalah mingguan ini. Walaubagaimanapun penulisan
ringkas awal ini boleh membuka ruang untuk perbahasan seterusnya di lain masa
dan mungkin di lain tempat. Tiada yang diharapkan selain mencari keikhlasan dan
kebenaran Islam.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan
Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun Nombor: 5581
2731 1303).
Thursday 14 March 2013
AL-RAEID 62
TAFSIR AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali bin
Abdul Manas
KEMENANGAN
MILIK UMAT ISLAM:
HURAIAN
AYAT 40 DAN 41 DARI SURAH AL-HAJ
1. PENDAHULUAN
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “...... dan sesungguhnya Allah akan menolong
sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang
jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi
Allah jualah kesudahan segala urusan.”. Surah al-Haj ayat 40-41.
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut General Mahmud Shith Khattab, kemenangan yang
dimaksudkan pada ayat 40 dan 41 surah al-Haj ialah kemenangan di medan perang,
kemenangan di medan ilmu dan kerja, pendek kata kesemua jenis kemenangan di
dalam apa saja lapangan.
Menurutnya lagi, kesemua kemenangan tersebut
mempunyai beban yang mesti dipikul. Beban pertama ialah beban merancang, beban
kedua ialah beban kerja yang berterusan. Tidak pernah ada kemenangan
dikurniakan kepada seseorang tanpa ada persediaan yang betul dan sempurna
mengikut syarat-syaratnya. Kemenangan tidak boleh dicapai hanya dengan
cakap-cakap kosong, dakwaan-dakwaan palsu. Hanya gerak kerja sahaja yang dapat
meningkatkan moral dan berjaya memperolehi kemenangan.
3. SYARAT-SYARAT KEMENANGAN
Menerusi ayat 40 dan 41 dari surah al-Haj tersebut, Prof. Dr. Wahbah
al-Zuhaily telah menyatakan bahawa antara syarat kemenangan yang bakal
diperolehi oleh umat Islam ialah mereka yang memelihara solat, mereka yang mengeluarkan
zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan mereka melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar.
Menurutnya lagi, syarat-syarat kemenangan ini adalah
ketetapan dari Allah s.w.t kepada kaum Muhajirin dan Ansar dan mereka berjaya
mengecapinya. Justeru, syarat ini jika dipenuhi oleh umat Islam pada hari ini
nescaya mereka mampu mengalahkan Yahudi dan yang lain-lain.
4. SIFAT-SIFAT ORANG YANG MENANG
Menurut General Mahmud Shith Khattab, antara sifat orang yang menang ialah:
1.
Taat
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya”. Al-Nisa’ ayat 59.
2.
Sabar
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran
kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. Ali Imran ayat 200.
3.
Teguh hati
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta
ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai
kemenangan)”. Al-Anfal ayat 45.
4.
Berani
Firman Allah
s.w.t:“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang
kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari
menentang mereka”.al-Anfal ayat 15.
5.
Cermat dan berhati-hati
Firman Allah s.w.t:“Wahai
orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu
menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak
demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai”.al-Nisa’ ayat 71.
6. KESIMPULAN
Menurut General Mahmud Shith Khattab lagi, ada beberapa sifat lagi yang perlu
kepada jil al-nasr (generasi ummah yang berjaya) iaitu; sedia berkorban, mempunyai persiapan
yang lengkap, mampu mengelak anasir-anasir fitnah, mempunyai tempat gerakan atau
pertahanan, bekerja secara berpasukan, dan pandai mengjaga kerahsiaan
Sehubungan
dengan itu, umat Islam Berjaya pasti memiliki sifat-sifat tersebut atau
berusaha untuk memiliki sifat tersebut.
Rujukan:
- Tafsir al-Munir,
- Al-Islam wa al-Nasr
|
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
Thursday 7 March 2013
AL-RAEID 61
RUANGAN ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur Muhammad
As-siddiq b. Mohammad
SUMBER-SUMBER
TAFSIR AL-QURAN
1. PENDAHULUAN
Penafsiran
al-Quran memerlukan kepada sumber-sumbernya yang dapat memberi kefahaman ayat
kepada pembacanya, oleh kerana itu, seorang ulama’ ahli tafsir perlu meneliti
dan mencari tafsiran ayat-ayat melalui turutan sumbernya, iaitu daripada
al-Quran sendiri, kemudian hadith-hadith Nabi SAW yang menerangkan ayat-ayat
al-Quran, disusuli dengan pendapat para sahabat Nabi SAW.
2. SUMBER DARIPADA AL-QURAN
Seorang
ulama’ ahli tafsir ketika ingin mentafsirkan sesuatu ayat al-Quran hendaklah ia
melihat terlebih dahulu kepada nas-nas al-Quran al-Karim secara umumnya,
kemudian mengumpul nas-nas yang berkaitan dengan nas yang hendak ditafsirkan,
kerana di antara nas-nas al-Quran itu ada yang mentafsirkan dan menghuraikan
nas al-Quran yang lain.
Sebagai
contohnya firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat kedua yang bermaksud:
”Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertaqwa”. Maka ayat seterusnya menerangkan siapakah orang yang
bertaqwa itu, firman Allah SWT pada ayat 3 hingga 5 surah al-Baqarah yang
bermaksud: ”Iaitu
orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari
rezeki yang kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman
kepada kitab "al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad),
dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan
(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk dari tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya”. Begitu juga dengan firman Allah di dalam surah
al-Mujadalah ayat 3 yang bermaksud: ”Dan
orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari
apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri)
bercampur”. Maka ayat pada surah al-Nisa’ menjelaskan sifat hamba
yang perlu ada bagi memerdekakannya sebagai kaffarah zihar, firman Allah yang
bermaksud: ”Maka hendaklah memerdekakan seorang hamba yang beriman”.
(al-Nisa’: 92)
3. SUMBER DARIPADA HADITH
Kemudian sekiranya tidak terdapat tafsiran daripada
al-Quran sendiri, maka hendaklah dicari tafsirannya daripada hadith-hadith Nabi
SAW, kerana al-Quran dan hadith tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya
memerluakan di antara satu dengan yang lain. Peranan hadith dalam konteks
menjelaskan al-Quran ialah menghuraikan nas-nas yang Mujmal, mengkhususkan
nas-nas yang Umum, membataskan nas-nas yang Mutlak, dan menambah hukum-hukum yang
tidak terdapat di dalam al-Quran.
4. PENJELASAN
HADITH TERHADAP NAS-NAS AL-QURAN
Kedatangan hadith bagi menerangkan nas-nas al-Quran dapat dilihat dengan
beberapa contoh yang menerangkan waktu-waktu sembahyang fardhu, bilangan
rakaat, kaifiyat ruku’, kaifiyat sujud, kadar-kadar zakat, waktu-waktu
mengeluarkan zakat, cara-cara mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
Sebagai contohnya hadith yang menerangkan bagaimana cara melakukan
sembahyang, sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersembahyanglah kamu sebagaimana
kamu melihat aku bersembahyang”. H.R Imam al-Bukhari. Dan yang menerangkan cara
menunaikan haji, sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Ambillah daripada aku
cara-cara kamu mengerjakan ibadah haji”. H.R Imam Ahmad bin Hanbal.
Dan contoh yang lain seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang
lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah maha kuasa,
lagi maha bijaksana”. (al-Maidah: 38). Diterangkan oleh hadith Nabi SAW
yang bermaksud: “Tidak boleh dipotong tangan pencuri melainkan apabila ia
mencuri sesuatu yang bernilai satu perempat dinar atau lebih”. H.R Imam Muslim.
5. SUMBER DARIPADA PENDAPAT PARA SAHABAT
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tafsiran daripada
pendapat sahabat boleh diterima sekiranya berkaitan dengan sebab penurunan ayat
al-Quran dan yang menyentuh perkara-perkara yang tidak mungkin diketahui dengan
ijtihad. Adapaun selain daripada itu ianya dikira sebagai tafsiran yang
disandarkan kepada sahabat semata-mata, dan ianya dipanggil Tafsiran Mauquf
(tafsir yang hanya sampai kepada sahabat sahaja).
Ulama’ berbeza pendapat terhadap Tafsir Mauquf ini
kepada dua pendapat: pendapat pertama menyatakan ianya tidak wajib diambil,
kerana tidak sampai kepada Nabi SAW, dan ianya adalah ijtihad yang
berkemungkinan berlaku kesilapan. Pendapat kedua menyatakan bahawa ianya wajib
diambil kerana tafsiran para sahabat boleh dianggap mereka mendengarnya
daripada Nabi SAW, dan kalau mereka berijtihad sekali pun, ijtihad mereka lebih
tepat kerana mereka lebih mengetahui tentang al-Quran.
Rujukan:
- al-Quran al-Karim / Tafsir Pimpinan al-Rahman.
- Ulum al-Quran: Satu Pengenalan.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
Sunday 3 March 2013
AL-RAEID 60
ULUM AL-HADITH
Oleh: Ismail bin
Ibrahim
BIODATA
IMAM AL-BUKHARI
1. PENDAHULUAN
Nama penuh imam bukhri ialah :
Muhammad bin ismail bin Ibrahim bin al-mughrirah bin birdisbah al-jaqfar
al-bukhri. Perkataan bukhri berasal dari Bukhara iaitu nama suatu tempat yang
terletak di wilayah uzbaikistan. Ramai ulama` dalam berbagai bidang ilmu lahir
di daerh ini. Pada zaman itu tempat ini di anggap sebagai tempat yang
bersejarah. Jadi perkataan bukhari ialah nisbah kepada Bukhara..Imam bukhari
lahir pada bulan syawal tahun 194 hijrah. Beliau meninggal dunia pada bulan
syawal tahun 256 hijrah. Iaitu setelah berusia 62 tahun. Beliau di lahirkan
dari kalangan keluraga yang bertaqwa dan alim. Kedua ibu bapanya adalah dari
kalangan orang-orang yang soleh dan sentiasa menghampirkan diri kepada allah.
Ayahnya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi dan beliau diasuh oleh
ibunya.
Ibnu hibban ( Muhammad bin hibban
) iaitu salah seorang ulama hadith yang terkenal telah mencatitkan nama ayah
imam bukhri di dalam kitabnya assiqah : bahawa ismail ( ayah imam bukhri )
adalah seorang yang soleh dan sangat warak. Sewaktu hamper wafatnya beliau ada
menerangkan kepada seorang kawannya yang bernama ahid bin hafs bahawa tidak
terdapat di dalam harta miliknya yang haram dan syubhah walaupon satu darham.
Ibu imam bukhri juga seorang
solehah, sentiasa menghampirkan diri kepada allah. Imam bukhri pada masa
kecilnya terkena penyakit mata danbeliau tidak dapat melihat. Kemudian pada
suatu ketika ibunya bermimpi bertemu dengan nabi Ibrahim alaihisalam. Baginda
menerangkan kepadanya bahawa penyakit anaknya itu akan sembuh di sebabkan doa
yang baik daripada ibu yang solehah.
2. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN IMAM AL-BUKHARI
Imam
bukhri pada masa kecilnya adalah seorang kanak-kanak yang cerdik. Beliau
belajar sejak berumur sepuluh tahun atau kurang sedikit daripada itu.
Keghairahan untuk mendalami kajian dalam bidang hadith semakin meningkat. Ini
menjadikan beliau selalu berulang-alik menemui guru-guru hadith yang terdapat
di tempatnya seperti Muhammad bin salam al-baikandi, Abdullah bin Muhammad
al-musnadi, harun bin ashas dan Muhammad bin yusof al-baikandi. Pada masa
beliau berumur sebelas tahun, beliau telah dapat membetulkan kesilapan seorang
guru yang bernama ad-dakhili. Ad-dakhili menerangkan kepada penuntutnya supaya
mengambil hadith daripada abi az-zubair dan abi zubair mengambil dari Ibrahim
kata imam bukhari abu zubair tidak meriwayatkan daripada Ibrahim. Lalu guru itu
pon memarahinya dan bukhari menjawab : sila tuan guru rujuk kepada yang asal
jika yang asal itu ada pada tuan. Setelah gurunya merujuk kepada yang asal dan
didapati apa yang dikatakan oleh imam al-bukhari itu benar lalu dia berkata
pada imam al-bukhari : siapakah yang
sebenarnya wahai kanak-kanak : jawab imam bukhari yang sebenarnya ialah
az-zubair iaitu az-zubair bin adi yang mengambil hadith daripada Ibrahim lalu
gurunya pon membetulkan kesalahannya...
Setelah
Imam Bukhari berumur enam belas tahun beliau telah dapat menghafal kitab-kitab
yang di tulis oleh ibnu Mubarak dan wakiq. Kedua-duanya adalah kuat dan
termashur. Dalam usia yang sama juga beliau bersama-sama ibu dan saudara
lelakinya yang bernama ahmad telah pergi kemekah untuk menunaikan haji. Setelah
selesai mengerjakan ibadah haji beliau terus menetap di mekah untuk melanjutkan
pelajarannya dalam bidang hadith, manakala ibu dan saudara lelakinya pulang ke
Bukhara. Di mekah beliau dapat belajar dengan ulama` hadith yang mashur seperti
abu walid ahmad bin Muhammad al-azraki dan ismail bin salim as-soyarg. Kemudian
beliau menziarahi madinah munauwarah untuk bertemu dengan ulama`-ulama` hadith
disana disamping menziarahi kubur rasul s.a.w. Di tempat yang mulia inilah imam
bukhari mula menunjukkan bakatnya dalam bidang penulisan yang mana beliau telah
menulis kitab yang memperkatakan tentang perawi-perawi hadith sama ada yang
siqah atau diof yang dinamakan tarikh kabir.
3. KETINGGIAN ILMU DAN
KEKUATAN INGATAN
Imam
bukhari terkenal sebagai seorang ahli hadith yang mahir dan dapat memahami
hadith-hadith rasullullah s.a.w dengan begitu mendalam sekali, dapat membezakan
diantara hadith-hadith yang cacat dan hadith-hadith yang soheh, mengenal
perawi-perawi secara terperinci dengan mengenali sifat-sifat mereka sama ada
siqah atau tidak. Beliau dapat memahami serta hafaz hadith-hadith rasullullah
s.a.w beserta dengan sanadnya sekali. Tidak hairanlah sekiranya beliau digelar
amirrul mu`minin fil hadith ( ketua orang-orang mu`min dalam hadith ). Ketinggian ilmu Imam bukhari dalam bidang
hadith tersebar luas, mungkin ini ada hubung kaitnya dengan kecerdikan akal
fikiran,ketekunan serta ketabahan ditambah dengan galakan-galakan daripada ibu
yang mengasuhnya serta harapan seorang ayah yang alim dalam bidang hatith.Kita
dapat melihat ketinggian ilmu imam al-bukhari semenjak beliau masih kecil lagi
iaitu semasa umurnya sebelas tahun
beliau telah dapt membetulkan kesalahan gurunya. Semasa berumur enam
belas tahun beliau dapat menghafal kitab-kitab yang ditulis oleh ibnu Mubarak
dan wakiq. Manakala ketika berumur lapan belas tahun pula, beliau telah menulis
kitab berkaitan dengan perawi-pwrawi hadith, sama ada yang siqah atau pun yang
doif.
Rujukan:
- Pengenalan kitab hadith sunan sittah
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000
Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN
MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Pihak sekolah
mempelawa para dermanan untuk berbakti kepada agama dengan memberi sumbangan
tetap bulanan barang kering bagi keperluan makanan pelajar yang menghafal
al-Qur’an seramai 121 orang.
Barang keperluan
harian adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu hari)
|
Gula
|
4 kg (satu hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu
hari)
|
Telur
|
15 papan
(satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu
minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu
Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu
minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu
minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu
minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu
minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank
(perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (Akaun
Nombor: 5581 2731 1303).
Popular Posts
-
Ruj. Kami : Bil. ( 9 ) dlm. MTQ4/1 ( 6 /13 ) Tarikh : 14 Jun 2013M ...
-
kilik untuk lihat Nota: 1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz a...
-
Assalamualaikum para-para pembaca blog.Saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ke sekolah Maahad Tahfiz...
-
Makluman Cuti Bulan: Tarikh : 14-16 september 2013 * Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada 14 september 2013 (sabtu) pada waktu pagi. Pel...
-
DISKUSI BUKU PENGENALAN ILMU FARAID & FORUM MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH Tarikh 25 Julai 2013 (Khamis)...
-
TAFSIR AL-QURAN Oleh: Ismail Bin Hashim TABAYYUN ( AYAT 6, SURAH AL-HUJURAT ) TERJEMAHAN 6. Wahai orang-o...
-
Assalamualaikum para pembaca pembaca blog,saya ingin berkongsi cerita tentang FORUM PERDANA MAAL HIJRAH yang berlangsung pada 15.11.2012 pa...
-
Syarat-syarat kemasukan di Maahad ini adalah seperti berikut: i- Pelajar lelaki yang telah tamat pengajian tahun 6 Sekolah Ke...
-
Carta Organisasi Pengurusan MTQ 4 Klik untuk lihat Carta Organisasi Pentadbiran Klik untuk lihat Carta Organisasi HEM (Hal Ehwa...
-
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-4, Kg. Jalan Kachu, Tapah, Perak memerlukan guru hafazan al-Quran bagi sesi pengajian 2013. P...
Recent Posts
Categories
Text Widget
Pages
Copyright ©
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN - 4 | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com