TAFSIR DAN ULUM AL-QUR’AN
Oleh: Mohd Fazali b. Abdul Manas
MEMAHAMI PENGERTIAN UMUM
KERJASAMA ANTARA MUSLIM DAN NON MUSLIM
MENERUSI AYAT 8 DAN 9 SURAH AL-MUMTAHINAH
1. PENDAHULUAN
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (ayat 8 surah al-Mumtahinah)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat kepada orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (ayat 9 surah al-Mumtahinah)
2. KEFAHAMAN UMUM AYAT
Menurut Imam Ibnu Kathir dan Syaykh al-Maraghi, menerusi ayat ini Allah s.w.t telah mengharuskan kepada orang mukmin menjalin hubungan yang baik dengan non-muslim sesudah larangan berbuat demikian pada ayat sebelum daripadanya (iaitu ayat 6 dan 7).
Menurut Prof. HAMKA, ayat ini menjadi bukti keharusan umat Islam berbuat baik dengan non-muslim walaupun dalam suasana kritikal.
Menurut Imam al-Syawkani pula, larangan berbuat baik hanya kepada non-muslim yang menentang serta mereka berusaha membunuh umat Islam sepanjang zaman.
Justeru, menerusi pendapat mufassir tersebut ianya dapat memberi suatu gambaran yang jelas keharusan orang Islam menjalin kerjasama dengan non-muslim. Walaupun begitu, keharusan tersebut bergantung kepada prinsip dan syarat tertentu.
3. SEBAB PENURUNAN AYAT
Menurut Syaykh al-Maraghi, terdapat dua riwayat mengenai sebab penurunan ayat, iaitu:
i- Ayat ini diturunkan mengenai kisah Asma’ bt. Abu Bakar dengan ibunya Qutaylah bt. Abdul Uza,
ii- Ayat ini diturunkan kesan perjanjian damai antara Nabi s.a.w dengan kabilah Khuza’ah, Bani al-Harith b. Kaab, Kinanah, Muzaynah dan kabilah Arab yang lain.
4. PRINSIP-PRINSIP HUBUNGAN MUSLIM DAN NON-MUSLIM
Syariat Islam menjamin kesejahteraan sejagat iaitu tanpa batasan agama, geografi, bangsa dan warna kulit. Syariat Islam datang dalam bentuk fleksibel pada perkara-perkara tertentu menyebabakan ia sesuai diamalkan sepanjang zaman.
Dalam hal ini, keharusan menjalin hubungan dengan non-muslim pada zaman ini membuktikan bahawa syariat Islam sangat fleksibel. Namun, ia tetap mempunyai prinsip-prinsip yang mesti dipelihara supaya syariat itu nampak cantik.
Antara prinsip tersebut ialah:
i. Toleransi atau Tasamuh,
ii. Ta’awun,
iii. Keadilan,
iv. Kebebasan,
v. Kesamarataan,
vi. Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran,
vii. Dakwah.
5. SUDUT-SUDUT HUBUNGAN YANG DIBOLEHKAN
Secara umumnya, menjalin hubungan dengan non-muslim bergantung kepada keperluan dan kemaslahatan agama atau kemanusiaan. Justeru, setiap hubungan yang hendak dilaksanakan perlu kepada penelitian yang mendalam supaya kerjasama tersebut mendatangkan faedah yang besar kepada maslahat Islam.
Antara sudut-sudut hubungan yang dibolehkan ialah;
1. Menjalin Hubungan Kemasyarakatan
i. Warga Negara,
ii. Jiran Tetangga,
iii. Rakan Kerja,
iv. Menyertai perayaan,
v. Menyertai Jamuan,
2. Menjalin Hubungan Perniagaan
i. Hak Rakan Kongsi,
ii. Perjanjian,
iii. Upah,
iv. Tender,
v. Hutang Piutang.
3. Menjalin Hubungan Politik
i. Menentang Kezaliman,
ii. Menegak Keadilan,
iii. Hak mendapat jawatan,
iv. Hak mendapat upah.
4. Hubungan Dalam Pendidikan
i. Hak mendapat ilmu,
ii. Hak menyebar ilmu,
iii. Melaksana pendidikan berkembar,
iv. Membuat penyelidikan bersama.
5. Hubungan Dengan Perundangan
i. Penyaksian,
ii. Pendakwaan.
6. Menjalin Hubungan Diplomasi
i. Menjaga keamanan sejagat,
ii. Mengukuh ekonomi serantau,
iii. Melantik Pegawai Diplomasi.
7. Hubungan Ketenteraan
i. Latihan bersama,
ii. Penyertaan dalam peperangan,
iii. Pembelian senjata.
6. KESIMPULAN
Penulis merasakan bahan-bahan berkaitan hubungan dan kerjasama dengan non-muslim perlu kepada ahli ilmu memperbanyak dalam masyarakat. Mutakhir ini isu-isu berkaitan hubungan dengan non-muslim hebat diperkatakan oleh masyarakat yang berbilang kaum ini.
Justeru, tugas para ulama dan cendikiawan Islam perlu tampil ke hadapan menjelaskan isu-isu tersebut berpaksikan kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabawi menerusi tulisan dan ucapan.
Rujukan:
1. Al-Qur’an,
2. Tafsir Ibn Kathir,
3. Tafsir al-Azhar,
4. Tafsir al-Maraghi,
5. al-Istianah bi Gahir al-Muslim fi al-Fiqh al-Islami,
6. al-Alaqah al-Ijtimaiah bayn al-Muslim wa al-Ghair al-Muslim,
7. Ahkam al-Dhimiyyin wal-Musta’minin,
8. Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim,
9. Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia
Mohd Fazali b. Abdul Manas kelahiran Kg. Bukit Sapi, Lenggong. Mendapat pendidikan di Madrasah Misbah al-Falah, Baling, Kedah (1983-1995), BA Republik Yaman (1998-2003), MA Universiti Malaya (2007-2011). Sekarang bekerja sebagai Pengetua di Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4,Tapah, Perak.
Email: mtqlubuk_katak@yahoo.com.my
Tel: 013-530 5228
TERBITAN: UNIT PERPUSTAKAAN DAN PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment