AGENDA PENDIDIKAN
1. Kurikulum
Secara umumnya agenda
pendidikan sekolah ini adalah berkonsep modul tiga dalam satu iaitu hafazan
al-Qur’an, mata pelajaran agama dan mata pelajaran akademik. Sistem
pembelajaran pula dibahagikan kepada dua peringkat (marhalah). Peringkat
pertama bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Manakala
peringkat kedua pula bermula daripada tingkatan empat, lima dan program khas. Oleh
kerana mata pelajaran al-Qur’an adalah teras utama yang perlu kepada 70%
penumpuan, maka sistem pembelajaran dipecah pula kepada sistem semester.
Justeru, bagi peringkat pertama pelajar akan belajar sebanyak 6 semester dan
peringkat kedua pelajar akan belajar 5 semester.
2. Peperiksaan
Manakala sistem
peperiksaan pula dibahagikan kepada dua aliran iaitu peperiksaan sekolah dan
peperiksaan kerajaan. Pelajar akan diuji dengan peperiksaan dalam sebanyak dua
kali setiap satu semester sepanjang pengajian mereka di sekolah ini. Manakala
peperiksaan kerajaan hanya dua kali sahaja iaitu dalam tingkatan tiga dan lima.
Bagi pelajar tingkatan tiga mereka akan menduduki peperiksaan PMR (Penilaian
Menengah Rendah) pada bulan Oktober setiap tahun. Manakala pelajar tingkatan
lima akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
3. Sijil Akademik (Kurikulum)
Pelajar yang tamat
daripada sekolah ini mempunyai sijil daripada sekolah iaitu Sijil Khatam
al-Qur’an dan Sijil Empat Thanawi. Manakala daripada kerajaan Malaysia pelajar
akan memperolehi sijil PMR dan SPM.
ALIRAN PENGAJIAN
Pelajar yang tamat sekolah ini boleh menyambung
pengajian mereka ke IPTA/ IPTS dalam dan luar Negara. Setakat ini pihak sekolah
sudah membuat MOU dengan Kolej Tinggi al-Qur’an, Sana’a Republik Yaman,
Universiti Abu al-Nur, Damsyik, Syria, Universiti al-Qur’an, Khortum, Sudan dan
IAIN al-Raniry Aceh, Indonesia. Berikut adalah carta aliran pengajian sekolah
ini:
Assalamualaikum, saya nak tanya, MTQ ni ada menyediakan program belajar separuh masa tak? terutama untuk pelajar universiti yang sedang cuti sem untuk mengisi masa lapang. terima kasih.
ReplyDelete