PENGENALAN
Penubuhan Maahad Tahfiz al-Qur’an
wal-Qiraat ADDIN-4 adalah berasaskan kepada kebajikan. Walaupun begitu, operasi asas sekolah ini adalah
hasil daripada kutipan yuran bulanan pelajar. Terdapat di kalangan keluarga
pelajar miskin/ yatim yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut.
Justeru, pihak sekolah
melancarkan program skim pembiayaan pelajar miskin/yatim kepada muslimin dan
muslimat sebagai amal jariah mereka sesuai dengan saranan hadith Nabi s.a.w
yang bermaksud:“Apabila mati seseorang manusia terputus segala amalannya
kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat, dan doa anak yang soleh”. - Hadith
riwayat al-Imam Muslim (no. Hadith 1631).
OBJEKTIF
- Membantu kewangan pelajar-pelajar yatim/miskin,
- Membuka
peluang kepada muslimin/muslimat membuat amal jariah yang berterusan.
KATEGORI SKIM
Skim pembiayaan ini mempunyai
tiga kategori iaitu:
i-
Yuran bulanan sahaja,
ii-
Yuran bulanan dan pendaftaran
tahunan,
iii-
Yuran bulanan, pendaftaran
tahunan, dan buku/kitab dan peralatan sekolah.
TEMPOH PEMBIAYAAN DAN KAEDAH
BAYARAN
v Tempoh pembayaran terpulang kepada muslimin dan muslimat sama
ada setahun, dua, tiga, empat, atau lima tahun tempoh belajar di sekolah ini.
v Pengajian di sekolah ini akan berjalan selama lima tahun untuk pelajar
mendapat sijil hafazan, sijil empat thanawi, dan Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh
itu, pembiayaan tersebut boleh berjalan selama lima tahun.
v
Jika muslimin dan muslimat
ingin terus berbakti pihak sekolah akan mencadangkan nama pelajar yang kedua
dan seterusnya.
v
Segala pembayaran muslimin dan muslimat akan direkodkan
oleh pihak sekolah dalam buku rekod pelajar tersebut. Manakala setiap
pembayaran yang dibuat pihak sekolah akan mengeluarkan resit rasmi pembayaran.
v
Pembayaran boleh dibuat oleh muslimin dan muslimat
secara tunai, cek, atau bank in ke dalam akaun sekolah. Pembayaran tersebut
dibuat atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (MAYBANK) no
akaun : 5581 2731 1303. Jika pembayaran dibuat dalam bentuk bank in sila
serahkan bank slip ke sekolah.
JUMLAH BAYARAN
v Bagi kategori pertama
jumlah bayarannya ialah RM 250.00 sebulan. Manakala bayaran setahun ialah RM
3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja).
v Bagi kategori kedua
jumlah bayaranya ialah RM 250.00 sebulan (setahun RM 3,000.00 ). Manakala
bayaran pendaftaran tahunan ialah RM 414.00 setahun.
v Bagi kategori ketiga
pula ialah RM 250.00 sebulan (setahun RM 3,000.00 ) dan RM 414.00 pendaftaran
tahunan. Manakala bayaran buku/kitab dan peralatan sekolah pula bergantung
kepada perubahan harga semasa.
0 comments:
Post a Comment