Tuesday, 22 November 2011

KEMASUKAN KELS KHAS MAAHAD TAHFZI al-QUR’AN wal-QIRAAT ADDIN-4 SESI 2012







PENGENALAN

Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4 di alamat Kg. Jalan Kachu, Tapah, Perak akan membuka kelas khas bagi pelajar lepasan tingkatan lima untuk sesi 2012. Justeru, sekolah menawarkan kepada pelajar MTQ ADDIN Induk atau mana-mana pelajar aliran tahfiz berminat boleh memohon masuk untuk mengisi 10 orang kouta sesi pengajian 2012.

OBJEKTIF

1. Memantapkan ilmu peserta melalui sistem talaqqi bagi pengajian kitab turath,
2. Memberi pendedahan dan motivasi kendiri sebagai bakal mahasiswa,
3. Mengurus dan menyusun program kemasukan peserta ke universiti-universiti atau kolej-kolej dalam Negara atau luar Negara,

KEISTIMEWAAN

MTQ-4 kini telah memiliki guru mahir dalam bidang al-Qur’an dan madah. Salah seorang mereka ialah guru yang didatang khas daripada Republik Yaman iaitu Ustaz Waleed Ali Saleh al-Mahdari. Beliau adalah graduan Kolej Tinggi al-Qur’an dan mahir dalam bidang Qiraat sepuluh.
Selain itu, MTQ-4 memiliki seorang guru memegang ijazah Sarjana Usuluddin UM, 4 orang pemegang ijazah Syariah daripada Syiria.

PROGRAM/MODUL

1. Program

 - Jan - Mac pengajian kitab turath,
 - Mac - Jun pengajian dan proses kemasukan universiti,

2. Modul

- Jadual belajar Isnin – Jumaat dengan tiga sesi iaitu sesi pagi 8.00 – 12.30, sesi petang 2.30 - 4.30, sesi malam 9.30 – 10.30,

SYARAT KEMASUKAN

1. Sanggup mengikuti peraturan dan program MTQ-4 sama ada Kurikulum atau Ko-Kurikulum.
2. Telah menghafal 30 juzuk al-Qur’an (Boleh Dipertimbangkan).
3. Berminat untuk menyambung pelajaran ke universiti atau kolej,

BORANG PERMOHONAN

Setiap pemohon hendaklah dibuat dengan menggunakan borang khas yang disediakan. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh pemohon dan waris.

YURAN DAN BAYARAN

Yuran hanya RM 180.00 sebulan kecuali untuk pembelian buku/kitab pelajaran.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Disember 2011.

PERTANYAAN

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus ke alamat berikut:
Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4, Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak.
Tel. : 05 – 4018199/ Tel/Fax : 05 – 401 8198,
Blog:mtq4tapah.blogspot.com

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN :
http://uploadmb.com/dw.php?id=1315140008&/BORANG PERMOHONAN B.docx

0 comments:

Post a Comment