RUANGAN TAZKIRAH
Tulisan ;bishrulhafiMTQ4
MERDEKARAYA
Salam ukhuwwah kepada semua pembaca budiman,
Hari meraikan eidul fitri masih hangat hingga ke saat ini setelah sebulan berpuasa di bulan ramdhan, keseronokan dan kegembiraan kelihatan pada wajah dan perilaku kita, seronok berhari raya, seronok menziarahi sanak saudara, seronok dengan berbagai-bagai pengisian eidul fitri. Sebenarnya..ramai di kalangan kita berpuasa dan berhari raya tanpa tahu sebab apa berpuasa dan sebab apa berhari raya? Kenapa perlu seronok di hari mulia itu? Untuk apa keseronokan kita?.
Saudara, Allah kurniakan dua hari raya untuk kita adalah bagi menggantikan hari raya yang pernah disambut dengan ala dan cara yang tidak diredhoi Allah..juga mengelak dari menumpang gembira dengan berkongsiraya dengan perayaan yang bukan dimulakan oleh syariat agama. Oleh itu, perayaan kita harus menepati citarasa syariat agama agar segala kegiatan kita di hari lebaran itu dipandu oleh agama, keseronokan kita diberi pahala ziarah kita menolak bala, musafir kita bermakna. Maka untuk menghayati ceritra raya agar berpahala harus kita mengetahui tujuan atau maqasid pensyariatan puasa yang antara tujuannya adalah berjuang mengembalikan jiwa kepada fitrah suci murni sehingga kita seakan-akan baru bersua muka dengan dunia saat kita dilahirkan, ibarat kain putih yang tidak tercoreng apa-apa warna. Kalau inilah penghayatan puasa kita, ketika lebaran sudah barang tentu percakapan kita baik, pergaulan kita baik, kebersamaaan kita baik, kita lebih suka bertamu di rumah Allah, alakullihal semuanya baik. Ini bermakna kita benar-benar mengetahui maqasid puasa dan menghayatinya. Para ulamak suka menyaran kita umat Islam agar tahu setiap syariat agama ada di sana maqasid atau tujuannya, seperti saranan Syekh Ibn ‘Asyur dlm “Maqasid Syriah”nya.
Saudara, kita juga sayugiya tahu hari lebaran adalah hari kemenangan dan kejayaan kerna kita berjaya mendidik diri dengan keberkahan ramadhan, bukan hari kemerdekaan diri dan kebebasan jiwa untuk boleh saja melakukan apa-apa yang di haram sementara di pulan puasa dan apa-apa yang di haramkan langsung. Merdeka! Kata perasaan kita..merdeka dari berada di bawah rahmat keampunan ilahi, merdekaraya dari kongkongan ramadhan dan puasa..merdekaraya jenis apa ini? Walaupun kita tidak mendengar patah perkataan apa yang kita sebutkan, tapi pastinya itulah yang terbuku di lubuk hati lalu menafsirkannya tindakan..tua muda berlainan jantina kanak-kanak sama saja cara menyambut raya. Ketahuilah! Kalau begitu raya kita, raya yang tidak bermakna disisi agama.
Saudara, penulis melihat bukan sahaja raya atau ibadah puasa, malahan apa jua jenis ibadah dan saranan agama, kalangan kita melakukannya dengan tanpa tahu apa tujuan dan kehendak agama sebenarnya? Sebab itu, terkadang apa yang kita buat bagi melangsaikan kewajipan agama tidak tercapai objektifnya, buat sekadar melapaskan batuh di tangga agar kita punya jawaban bila dtanya buat? “ ya” jawapan kita.
Untuk akhirnya, penulisnya ingin mengajak sekalian kita marilah sama-sama kita mempelajari ilmu agama sekurang-kurangya tahu apa sebenar kehendak agama di sebalik pensyariatanNya. Semoga dengan merdekaraya, kita merdekakan jiwa tidak mengabdi diri melainkan kepadaNya, seterusnya merayakan kemenangan mengembalikan diri kepada fitrah suci mulia. KULLU ‘AM WA ANTUM BIALF KHAIR, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.۩
0 comments:
Post a Comment