AL QURAN PENYEMBUH PENYAKIT HATI
Di kendalikan Oleh; BISHRULHAFI, MTQ-4
Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelbagai permasalahan yang timbul akibat runtunan hati yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi “ Hati adalah menteri yang menasihati “ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “. Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs), oleh yang demikian, kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.
Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam kesumat. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.
Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih mashur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan , pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan.
Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah, oleh itu kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa “ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”(Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).
Islam telah menggariskan pelbagai langkah untuk kita sebagai penganutnya melakukan rawatan perubatan penyakit hati ; Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri). Ramai orang yang membaca al-quran al-karim akan tetapi berapa ramaikah diantara mereka yang benar-benar memahami makna kandungan kalamullah itu. Dewasa ini tidak ada alas an lagi bahawa , saya tidak memahami Bahasa Arab untuk memahami Bahasa Al-Quran kerana sudah banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan seperti Penterjemahan Al-Quran dalam pelabagai Bahasa ; Melayu , Inggeris , Cina dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian , membaca al-quran sambil mengayati kebesaran dan kandungan makna al-quran sudah pasti akan dapat melembutkan hati dan jiwa kita. Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab R.A pun boleh lembut hatinya , bagaimana dengan keadaan kita ?
Selain itu , Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu) yang bermaksud melakukan puasa satu lagi ubat mujarab untuk penyakit hati. Maka ramadhan yang dianugerahkan Allah adalah peluang terbaik untuk mencari ketenangan hati disamping pembacaan dan penghayatan Al quran. Ulama’ ada menyebutkan; Syarat seseorang muslim mendapat manfaat dari Al quran ialah; membaca, memahami, mengimani (mengahati) dan mengamali.۩
DITERBITKAN OLEH;
UNIT ICT MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN TAPAH
0 comments:
Post a Comment