BIL 03
Warga Al Raeid mengucapkan Selamat memasuki bulan Rejab, mudah-mudahan diberi kita kesempatan untuk bertemu ramadhan…,nabi SAW sering berdoa ”Allahumma baarik lana fi Rajaba wa Sya’bana wa ballighna ramadhan”.
RUANGAN TAZKIRAH
dikendalikan oleh;bishrulhafiMTQ4
JANGAN EKSKLUSIFKAN ISLAM
AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua.”
Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.
Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.
Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga salah.
Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)
Firman Allah lagi: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).
Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisaa’: 28).
kita tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama yang telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Semoga Allah memberikan pahala untuk mereka. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati.
Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan. Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan pelbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai-bagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih.
Ini seperti menetapkan pelbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu. Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-sunah tidak menyatakan demikian.

Bersambung…
@ DRMAZAâ
Alhamdulilah MTQ4 dah mula ada blog dan boleh kongsi banyak ilmu dengan masyarakat.. cuma sedikit komen supaya master blog jangan tumpu sangat pada Dr Asri sebab dia banyak kotraversinya... so ada org mudah terima dia dan ada jugak yang menolak... Saya cadangkan artikel2 dari Ust Zahazan , Dr. Ust Zulkifli al-Bakri dan Ust Abdul Basit.
ReplyDeletemmg banyk kontraversinye apa bila org bawak sunnah di pertikaikan.....sdng kan hujah dgn ilmu itu lebih baik dan jelas berbanding berhujah mengguna kan akal dan mimpi...wallahu a'lam
ReplyDeleteuntuk renungan bersama; Saidina Ali KH prnh berkata: " unzuru ila almaqal wala tanzuru ila man qal..." bg pihak ar-raeid sesiapa saja yang bercakap atau menulis berkenaan dengn islam dengn hujah dan burhan yg yaqin, maka wajib atas kita menerimanya, kerana ia satu kebenaran..kita harus kikis buang perasangka yg tidk baik kpd seseorg yg berilmu..kita jg harus buang rasa ta'assub kpd mana2 individu...berlapanglah dada berfikirlah dngn ilmu nescaya semuanya akan jernih.apa yg penting membangunkan Islam, bukan berpijak kaki antara satu sama lain sdng islam di serang segenap penjuru.wallahu 'aklam bissowab wailahi marji'u al maab.
ReplyDelete