كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
آل عمران185185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Allah S.W.T telah membuat ketetapan di dalam ayat ini, bahawa sesungguhnya semua makhluq ciptaanNya akan merasai maut, kerana semua makhluq yang melata di atas muka bumi ini akan binasa, yang tetap kekal hanya Dzat Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian.
Mereka yang gigih bersungguh-sungguh menyelamatkan diri dari azab neraka, adalah di kalangan kumpulan yang berjaya dan menang besar. Kesungguhan meraka disyukuri, amalan mereka diganjari.
Kalimat ((زُحْزِحَ di dalam ayat di atas membawa erti:
1) 1)Mencurahkan kesungguhan yang besar, kerana sesuatu yang berat yang sukar ditanggung memerlukan kesungguhan luar biasa untuk menanggungnya. Begitulah manusia mencurahkan kesungguhan yang luar biasa untuk menghindarkan diri dari dijilat api neraka dengan iman, taqwa dan keikhlasannya.
2) 2)Cekal dan berterusan memelihara diri sehingga beretmu ajal. Sepertimana firman Allah:
99. Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).
Berulang sebutan huruf Zai dan Ha (زُحْزِحَ) menunjukan berulang-ulangnya kesungguhan manusia menyelamatkan diri dari seksaan api neraka. Adapun mereka yang mendakwa sudah mencapai martabat yakin sehingga mendakwa tergugurnya taklif atas dirinya dengan mentafsirkan yakin pada ayat di atas dengan maksud selain dari kematian, mereka itu ternyata sesat jauh dari kebenaran. Hakikatnya, kalimat (Ó®Lym) yang bermaksud “sehingga” termasuk di dalam kesudahan sesuatu, kesudahan manusia di atas muka dunia ini adalah kematian, kematian itulah yang diyakini.
Rasulullah S.A.W cekal dan berterusan sepanjang hidupnya mengabdikan diri kepada Allah, bahkan baginda kerap malakukan ibadah qiamullai sehingga dikasihani oleh isteri baginda, sehingga diperingatkan kepada baginda akan kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya, dan kedudukannya di sisi Allah di dunia dan di akhirat, baginda lantas menjawab: Apakah aku ini hamba yang tidak mahu bersyukur??
Begitu juga Saidatina Maryam yang telah dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan hambaNya; Allah memilih untuk menerima nazarnya, dan Allah menjadikannya satu-satunya wanita di atas dunia ini dapat melahirkan anak tanpa didahului dengan ikatan perkahwinan, ianya berlaku dengan kekuasaan dan kemahuan Allah. Allah Mengutuskan Jibril untuk meniup roh di dalam kandungan Maryam, lalu mengandunglah maryam dengan izin Allah. Hakikat ini dirakam Allah di dalam Surah Al Imran ayat 37 & 42, Firman Allah;
37. Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. - Surah Al Imran
FirmanNya lagi: “ Dan (Ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, Sesungguhnya Allah Telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)”. Surah Al Imran: 42
Maka dengan pemilihan itu tadi membuatkan Saidatina Maryam memperbanyakkan ketaatan sebagai tanda syukur ke hadhrat ilahi. Titah Allah kepadanya: ( Surah Al Imran; Ayat 43 )
43. Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'.
@Abu Abduh
0 comments:
Post a Comment