Program perkhemahan pelajar MTQ 4
Oleh : Muhd Hasif bin leman
Pada tarikh 31.05.2011- 01.06.2011 iaitu pada hari selasa dan rabu pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima selaim badan pengawas guru-guru sandaran (yamen) dan mudir telah terlibat dengan satu lagi program perkhemahan bertempat di Gunung Bujang Melaka ,Kampar Perak selama dua hari satu malam . Kami diberi taklimat pertama oleh Ustad Fazali bin Abdul Manas selaku Pengetua Maahad Tahfiz Al-quran 4 tenteng keperluan,persiapan dan persediaan sebelum sehari bertolak .
Pelajar-pelajar perlu memastikan persiapan diri yang cukup kerana mereka akan mendaki gunung yang mengambil masa lebih kurang 4 jam .Kami bertolak dari MTQ 4 pada 8.30 pagi dan tiba dikaki Gunung Bujang Melaka pada pukul 9.00 pagi .
Tibanya kami disana,kami diberi taklimat kedua oleh Pak Cik Lai “Ketua pendaki” tenteng keselamatan dan juga barang-barang yang perlu dibawa keatas . Setelah mendaki selama dua jam , kami dibekalkan dengan sekeping roti canai setiap seorang sebagai lapik perut untuk tengah hari . Setelah empat kali berhenti berehat , akhirnya kami samapi di “camp site” .
Setelah kami tiba di “camsitp” kira-kira pukul 1.30 pm kami diberi masa selama kurang-kurang satu jam minit untuk memasang khemah, solat zohor dan berehat . Setelah berehat selama kurang-kurang satu jam , kami menyambung perjalanan kami sampai ke Puncak Gunung Bujang Melaka . Perjalan kali ini pula memakan masa selama 1 jam lebih. Setelah tiba dipuncak Gunung Bujang Melaka , kami dapat menghirup udara yang segar ,SUBAHANALLAH . Disana kami sempat bergambar bersama-sama termasuk Pak Cik Lai dan rakan-rakannya yang menjadi ketua pendaki gunung . Selama 30 minit kami berada dipuncak , kami pulang semula ke “campsite” dan kami diberi bahan untuk membuat persiapan makan malam .
Keesokan harinya , selesai solat subuh berjemaah diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Sheikh Waled Al-Mahdori , kami membuat persiapan sarapan pagi . Tetapi kali ini lebih penuh dengan dugaan dan cabaran kerana hujan turun dengan lebatnya . Kami terpaksa memasang “conopy” untuk memasak . Khemah dan barang-barang basah disebabkan khemah kami dimasuki air . Selesai besarapan , kami bersiap untuk turun dari “camp site” dalam keadaan dan pakaian yang tidak selesa dan bimbang dengan jalan yang licin disebabkan hujan . Kali ini pula , mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah sahaja masa untuk turun dari “camp site” .
Setelah tiba dikaki gunung , kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk menaiki kenderaan untuk pulang ke sekolah . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar dan insallah , program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang .
GAMBAR:
GAMBAR:
0 comments:
Post a Comment