ULUM HADITH
Oleh: Ismail
bin Ibrahim
BIODATA IMAM MUSLIM
Muqaddimah
Nama
penuh Imam Muslim ialah: Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi.
Nama timangannya (kuniah) ialah Abu Hasan. Muslim ialah seorang imam dalam
pengajian hadith. Beliau memiliki kitab hadith yang masyhur di kalangan umat
Islam dikenali dengan nama Soheh Muslim. Imam Muslim dilahirkan pada tahun 206
hijrah, namun begitu ada juga yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun 204
hijrah. Keluarga Imam Muslim terdiri daripada para ulama. Oleh itu tidak
hairanlah jika Imam Muslim mendapat pendidikan yang cukup dalam bidang agama.
Tempat
Belajar Dan Guru-guru Imam Muslim
Sebagai seorang ulama yang agung
dalam bidang pengajian hadith, Imam Muslim mempelajari hadith di berberapa buah
negeri. Beliau mula mempelajari hadith pada tahun 218 hijrah sewaktu menunaikan
fardu haji di Mekah. Di sana beliau dapat bertemu dengan Abdullah bin Maslamah
al-Qaqnabi dan beberapa orang lagi tokoh hadith. Setelah kembali
kekampung halamannya, beliau meneruskan pengembaraan untuk mendalami ilmunya
dan pergi ke Iraq, Hijaz, Syam, Mesir. Akhirnya beliau terkenal sebagai seorang
tokoh agung dalam bidang pengajian hadith.
Ulama hadith yang telah menjadi
gurunya, diantara lain ialah Yahya bin Yahya an-Naisabur, Qutaibah bin Saad,
Abdullah bin Maslamah al-Qaqnabi, Ahmad bin Yunus, Said bin Mansur dan
lain-lain. Guru yang paling banyak didampingi olehnya ialah Imam Bukhari. Sewaktu
berlaku perselisihan faham di antara dua orang gurunya iaitu Imam Bukhari
dengan Imam az-Zuhli (Muhammad bin Yahya) dalam masalah (perbuatan hamba itu
makhluk) az-Zuhli menasihatkan murid-muridnya supaya jangan belajar dengan Imam
Bukhari tetapi beliau tetep juga belajar sehinga az-Zuhli memberi amaran,
sesiapa yang belajar dengan Bukhari tidak boleh belajar dengannya, ketika itu
jugalah beliau keluar dari majlis az-Zuhli di hadapan khalayak ramai dan segala
hadith yang diambil dari az-Zuhli dipulangkan semula kepadanya.
Sifat-sifat
Imam Muslim
Imam Muslim mempunyai sifat-sifat
yang serupa dengan gurunya (Imam Bukhari) dari segi peribadatan, kewara`akan,
keberanian, keikhlasan dan ketaqwaanya kepada Allah SWT. Beliau juga menyerupai
Imam Bukhari dari segi kekuatan ingatan dalam mengingati sesuatu ilmu yang
dipelajarinya.
Pendapat
Ulama Terhadap Imam Muslim
Imam Muslim mendapat sanjungan yang
tinggi daripada para ulama, memandangkan kematangan dan keluasan ilmunya,
disamping sifat-sifatnya yang sangat mulia sebagai seorang mu`min. Kata-kata
sanjungan ulama terhadap Imam Muslim:
1.
Menurut Imam Ishaq bin Mansur (seorang tokoh hadith) sebagaimana yang di naqal
oleh Ibnu Hajar: “Kami sentiasa mendapat kebaikan selagi engkau masih hidup”.
2.
Menurut Muhammad bin Abdul Wahab al-Farra` (seorang tokoh hadith) sebagaimana
yang di naqal oleh Ibnu Hajar: “Imam Muslim adalah daripada golongan ulama,
beliau merupakan gedung ilmu dan seorang yang baik”.
3.
Menurut Maslamah bin al-Qasim (seorang tokoh hadith) berpendapat: “Imam Muslim
adalah seorang yang siqah dan dihormati oleh para ulama”.
Murid-murid
Imam Muslim
Setelah beliau menjadi seorang yang
sangat masyhur di dalam hadith, ramai penuntut pengajian hadith ingin belajar
dengannya. Di antara murid-muridnya ialah: Muhammad bin Isa al-Tirmizi, Ahmad
bin Maslamah, Abu Amru al-Mustamli, al-Hafiz Saleh bin Muhammad, Muhammad bin
Abdul Wahab al-Farra’ (yang juga sebagai guru), Muhammad bin Ishak yang
dikenali Ibnu Khuzaimah dan Abu ‘Awanah al-Isfaraini.
Karya-karya
Imam Muslim
Imam Muslim mempunyai karya-karya
yang begitu banyak dan berfaedah untuk umat Islam, antaranya ialah:
1-
al-Asma’ wal-Kuna,
2-
Afradus Sami’in,
3-
al-Aqran,
4-
al-Intifa’ Bijuludis Siba’
5-
Awladus Sahabah,
6-
Awhamul Muhaddisin,
7-
al-Tamyiz,
8-
al-Tarikh,
9-
al-Jami’ al-Kabir ‘Alal Abwab,
10-
al-Musnad al-Kabir.
Penutup
Dengan keperibadian ulung yang ada
pada diri Imam Muslim serta keilmuan beliau,
maka
layaklah Imam Muslim diangkat sebagai seorang ulama hadith yang agung di
samping ulama-ulama hadith yang lainnya seperti Imam Bukhari, Imam Tirmizi,
Imam Abu Daud dan lain-lain. Bahkan ulama umat ini telah bersependapat bahawa
kedudukan kitab Sohih Muslim berada di kedudukan kedua selepas Sohih Bukhari
yang mana kedua-duanya memaparkan hadith-hadith yang sahih sahaja. Setiap
hadith yang dibawakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sohih Muslim atau nama
sebenarnya ialah: al-Musnad al-Sohih al-Mukhtasar Minas Sunan Binaqlil ‘Adli
‘Anil ‘Adli ‘An Rasulillah, adalah sohih sahaja mengikut syarat-syarat yang
telah diletakkan oleh beliau.
Rujukan:
1-
Pengenalan Kitab-kitab Hadith Sunan Sittah
TERBITAN: UNIT
PENERBITAN
Maahad Tahfiz
al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan
Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul
Ridzuan.
Tel: 05- 401 8199
Tel & Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook: Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN MAHAAD TAHFIZ KG.
LUBUK KATAK
Barang keperluan harian kantin adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu
hari)
|
Gula
|
4 kg (satu
hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu hari)
|
Telur
|
15 papan (satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment