MAQASID SYARIAH
Oleh: Abd
Muhaimin b. Malek
MAQASID DAKWAH DALAM ISLAM
PENDAHULUAN
Perkataan
dakwah membawa erti menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu
kepercayaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga)
Dakwah
Islamiah bermaksud kegiatan menyeru manusia dan meyakinkan mereka kepada Allah
swt dan rasulNya serta apa yang diturunkanNya kepada Nabi Muhammad SAW iaitu
al-Quran.
Dakwah
kepada Allah swt adalah taklif (tanggungjawab) berterusan tanpa henti yang
diwajibkan ke atas umat Islam. (Kaifa Nad’uu ila al Nas. Mohd Qutb.
halaman 5). Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104 bermaksud: “Dakwah
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya”.
DAKWAH
ANTARA WASILAH DAN GHAYAH
Apabila
kita membincangkan berkenaan dakwah, persoalan pertama yang boleh ditimbulkan
untuk diketahui ialah, adakah dakwah merupakan wasilah untuk mencapai sesuatu?
Atau ianya merupakan sesuatu yang patut dicapai?
Dari
maksud perkataan dakwah yang dibentangkan diatas, dapat difahami bahwa ianya
menggambarkan beberapa bentuk atau kepelbagaian teknik yang digunapakai bagi
menyampaikan pengisian dakwah. Justeru itu, dakwah sangat bergantung kepada
persekitaraan, lingkungan dan keadaan semasa sasaran dakwah. Ianya tidak
mungkin ditundukkan kepada kaedah atau cara yang telah ditetapkan tanpa perlu
diubah.
Asas
perlaksanaannya adalah melihat kepada persekitaran sasaran. Berebeza
persekitaran akan membawa kepada perbezaan teknik. (Rawa’ei min adab al
Dakwah fil Quran. Abu Hassan Ali Al Nadwi.halaman 13)
OBJEKTIF
DAKWAH
Objektif
terbesar dakwah Islam ialah mengenalkan manusia kepada Tuhan maha Esa untuk
disembah dan ditaati akan segala titahNya. Mohd Qutb menyebutkan: Perkara
pertama yang wajib dilakukan dalam dakwah adalah memperkenalkan lailahailla
Allah.(halaman 33)
Jika
dilihat kepada Maqasid yang boleh diperolehi dengan kegiatan dakwah islam ini,
ialah terpeliharanya agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Demikian oleh
kerana dakwah adalah proses Amar Makruf dan Nahi mungkar. Al Syatibi
menyebutkan; Amar makruf nahi mungkar ini boleh menjamin pemeliharaan
Daruriyyat yang lima tersebut. (Untuk bacaan lanjut, rujuk al Muwafaqat Al
Syatibi. Juz 2 halaman 323-325)
Ini
menunjukkan betapa pentingnya dakwah Islam, malahan hokum melaksanakannya
adalah Fardhu kifayah.
SUMBER
DAKWAH & PENGISIANNYA
Sumber
dan pengisian dakwah ialah al-Quran, malahan al-Quran inspirasi dakwah. Abu
Hassan Ali RA menyebutkan; al-Quran sebelum dijadikan kitab perundangan, ia
adalah sebuah kitab hidayah dan dakwah. Kerana hidayah asas iman, adapun dakwah
adalah asas proses pemindahan iman tersebut. (halaman 12)
Tekunilah
ayat 125 surah al Nahl melalui tafsiran ulama’ atau disarankan rujuk kitab Abu
Hassan Al Nadwi. Firman Allah swt bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu
(Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik,
dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang
Yang mendapat hidayah petunjuk”.
KESILAPAN
DALAM PENTAS DAKWAH
Apabila
isu penglibatan 4 orang wanita muslimah menyertai pertandingan ratu
cantik mengejutkan negara, ramai kalangan cendiakawan muslim individu atau dalam
institusi agama memainkan peranan dakwah mereka untuk menyedarkan keempat-empat
wanita tersebut supaya kembali ke pangkal jalan yang benar, berlakulah
persilangan hujjah antara orang alim dan orang jahil. Si alim memberi pandangan
dan teguran, manakala si jahil membalas teguran dengan kecetekan ilmu dan
kepintaran berhujah balas. Penulis melihat, kedua-dua pihak salah dalam hal
ini. Si alim salah dalam memahami erti dakwah sebenarnya. Sudah kita huraikan
di atas, bahawa dakwah islam bersifat konsistensi dan berterusan. Jika si alim
hanya menegur sebahagian perkara mungkar dan membiarkan sebahgian yang lain,
hal ini menunjukan kepada tidak konsistennya dakwah Islamiah. Ditambah pula
dengan badan-badan tertentu seperti Jabatan Mufti hanya diberikan kuasa untuk
menerangkan hokum semata tanpa diberi kuasa “kuasa perlaksanaan” terhadap fatwa
yang telah digazetkan. Adapun kesilapan si jahil, amat jelas dipandangan kita.
Sudut pandangan ini bukanlah ingin menyebelahi kemungkaran, ianya tetap
dilarang sama sekali dalam Islam.
PENUTUP
Dalam
ruangan terbatas ini, penulis tidak mampu untuk menghuraikan secara panjang
lebar berkenaan dakwah Islam, methodology dan uslubnya. Penulis menyarankan
para asatizah dan ulamak agar merujuk kepada buku-buku penting bagi memahami
hal tersebut dan menerangkannya kepada para pendakwah, antaranya; Kaifa
Nad’u ila Al Nas karya Mohd Qutb RA, Rawa’ei min Adab Al dakwah Fil Quran karya
Abu Hassan Ali An Nadwi, Usul Al Dakwah Abd Kareem Zaidan, Usul Al Tarbiah al
Islamiah wa Asalibiha Abd Rahman Al Nahlawi, dan
lain-lain lagi.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel:
05- 401 8199
Tel
& Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook:
Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON
SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Barang
keperluan harian kantin adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu
hari)
|
Gula
|
4 kg (satu
hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu hari)
|
Telur
|
15 papan (satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment