ULUM AL-QURAN
Oleh: Nur
Muhammad As-siddiq b. Mohammad
I’JAZ AL-QURAN (BAHAGIAN 1)
PENDAHULUAN
Kehadiran al-Quran yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW, merupakan sebuah kitab yang Agung dari Allah SWT
sebagai sebuah landasan dan pedoman hidup manusia, yang menjadi sumber
inspirasi dan motivasi. Dengan kedatangan al-Quran dari Allah SWT yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad SAW merupakan penyempurna terhadap kitab-kitab sebelumnya.
Ini merupakan bukti kemukjizatan al-Quran yang tiada seorangpun yang dapat
menirunya dan mendatangkan hal sepertinya. al-Quran mencabar orang-orang Arab
yang meragukan kebenaran al-Quran supaya sesuatu yang serupa dengan al-Quran,
Allah SWT berfirman dalam surat al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud: “Dan
jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada
hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah saja yang seperti al-Quran itu dan
ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar”.
Kemukjizatan al-Quran sebagai mana
yang dikemukakan oleh para ulama dapat dilihat dalam tiga hal utama. Pertama
pada bahasanya yang mencapai puncak tertinggi dari sastra Arab. Kedua,
kandungan ilmu pengetahuan dari berbagai disiplin yang diisyaratkan. Ketiga,
ramalan-ramalan yang diungkapkan, yang sebagian telah terbukti kebenarannya.
PENGERTIAN I’JAZ AL-QURAN
(KEMUKJIZATAN AL-QUR’AN)
Dari segi bahasa kata I’jaz diambil
dari kata kerja A’jaza - I’jazan yang bererti
melemahkan atau menjadikan sesuatu tidak mampu. Seperti firman Allah SWT yang
bermaksud: “Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini,
lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini” (al-Maidah: 31)
Lebih jauh daripada itu al-Qahthan
mendefinisikan I’jaz dengan: Memperlihatkan kebenaran Nabi SAW, atas pengakuan
kerasulannya, dengan cara membuktikan kelemahan orang Arab dan generasi
sesudahnya untuk menandingi kemukjizatan al-Quran”.
Dari segi istilah pula, I’jaz
al-Quran ialah: Menzahirkan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. dalam
ketidakupayaan orang Arab untuk menandingi mukjizat Nabi SAW yang abadi, iaitu
al-Quran.
I’jaz al-Quran (kemukjizatan
al-Quran) ialah kekuatan, keunggulan dan keistimewaan yang dimiliki al-Quran
yang menetapkan kelemahan manusia, baik secara bersendirian ataupun
berkumpulan, untuk mendatangkan sesuatu yang menyamainya. Yang dimaksud dengan
kemukjizatan al-Quran bukan bererti melemahkan manusia dengan pengertian
melemahkan yang sebenarnya, ertinya memberi pengertian kepada mereka tentang
kelemahan mereka untuk mendatangkan sesuatu yang sejenis dengan al-Quran;
menjelaskan bahawa kitab al-Quran ini haq, dan Rasul yang membawanya adalah
Rasul yang benar.
I’jaz dapat pula diertikan sebagai
kemukjizatan, iaitu sesuatu yang dapat melemahkan, yang membuat sesuatu atau
pihak lain tidak berdaya. Pada dasarnya al-Mu’jiz (yang melemahkan) itu adalah
Allah SWT; yang menyebabkan selainNya lemah sebagai bentuk Mubalaghah (penegasan)
kebenaran berita mengenai betapa lemahnya orang-orang yang didatangi Rasul
untuk menentang mu’jiz tersebut.
TUJUAN I’JAZ AL-QURAN
1. Membuktikan bahawa pembawa kitab
suci al-Quran itu benar-benar seorang Nabi dan Rasul Allah yang diutuskan untuk
menyampaikan ajaran-ajaranNya kepada umat manusia dan untuk melemparkan
tentangan supaya menandingi al-Quran kepada mereka yang ingkar.
2. Membuktikan bahawa kitab
al-Quran itu benar-benar wahyu Allah SWT, bukan buatan malaikat Jibril AS dan
bukan tulisan Nabi Muhammad SAW. Sebab beliau adalah seorang yang ummi (tidak
pandai membaca dan menulis), tentu ahli syair Arab yang merupakan ahli dalam
sastera bahasa Arab dan balaghahnya akan mampu medatangkan seperti al-Quran.
Ternyata mereka tidak mampu membuat tandingan.
3. Menunjukkan kelemahan mutu
sastera dan balaghah bahasa manusia, kerana terbukti pakar-pakar bahasa Arab
tidak ada yang mampu mendatangkan kitab tandingan yang sama seperti al-Quran,
yang telah ditentangkan kepada mereka dalam berbagai tingkat dan bahagian
al-Quran.
4. Menunjukkan kelemahan daya upaya
umat manusia yang tidak sebanding dengan keangkuhan dan kesombongannya. Mereka
ingkar tidak mahu beriman mempercayai kewahyuan al-Quran dan sombong tidak mahu
menerima kitab suci itu. Mereka menuduh bahawa kitab itu hasil buah fikiran dan
buatan Nabi Muhammad SAW sendiri. Kenyataannya, para pujangga sastera Arab
tidak mampu membuat tandingan.
JENIS-JENIS I’JAZ DALAM AL-QURAN
1. I’jaz Bayani: Iaitu suatu
mukjizat yang tidak terdapat di dalam al-Quran satu kalimat pun yang dapat
ditambahkan oleh siapa, ataupun dikurangi selain oleh Allah SWT.
2. I’jaz Ilmiyah: Iaitu suatu
Mukjizat di dalam al-Quran yang mengandung ilmu pengetahuan, manusia ditemukan
rahsia alam ini setelah ratusan tahun turunnya al-Quran oleh para pakar
geologi, biologi dan lainnya.
3. I’jaz Maudhu’i: Iaitu bagi siapa
sahaja yang membaca al-Quran ini dan memahaminya, melakukan apa-apa yang
diperintahkan Allah SWT, maka Allah SWT kelak akan memuliakannya dunia dan
akhirat.
TERBITAN: UNIT PENERBITAN
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4,
Kg. Jalan Kachu, 35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel:
05- 401 8199
Tel
& Fax: 05- 401 8198
Email: mtq4tapah@gmail.com
Facebook:
Mtq Tapah
Blog:www.mtq4tapah.blogspot.com
MEMOHON
SUMBANGAN BARANG KERING UNTUK KANTIN MAHAAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
Barang
keperluan harian kantin adalah seperti keterangan berikut:-
PERKARA
|
KEPERLUAN
HARIAN
|
Beras
|
30 kg (satu
hari)
|
Gula
|
4 kg (satu
hari)
|
Minyak Masak
|
3 kg (satu hari)
|
Telur
|
15 papan (satu minggu)
|
Ikan Bilis
|
3 kg (satu minggu)
|
Ayam
|
36 ekor (satu Minggu)
|
Daging
|
34 kg (satu minggu)
|
Ikan Laut
|
30 kg (satu minggu)
|
Ikan Keli
|
30 kg (satu minggu)
|
Gas
|
7 tong (satu minggu)
|
Nota:
1. Sumbangan tersebut boleh juga dimasukkan ke dalam
akaun Maybank (perbankkan Islam) atas nama Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat
ADDIN (Akaun Nombor: 5581 2731 1303).
0 comments:
Post a Comment